Search this blog

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

SEDAPKAH SUP URAT KETING?

Baca topik je meleleh air liur kannn.... hehehehe... orang kata sup urat keting ni sedapppp. Dalam Kosmo pun ada artikel pasal sup ni.tengok gambar pun dah boleh tahu tahap  kesedapannya walaupun diri sendiri belum pernah "try".hahahha..i will..i will... semangat betul kalau bab-bab menternak lemak di badan ni.. Ada sorang kawan aku ni selalu gak makan sup urat keting ni. kat area bangi.selalu update FB gi makan kat situ. jeles wehh.. kalau area KL or Gombak konpem aku dah pi "nerai".. hihihihi...

Kredit to Kosmo untuk artikel yang aku "tepek" kat bawah ni. Sesapa yang nak try sup ni,sila lah berkunjung ke Restoran Sup Urat Keting yang terletak di Seksyen 7, Baru Bangi ni ye.. 

Berpeluh hirup sup

Rebusan selama empat jam rahsia keenakan Sup Urat Keting UK.

SUP memberi Shahdan 'kuasa' tambahan.

SABUL menunjukkan urat keting mentah.

SATE restoran Sabul tidak kurang sedapnya.

SEBELUM ini, Sabul Ismail, 38, merupakan seorang penjual jam tangan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Namun kini dia merupakan seorang usahawan berjaya dengan memiliki Restoran Sup Ketin UK bertempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Restoran anak kelahiran Terengganu itu menyediakan pelbagai jenis masakan kampung, moden dan juga Barat. Satenya juga tidak kurang sedapnya.
Tidak hairanlah jika ia menerima lebih 500 orang pelanggan setiap hari.
Dijana oleh 20 orang pekerja serta 30 buah meja makan, restoran itu dibuka dari pukul 8 pagi hingga 1 pagi setiap hari. Suasana di restoran itu sahaja sudah cukup membuatkan pelanggan teruja.
Seakan-akan sebuah kopitiam yang diselangi potret gambar menarik di dinding, hidangan masakannya dibuat secara terbuka.
Mengapa namanya Restoran Sup Urat Ketin?
“Sebenarnya buntu saya memikirkan nama restoran ini. Tiga hari saya tidur lewat kerana ingin mencipta kelainan untuk menarik pelanggan.
“Setelah puas berfikir akhirnya datang ilham. Saya rasa sup keting (‘ketin’ dalam dialek Kelantan) merupakan nama terbaik. Anda pelik mendengar namanya, bukan? Sebenarnya yang pelik itulah yang menjadikan orang tertarik,” katanya ketawa.
Sup keting merupakan salah satu menu makanan popular yang terdapat di restoran milik Sabul.
Keting ialah urat kaki lembu berwarna putih dan disaluti lemak. Ia perlu direbus untuk mengasingkan lemaknya. Menu ini amat popular di negeri Kelantan terutama pada Hari Raya Haji.
Malah keting juga boleh dimasak gulai lemak, kerabu dan goreng.
“Saiz keting yang sesuai untuk dibuat sup ialah tiga sentimeter panjang dan satu sentimeter tebal.
“Stok diambil daripada pembekal yang mengimportnya dari New Zealand dan Australia. Sebanyak 30 kilogram urat keting boleh dimasak di dalam sebuah periuk besar,” katanya.
Menurut Sabul, dalam sehari beliau dapat menjual lebih 100 mangkuk sup keting yang berharga RM6 setiap satu.
Antara pelanggan yang selalu datang untuk menikmati sup keting Sabul ialah pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Kid (Hamzah Mohd. Taib), bekas anggota kumpulan Search.
“Mereka datang sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi saya tidak pula bertanya pada Dr. Fadzilah mengenai rahsia makan sup khususnya bagi orang lelaki,” katanya sambil ketawa.
KONSEP hidangan terbuka merupakan satu lagi tarikan restoran milik Sabul.

Sabul juga berkongsi rahsia menyediakan sup keting yang lazat.
“Ramuan untuk membuat sup keting sama seperti membuat sup tulang, sup ekor dan sup gearbox.
“Rempah ratusnya termasuk jintan, kayu manis, bunga lawang, bawang putih, bawang besar, halia dan kayu manis. Semuanya perlu diadun dan direbus bersama selama empat jam.
“Jangan pelik kerana untuk membuatnya perlu ada dua rebusan berbeza, satu rebusan tulang lembu dan satu lagi urat keting bagi membuang lemaknya.
“Apabila telah cukup tempoh rebusan, kedua-dua air rebusan tadi digabungkan sebelum ditambah gula dan garam. Sup ini juga digemari ramai orang Cina,” katanya.
Shahdan Yusof, 29, seorang kontraktor, berpendapat sup keting dapat memberikan beliau tenaga tambahan.
“Saya kerap berpanas di tapak projek, jadi sup keting dapat memberikan saya ‘kuasa’ tambahan. Kebiasaannya saya makan sup ini tiga kali seminggu di sini,” ujarnya.
KIRA-KIRA 500 orang mengunjungi restoran ini setiap hari.

Dengan peluh mengalir di dahi ketika dia menghirup sup dan mengunyah urat keting. Syahil Siadan, 28, ada pendapat sendiri mengenai sup itu.
“Saya berasal dari Kota Bahru, Kelantan. Kebiasaannya sup keting hanya menjadi menu utama ketika Hari Raya Haji. Kini ia dapat dinikmati setiap hari.
“Saya tidak perlu lagi pulang ke Kelantan kerana di Selangor pun ada sup keting,” katanya berjenaka.

Thursday, March 17, 2011

FOODS THAT HELP YOU SLEEP

Should you let yourself have that midnight snack if you're having trouble sleeping and you think hunger might be part of the problem? Here are five foods that can actually help you drift off

  •  Cherries. 

Fresh and dried cherries are one of the only natural food sources of melatonin, the chemical that controls the body's internal clock to regulate sleep. Researchers who tested tart cherries and found high levels of melatonin recommend eating them an hour before bedtime or before a trip when you want to sleep on the plane.

  • Bananas. 

Potassium and magnesium are natural muscle relaxants, and bananas are a good source of both. They also contain the amino acid L-tryptophan, which gets converted to 5-HTP in the brain. The 5-HTP in turn is converted to serotonin (a relaxing neurotransmitter) and melatonin.

  • Toast. 

Carbohydrate-rich foods trigger insulin production, which induces sleep by speeding up the release of tryptophan and serotonin, two brain chemicals that relax you and send you to sleep..

  • Oatmeal. 

Like toast, a bowl of oatmeal triggers a rise in blood sugar, which in turn triggers insulin production and the release of sleep-inducing brain chemicals. Oats are also rich in melatonin, which many people take as a sleep aid..

  • Warm milk. 

Like bananas, milk contains the amino acid L-tryptophan, which turns to 5-HTP and releases relaxing serotonin. It's also high in calcium, which promotes sleep.

Sources: Yahoo Health

Sunday, March 06, 2011

OH!! MACARON

Entry kali ni aku nak citer pasal "Macaron". 

Mula-mula noticed pasal "Macaron" ni bila my friend update her twitter "sedapnyaaa macaron"... pastu kat facebook plak ada yang dok sembang pasal beli "Macaron" ni online la..bla..bla.. aku apa lagi "teruja" la nak tahu apa rasa nya. Tengok rupa menarik gilaaa.Colourful.."striking" oghe kelate kato...hahhahahha..

Lepas dapatkan info kat mana aku leh dapat "Macaron" ni, aku ngan ofismate pun pegi lah ke Solaris Dutamas..cari Restoran Nathali's Gourmet Studio.. Derang cakap "Macaron" kat situ sedap.lagipun dekat dengan gak ngan ofis.

So, ini lah dia "Macaron" yang aku berjaya beli tu. Mula-mula tengok saiz dia aku terkejut wehh...tecikkk nyee..besar sikit dari duit 50 sen... pastu tengok harga dia plak...makaihhhhhh..... RM4.40 sebiji..  tapi punya la aku dan kawan ni nak try kan.. beli je la 6 biji (lepas masuk tax harga dia RM26.60). we amik different flavour.. ada green tea,lychee,vanilla,chocolate ..hmmm..apa lagi ntah..hahaa...tak ingat.. sebab semua dalam bahasa french. 

RASA? huhuhuhu... aku ni nama je orang kelantan tapi aku tak suka manis... "Macaron" nih maaaaaanisssss sangatttt....makan cubit sikit-sikit je.. gila punya maniss...arrrkkk..... kalau nak mintak aku pilih yang mana satu sedap.. chocolate kot.. vanila pun ok juga... hehhe..

Next entry nanti aku citer how to make this Macaron...hehehe

Tuesday, January 04, 2011

A Magnolia Sherbet A Day Keeps My Sadness Away ;-)

Pernah tak bayangkan aiskrim yang tak macam aiskrim? maksudnya aiskrim tapi tak macam aiskrim yang kita selalu makan tu... yang ni lebih "lighter" and "Smoother" daripada aiskrim biasa. 

F&N memperkenalkan Magnolia Sherbet yang terdiri daripada 4 perisa iaitu Laici,Manggis,Melon dan Oren.sedappp rasa buah sebenar...

Last month hubby dapat promo pack 1 dozen sherbet ..semua perisa ada... yang paling aku suka MELON...perghhhh....sedappp sangattt.... siap ada nata de coco  tuu...  balik kerja aku stress & sedih.. bila makan sherbet ni lupa segala stress & sedih aku...huhuhu... memang rugi tak try...

Nak tahu rupa sebenar sherbet ni?

a

Tengok rupa pun mesti korang dah terliurrr kannn... cepat-cepat dapatkan di outlet yang berdekatan.. 

Sunday, January 02, 2011

RESTORAN IKAN BAKAR SEKINCHAN

New Year Dinner at Sekinchan Ikan Bakar,Setiawangsa.. Memang best tapi tak banyak choices .. macam tahun yang sudah kami ber"dinner" di Bagan Lalang & Muara(tanjung Harapan)...tahun ni cari tempat yang dekat sikit.. hehhe...apa-apapun memang enjoyy... licin kami makan.... sotong,ikan siakap,bawal,kembung,kerang,ikan gut,ubi kayu+sambal ikan bilis,keropok ikan dll...banyakkk.... tapi puas hati belanja sebab semuanya habis...hehehhee...

Sunday, November 14, 2010

WEEKEND: JALAN-JALAN CARI MAKAN

Sabtu : Lunch kat Arab Restaurant , taman Melati

Dinner : @ restoran amber shirimbano (near lrt star cheras) - sate kambing...yum..yummm...yummmm

Tuesday, November 09, 2010

RESEPI: BLUEBERRY CHEESE TART

SPECIAL THANKS TO serojakitchen.blogspot.com

BLUEBERRY CHEESE TART

BAHAN PASTRY
  • 1 biji telur
  • 100g butter
  • 75g icing sugar
  • 200g tepung gandum

CARANYA

  • Semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh
  • Bulat2 kan doh sebesar ibu jari dan tekan dlm acuan tat & cucuk2 kan sikit dgn garpu.
  • Bakar selama 15minit - 160°C

KRIM CHEESE

  • 250g keju Philadelpia (atau apa2 brand yg halal)
  • 60g butter
  • 60g icing sugar
  • 1 biji telur

CARANYA

  • Pukul semua bahan sehingga halus & rata
  • pipekan dulu sedikit blueberry filling kemudian tutupkan pula dgn krim cheese
  • lepas tu barulah dilorek mengikut corak disukai (sedikit krim cheese + sdikit bluberry kaler - dan dilorekkan ke atas prmukaan tat)
  • Dibakar sekejap lebih kurang 5 minit

>>Terliur tengok pic blueberry cheese tart ni kat blog kak Am (Flora Heights).. Insya Allah..weekend ni akan ku usahakan buat tart ni.. leh try oven baru yang my besfren FARA kasi untuk hadiah kawen...hehehe.....

Sunday, October 24, 2010

MENCARI KETENANGAN FIKIRAN

ADAKAH anda sentiasa memikirkan cara yang menyenangkan untuk menjaga kesihatan? Berita baik ini pasti anda nanti-nantikan.

Anda hanya perlukan secawan teh setiap hari untuk menjana kecerdasan mental dan menjamin kesejahteraan fizikal.

Perkara ini telah dibuktikan oleh pakar teh terkenal di dunia yang membentangkan hasil kajian terbaru mereka mengenai hubung kait antara pengambilan teh dan kesihatan.

Kajian itu menumpukan manfaat tianin (theanine: analog asid glutamik atau asid amino dalam teh) dan flavonoid (vitamin P atau sitrin atau kelas metabolit sekunder tumbuhan).

Hasilnya menunjukkan manfaat yang menarik, khususnya kelebihan teh dalam memperbaiki mood, meningkatkan tumpuan dan kecerdasan di samping menurunkan risiko strok iskemia.

Cara hidup

"Teh sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat Malaysia. Kita menikmati minuman ini dalam pelbagai cara, sama ada teh kosong, teh susu atau teh hijau.

"Kami ingin memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa mereka sentiasa menghirup secawan minuman yang berkhasiat," kata Quah Seng Khie, Pengurus Jenama Peruncitan Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd.

Tambahnya, manfaat kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan teh telah menjadi tumpuan penyelidikan saintifik yang dijalankan secara meluas.

"Simposium ini memberi peluang kepada pakar teh untuk berkongsi kemunculan kaedah sains baru dan menggalakkan perbincangan mengenai kebaikan teh kepada fizikal," ujarnya.

Hasil penyelidikan yang dibentangkan oleh Dr. Georgie Russell daripada R&D Unilever dan Institut Teh Lipton menunjukkan bahawa pengambilan teh mempengaruhi mood secara positif.

"Kajian kami menunjukkan bahawa mood sering dianggap kualiti subjektif dan boleh diukur dengan berkesan.

"Ini adalah satu perkembangan yang menarik, ia membolehkan kita mengukur kesan rangsangan luar ke atas mood kita. Sebagai contoh, kami dapat mengesahkan bahawa teh susu memberi kesan positif ke atas mood.

"Kesan positif ke atas mood bukan sahaja membuatkan kita rasa ceria, tetapi beberapa kajian menyarankan bahawa teh dikaitkan dengan manfaat seperti peningkatan kreativiti dan sokongan kepada sistem imunisasi," kata Russell.

Lebih tumpuan

Selain kesan psikologi, Dr. Eveline De-Bruin membentangkan bukti baru yang menunjukkan bahawa pengambilan teh boleh membantu anda memberi lebih tumpuan dan membaiki kecerdasan subjektif. Mekanisme kajian inilah yang menjadi tumpuan perbincangan semua saintis.

Kajian memperlihatkan mekanisme di sebalik kesan ini yang menunjukkan bahawa selepas mengambil satu dos kuat tianin dan kafein, dua bahan aktif yang terdapat secara semula jadi dalam teh, rangkaian perhatian otak diaktifkan secara lebih cekap.

"Kajian ini menunjukkan tindak balas bahan aktif dalam teh, tianin dan kafein mengoptimumkan pengaktifan bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap tumpuan kita seharian," Eveline De-Bruin.

Kurangkan risiko strok

Dr. Lenore Arab, Profesor di David Geffen School of Medicine di UCLA, mendedahkan hasil penyelidikan telah mengesahkan bahawa pengambilan teh setiap hari berpotensi menurunkan risiko strok iskemia sebanyak 21 peratus.

Strok adalah punca kematian ketiga paling tinggi di Malaysia. Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira 40,000 penghidap strok di Malaysia.

Strok juga merupakan penyebab utama kehilangan upaya fizikal. Strok iskemia, berlaku apabila saluran darah tersekat, meliputi kira-kira 83 peratus daripada semua kes strok yang dilaporkan.

Dr. Sheila Wiseman dari Institut Teh Lipton, menyokong dakwaan ini dengan hasil kajian yang berbeza. Beliau menjelaskan bahawa flavonoid teh membantu menenangkan saluran darah.

"Hanya 100 miligram flavanoid teh sehari iaitu bersamaan dengan kurang daripada satu cawah teh sehari dapat membantu membaiki kapasiti keanjalan saluran darah. Ini bermakna kesan positif pengambilan teh ke atas fungsi vaskular mungkin relevan bagi kebanyakan orang di dunia yang hanya minum satu atau dua cawan teh sehari," ujarnya.

Credit to KOSMO ONLINE

Tuesday, August 24, 2010

RAMADHAN: SUSHI

Ahad lepas ada orang belanja makan sushi.... yummyyyy...thx sue... banayk duit sue habis....hehehhee...lama betul tak lepak sama... hari tu pun sekejap aje sebab curfew hour aku before 9 mlm....hahahhahaa.... takleh la tinggal hubby lama-lama...sian dia...dah le bukak puasa sorang-sorang hari tu...

To sue...terima kasih daun keladi..nanti boleh banje lagi.... tunggu turn sapa lak...ehem..ehemmmm... 

Wednesday, June 09, 2010

MOIST CHOCOLATE CAKE

BAHAN A 
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 1/2 cwn susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 s/k esen vanila  
BAHAN B
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 s/k soda bikarbonat
  • 1 s/k baking powder
  • 1 cawan air panas baru mendidih
Cara-cara:-
  • Ayak semua bahan B
  • Blend bahan A sehingga sebati
  • Campurkan bahan A&B, kacau sehingga sebati
  • Masukkan air panas yang baru mendidih, kemudian kacau
  • Akhir sekali kukus selama 1 jam
  • Biarkan sejuk
 
TOPPING
 
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko/coklat masakan
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
Cara-cara:- 
  • Campurkan kesemua bahan-bahan di atas
  • Masak atas api perlahan
  • Kacau sampai agak pekat
  • Tuang atas kek yg dah sejuk tadi  
  • Taburkan choc rice
  •  Sejukkan dlm peti sejuk sebelum dimakan
*     Terpulang nak kukus atau bakar... tapi saya prefer KUKUS sebab lebih moist... hehehehe
**    resepi ni dapat dari makcik....dah lama tak buat... hmmm..... macam nak buat la weekend ni...   yummyyy.... habis dietku!!!!

THAI RESTAURANT

BEST GILER tengok pic-pic food kat foodstreet... tapi apakan daya jarak restoran ni amat jauh dari umah ku...kalau tak,konpem sampai je nih...hehehhe.....anyway...sharing is caring...thanks to foodstreet sebab selalu send newsletter to my email & twitter... heheheh

Bibiwok Nyonya Thai Restaurant

No. 16 & 16-1, Jalan Persiaran Puteri 1, Bandar
Puteri, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.

sumber: foodstreet

Friday, June 04, 2010

DAGING DENDENG

hehehehe... kalau bab-bab food ni memang aku suka share kat blog nih..baru-baru ni aku baru je try meng"order" DAGING DENDENG... dari perak nunnn... order online tu... hubby dah geleng kepala...sebab food pun leh order online....ekekkekee....dunia sudah maju.... makin canggihh... sikit masa lagi semua leh beli online....ekekekeke

memang sedap... siap order 1kg terus .. tanpa try pun....sabarrr je lah kannn.... kalau nak order, email je kat email address yang tertera tu... atau pun add kat FB.. Farah Dendeng...wahh...promote gituu... hehehhee

Friday, May 28, 2010

THE SOYA SHOP

Masa Checking & clearing emails tadi,baru perasan dapat banyak newsletter pasal food... sayang kalau tak share kat blog ni...so I letak kat sini... Sharing is caring .... hehehehe

Memang suka sangat food yang berasas kan soya ni....especially tempe..hehehhe.... memang sedap....dulu masa belaja kat UIA, outing je mesti beli 2-3 kota besar susu soya wat stok....tengok je promo ni kat email terus pasang niat akan berkunjung ke sana dalam masa terdekat ni... jommmm.....check it outtt...

1. Hartamas Shopping Centre, Plaza Damas – Lot P-2G, Plaza Ground Floor (Tel: 012-665 5282)

2. Ikano Power Centre – Lot LG 63A (Tel: 012-381 8177)
3. Jusco Metro Prima – Arena Food Court (Tel: 012-287 0199)
4. Jusco One Utama Shopping Centre – Arena Food Court (Tel: 013-341 7072)
5. Menara Citibank – Lot 8, Food Court, Level 5 (Tel: 016-201 1664)
6. Nineteen Digital Mall, USJ 19 – Lot No. G-03, Ground Floor (Tel: 012-381 8177)
7. Plaza Low Yat – 4K-1, 4th Floor (Tel: 017-765 6645)
8. Sunway Giza Mall, Sunway Damansara – Lot F22, First Floor (Tel: 012-665 5282)
9. The Summit Subang Jaya – (Tel: 012-203 0339)
10. Pasarakyat – No. 8, Jalan Melati, Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur (Tel: 013-341 7072)

Soya for Health

It’s milk from the plant:
No cholesterol
High protein
Low fat

To read more about soya for your health, check out our Soy Digest.

We use 100% non-GMO Canadian soya beans. For more information, visit http://www.thesoyashop.com/

Chocolate Fair - Free Chocolate Buffet

Chocolate Fair - Free Chocolate Buffet

No. 8, Jalan 9/1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
28 May - 30 May, 2010
Chocolate Fair - Free Chocolate Buffet
Time: 9.00am - 6.00pm
Terms and Conditions:

Eat all you can with no wastage.
Strictly for dine-in only.
Unfinished chocolate will be charge according to our selling price.
Beryl's reserve the rights to change the terms and conditions without prior notice.
For enquiry, please contact 03 8925 6136.

Latest promotions from Beryl's Chocolate:
Chocolate Fair - Free Chocolate Buffet
Eat all you can with no wastage

Thursday, April 15, 2010

MAY 2010

salammm... brrrpppp....sedapnya mkn sushi... maklum la sejak sushi king wat promosi bonanza RM2 ni.. hehehe.... tapi idok ler mkn sushi tu hari-hari...mau kembang bertaman-taman nanti ..hahahahhaha...

Apa ada dengan May 2010? banyak event,banyak duit & banyak masa yang perlu diluangkan...

  • 1.5.2010 - kenduri arwah atuk (40 hari) kat kelantan
  • 2.5.2010 - Hubby kena attend AIM... me? macam biasalah..lebih gemar dok di rumah sahaja...
  • 8.5.2010 - cousin ku kahwin kat Pekan,Pahang...umah pompuan..
  • 15.5.2010 - majlis menyambut menantu adikku .... ke batu pahat lagi la kita... xpe...leh plan nk shopping apa kat ayer itam tuh..hahahaha
  • NI YANG PALING PENTING.....17.5.2010... ANNIVERSSARY PERKAHWINAN IBU & AYAHKU YANG KE -32 & MY BIRTHDAY YANG KE- 13.. MUDO LAIEE ANAK OMAK NIH.... LOM HBS SEKOLAH LAIIIEEE.....HAHAHAHA.... susah nak cari tarikh yang sama ni kann... and I'm the lucky one....hehehe...
Apa ada ngan June?nanti kita update kat entry lain plak..hehehhehe....

cauuu....

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin