Search this blog

Saturday, October 30, 2010

KELANTAN MENANG PIALA MALAYSIA 2010

CONGRATULATION RED WARRIOR!!!

ALHAMDULILLAH..SYUKURRR... akhirnya Piala Malaysia milik kelantan juga tahun nih... dibarisi oleh pemain-pemain yang hebat-hebat... penyokong yang bersemangat ... hhehehehe... berbaloi usaha Tan Sri Annuar Musa selama ni yang telah berusaha menaikkan Kelantan semula di dalam arena bola sepak Malaysia...Tahniahhh... Ambo sungguh banggo!

Permulaan perlawanan yang amat mendebarkan.... ikut hati nak tukar channel... Kelantan bagaikan hilang rentak permainan... semangat mula bangkit di hujung-hujung permainan... aku dengan harapan semangat pemain-pemain kelantan tu akan kekal hingga ke separuh masa kedua...

"HERO TOK GADUH" = HERO TAKKAN GOPOH UNTUK MENANG... Alhamdulillah, Hairudin & Badri menjaringkan gol-gol yang cantik sekali.... hantaran yang bagus dari rakan sepermainan menyelamatkan Kelantan dan seterusnya membawa kemenangan buat julung-julung kalinya buat negeri Cik Siti Wan Kembang!!!

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALLAHUAKBAR!!.

Cuma satu je yang aku tak suka ngan penyokong kelantan nih... suka buat sampah! pelik aku.. Menang pun buang botol , kalah apa lagi!... tiada kesedaran sivik langsung.. please la... pasni FAM kena haramkan bawak masuk botol-botol air mineral la nampaknya... biar kehausan je orang-orang macam nih.... aduhaii...

YANG PENTING, KELANTAN MENANG!!! HIP..HIP..HOOORAYYYY...

Sunday, October 24, 2010

BIARKAN AKU JATUH CINTA..

Lirik lagu ST 12 Biarkan Jatuh Cinta

(Soundtrack utk cerita SAFA & MARWAH)
*

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu
**
Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati

Reff:

Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpA
Biarkan aku kan mencoba

Tak perduli kau berkata
Tuk mau atau tidak

MENCARI KETENANGAN FIKIRAN

ADAKAH anda sentiasa memikirkan cara yang menyenangkan untuk menjaga kesihatan? Berita baik ini pasti anda nanti-nantikan.

Anda hanya perlukan secawan teh setiap hari untuk menjana kecerdasan mental dan menjamin kesejahteraan fizikal.

Perkara ini telah dibuktikan oleh pakar teh terkenal di dunia yang membentangkan hasil kajian terbaru mereka mengenai hubung kait antara pengambilan teh dan kesihatan.

Kajian itu menumpukan manfaat tianin (theanine: analog asid glutamik atau asid amino dalam teh) dan flavonoid (vitamin P atau sitrin atau kelas metabolit sekunder tumbuhan).

Hasilnya menunjukkan manfaat yang menarik, khususnya kelebihan teh dalam memperbaiki mood, meningkatkan tumpuan dan kecerdasan di samping menurunkan risiko strok iskemia.

Cara hidup

"Teh sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat Malaysia. Kita menikmati minuman ini dalam pelbagai cara, sama ada teh kosong, teh susu atau teh hijau.

"Kami ingin memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa mereka sentiasa menghirup secawan minuman yang berkhasiat," kata Quah Seng Khie, Pengurus Jenama Peruncitan Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd.

Tambahnya, manfaat kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan teh telah menjadi tumpuan penyelidikan saintifik yang dijalankan secara meluas.

"Simposium ini memberi peluang kepada pakar teh untuk berkongsi kemunculan kaedah sains baru dan menggalakkan perbincangan mengenai kebaikan teh kepada fizikal," ujarnya.

Hasil penyelidikan yang dibentangkan oleh Dr. Georgie Russell daripada R&D Unilever dan Institut Teh Lipton menunjukkan bahawa pengambilan teh mempengaruhi mood secara positif.

"Kajian kami menunjukkan bahawa mood sering dianggap kualiti subjektif dan boleh diukur dengan berkesan.

"Ini adalah satu perkembangan yang menarik, ia membolehkan kita mengukur kesan rangsangan luar ke atas mood kita. Sebagai contoh, kami dapat mengesahkan bahawa teh susu memberi kesan positif ke atas mood.

"Kesan positif ke atas mood bukan sahaja membuatkan kita rasa ceria, tetapi beberapa kajian menyarankan bahawa teh dikaitkan dengan manfaat seperti peningkatan kreativiti dan sokongan kepada sistem imunisasi," kata Russell.

Lebih tumpuan

Selain kesan psikologi, Dr. Eveline De-Bruin membentangkan bukti baru yang menunjukkan bahawa pengambilan teh boleh membantu anda memberi lebih tumpuan dan membaiki kecerdasan subjektif. Mekanisme kajian inilah yang menjadi tumpuan perbincangan semua saintis.

Kajian memperlihatkan mekanisme di sebalik kesan ini yang menunjukkan bahawa selepas mengambil satu dos kuat tianin dan kafein, dua bahan aktif yang terdapat secara semula jadi dalam teh, rangkaian perhatian otak diaktifkan secara lebih cekap.

"Kajian ini menunjukkan tindak balas bahan aktif dalam teh, tianin dan kafein mengoptimumkan pengaktifan bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap tumpuan kita seharian," Eveline De-Bruin.

Kurangkan risiko strok

Dr. Lenore Arab, Profesor di David Geffen School of Medicine di UCLA, mendedahkan hasil penyelidikan telah mengesahkan bahawa pengambilan teh setiap hari berpotensi menurunkan risiko strok iskemia sebanyak 21 peratus.

Strok adalah punca kematian ketiga paling tinggi di Malaysia. Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira 40,000 penghidap strok di Malaysia.

Strok juga merupakan penyebab utama kehilangan upaya fizikal. Strok iskemia, berlaku apabila saluran darah tersekat, meliputi kira-kira 83 peratus daripada semua kes strok yang dilaporkan.

Dr. Sheila Wiseman dari Institut Teh Lipton, menyokong dakwaan ini dengan hasil kajian yang berbeza. Beliau menjelaskan bahawa flavonoid teh membantu menenangkan saluran darah.

"Hanya 100 miligram flavanoid teh sehari iaitu bersamaan dengan kurang daripada satu cawah teh sehari dapat membantu membaiki kapasiti keanjalan saluran darah. Ini bermakna kesan positif pengambilan teh ke atas fungsi vaskular mungkin relevan bagi kebanyakan orang di dunia yang hanya minum satu atau dua cawan teh sehari," ujarnya.

Credit to KOSMO ONLINE

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin