Search this blog

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, March 14, 2011

TIPS: SURPRISE BIRTHDAY PARTY

It's always fun to throw a surprise party for a friend, and planning it and keeping it a secret is the best part of it! 










Tips on how to plan a suprise birthday party:-


  1. 1
    Plan in advance! If you don’t everything could just be very disorganized, and you might even, for example, run out of food.
  2. 2
    Make sure it stays a secret… otherwise it could turn out boring.
  3. 3
    It’s better if the person doesn’t have any plans of his/her own… to celebrate their birthday
  4. 4
    It’s better if it’s a few days before/after the birthday- otherwise you might be spoiling a quiet dinner, or the birthday person might guess.
  5. 5
    Decide on the location- maybe have it at someone's house if you can't afford to rent out a venue/ you live out in the country.
  6. 6
    Then, guests. Try to keep it quite a small number of people, unless you want a hugemess (not to mention food problem)... and someone may blab.
  7. 7
    Make sure to find out if anyone is allergic to anything, or a vegetarian, so you can plan your menu accordingly. This is really important because then the party will turn out a mess.
  8. 8
    It’s helpful if everyone brings something, and that there are quite a few people organizing the surprise party.
  9. 9
    Get people to help you with decorating… have balloons, tinsel, a banner, posters, party poppers, and invitations... everything to make it look pretty
  10. 10
    Have food for the people helping out apart from the one for the party (people can get very hungry)
  11. 11
    Get the food out around ½ an hour before the birthday person arrives, and the drinks around 15-10 minutes earlier… this is so you don’t have to rush out to get more things!
NOTE: NEXT entry is about our surprise birthday party to K. Zai (FAFAU FUN CORNER).. Alhamdulillah..menjadi gak plan Intan wat surprise birthday kat kakak dia...heheheh.. 

Friday, February 25, 2011

TIPS MENILAI CINTA



SAAT MENILAI CINTA
SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Sunday, November 07, 2010

10 TIPS MENJADI PASANGAN YANG BAIK

Love picture


  • Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

  • Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

  • Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

  • Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

  • kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

  • Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

  • Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

  • Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

  • Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

  • Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.

Monday, June 21, 2010

KHASIAT KUNYIT



Kunyit mengikut petua orang lama baik bagi menyembuhkan luka jahitan selepas bersalin.

Kunyit hidup dibersihkan dan ditumbuk halus. Serbuk dimasukkan di dalam air suam dan kacau. Minum terus dan amalkan tiga kali sehari.Luka akan cepat kering dan sembuh.

Serbuk kunyit juga sesuai digunakan oleh lelaki untuk menghentikan darah selepas bercukur. Hanya perlu ambil sedikit serbuk kunyit dan disapukan ke tempat yang luka. Luka akan cepat berhenti dan membolehkan proses penyembuhan berlaku dengan cepat.



Sunday, June 20, 2010

TIPS UNTUK KURUS

1. Kawal pemakanan


Bunyinya memang selalu dan mudah didengar tetapi amat payah dari segi praktikal. Ini kerana ramai yang beranggapan, mengawal makan bermaksud menahan lapar sehingga boleh membawa kemudaratan kepada badan. Sebenarnya, pengawalan pemakanan yang betul adalah dengan mengamalkan pengambilan zat dan nurien yang seimbang yang diperlukan oleh badan. Jangan sekali kali ‘diet’ dengan berlapar, kerana kelak badan akan merana.


2. Kurangkan pengambilan karbohidrat

Makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan roti penting jika seorang itu aktif kerana karbohidrat diperlukan untuk menjana dan membekalkan tenaga untuk aktiviti seharian. Namun, jika masa anda lebih banyak dihabiskan dengan kerja kerja pejabat, karbohidrat yang berlebihan tidak akan menjadi tenaga dan sebaliknya akan bertukar menjadi lemak, dan akan disimpan sebagai ‘spare tyre’ di perut, peha, lengan dan bawah dagu.

Jika sebelum ini anda mengambil sepinggan penuh nasi, cuba kurangkan kepada separuh pinggan, manakala yang lain diisi dengan lauk bersaskan protein seperti daging dan ikan, beserta sayur buah buahan.


3. Mula ‘berdamping’ dengan lemak yang baik

Tidak semua lemak itu jahat serta menggemukkan, malah lemak penting sebagai salah satu unsur keseimbangan dalam zat makanan. Antara lemak yang memudaratkan adalah seperti lemak dalam makanan berdaging seperti ayam dan daging, minyak kelapa sawit, marjerin, keju dan makanan segera yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung jika diambil secara keterlaluan.

Manakala sumber makanan berlemak yang memberi kebaikan adalah seperti minyak zaitun, minyak ikan, mentega kacang, buah avocado dan makanan yang mengandungi omega 3 seperti telur.


4. Bersenam/bersukan

Luangkan kira kira 15 minit untuk bersenam, beriadah atau bersukan tiga kali seminggu. Antara jenis senaman yang amat disarankan adalah senaman latihan otot seperti angkat berat, tekan tubi serta senaman lain yang menggunakan pemberat. Aktiviti ini akan merangsang penjanaan otot yang akan meningkatkan kadar metabolisme yang seterusnya akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan.

Jika anda seorang wanita, usah gusar dengan risiko otot yang terlalu besar akibat aktiviti angkat berat. Ini kerana, saiz otot bergantung kepada kebolehan badan untuk menghasilkan testoren dan kaum wanita hanya mempunyai kemampuan kira kira 1/8 daripada lelaki.

5. Ambil protein yang secukupnya

Apabila anda bersenam, anda sebenarnya ‘merosakkan’ dan menjahanamkan sel sel otot. Sel sel ini kemudiannya akan memberi respon dengan membaiki dan menambahbaik otot otot tersebut. Proses ini memerlukan banyak protein. Antara sumber protein yang baik adalah dada ayam, ikan tuna, telur putih dan ikan sardin.



Wednesday, March 10, 2010

THE BIGGEST LOSER ASIA


CONGRATULATION TO DAVID....the 1st Biggest Loser Asia.... walaupun hati ini tetap memilih Carlo..hehhee....mulanya aku x suka Carlo sebab dia asyik dok gaduh je ngan David.. pastu semangat kenegaraan yang amat kuat....tapi lama-lama dia makin comel...penurunan berat badan yang mendadak ... tengok body masa timbang berat tu makaihhh.....lemak-lemak sudah ilangg.....





Aku ni bila la nak lose weight nih.... nak jadi biggest loser gak la....the biggest loser Kelate..hahhahahhaa.....ok lah... apa-apa pun.. tak sabar nak tengok season 2 plak.... ;-)

Tuesday, October 13, 2009

TIPS UNTUK WANITA SAHAJA


Coli rosakkan payu dara


Oleh DEWI ABDUL RAHMAN

PEMILIHAN saiz coli yang salah boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu dan bentuk payu dara sekiranya terus dibiarkan.


Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payu dara adalah agak kecil dan tidak kelihatan.

Pada usia sekitar 10 tahun pula, lapisan lemak di bawah epidermis masih lagi tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum tubuh wanita. Ketika inilah pertumbuhan payu dara mulai matang.


Bagaimanapun, selepas usia 35 tahun, pertumbuhan lemak di bahagian bawah epidermis telah sempurna dan menyebabkan bentuk payu dara mula berubah dan mengendur.


Maka, di sinilah pentingnya pemakaian coli yang betul. Pemilihan padanan coli yang sesuai dengan saiz payu dara boleh membantu memberikan satu ilusi tubuh yang lebih ramping, sempurna serta kelihatan tambah menarik.

Menurut kajian, lebih daripada 80 peratus wanita di Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payu dara. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap penjagaan payu dara

Memiliki payu dara yang cantik merupakan aset seorang wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya, menyebabkan payu dara jatuh atau kurang menarik.


Menurut Konsultan Pakar Bedah Payu Dara dan Endokrin, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Harjit Kaur, golongan wanita perlu memakai coli yang bersesuaian dengan saiz payu dara bagi menguatkan sokongan luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik.

“Cara memilih coli juga perlu betul, iaitu dengan mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payu dara dan ukuran lilit payu dara. Kedua-dua jumlah ini ditolak dan hasilnya adalah ukuran yang anda perlukan.


“Misalnya, jika ukuran bawah ialah 84 sentimeter (sm) ditolak ukuran payu dara 72 sm menjadikan beza 12 sm. Bagi coli ukuran mangkuk A ialah 10 sm, B pula 12.5 sm dan C ialah 15 sm. Jika beza diperoleh 12 sm bermakna anda perlukan coli B cup.

“Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai juga boleh mengakibatkan masalah-masalah belakang, sakit kepala, ketegangan leher, ruam dan menarik struktur ligamen pada tubuh badan

“Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada ujian yang membuktikan bahawa coli penyebab kanser payu dara. Ia hanyalah mitos,” ujarnya.


Apa pun, menjadi satu kelaziman wanita gemar memakai coli yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh bagi menampakkan bentuk yang menawan.

Memakai coli yang salah bukan sahaja tidak menyenangkan malah mungkin merimaskan. Jadi bagi mengelakkan terjadinya perkara yang lebih memudaratkan, wanita dinasihatkan memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.




Saturday, September 26, 2009

SELIMUT & BANTAL?

Bantal, selimut kegemaran kuman



TEMPAT tidur merupakan ruang istirehat buat semua orang bagi melepaskan kepenatan selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti. Namun, sejauh manakah ia dipastikan selamat, khususnya dari segi kebersihan?


Sama ada kita sedar atau tidak, kelengkapan tidur seperti bantal, selimut serta cadar merupakan tempat pembiakan sejenis kuman iaitu Dermatophagoides pteronyssinus.


Menurut penulis buku The Secret Life of Germs, Philip Tierno, 10 peratus daripada berat bantal adalah disumbangkan oleh bakteria tersebut yang terhasil daripada debu, sel mati, rambut, peluh, tungau dan pelbagai kotoran lain.


Secara tidak langsung, kuman tersebut akan meningkatkan risiko alahan dan asma terhadap penggunanya.


  [sumber]
 
 
Note : nampaknya semakin kerapla aku menukar cadar,sarung bantal & selimut ..hahahahaha.....

Thursday, September 17, 2009

PETUA HILANGKAN MENGANTUK

Beri biru hilangkan mengantuk

MENGUNYAH semangkuk beri biru yang kaya dengan vitamin C dan E ketika sarapan pagi mampu menghentikan rasa letih pada waktu tengah hari.

Penyelidik mendapati dengan pengambilan buah-buahan, ia dapat membantu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan sehingga lima jam kemudiannya.


 
Menurut penyelidik dari Universiti Reading, Britain, Dr Jeremy Spencer, kandungan antioksida yang terdapat dalam beri biru meningkatkan aliran darah dan oksigen ke otak, sekali gus menjadikan otak sentiasa cergas.




Sumber : KOSMO ONLINE


note : kat mana ek ada jual beri biru ni?agak-agak kat TESCO ada tak?hehehehehe... nak kena amalkan nih...

Friday, September 11, 2009

CERITA CINTA

Salam...hari ni dah 21 Ramadhan...cepatnya masa berlalu.. dah nak raya dah.... Pagi -pagi kat ofis,biasalah dok baca-baca newspaper online...pastu terjumpa tips ni kat kosmo. Kita letak kat sini just nak share ngan kawan-kawan ... hehehehe.... ye  lah tiada manusia yang sempurna kan... tp sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjadi yang sempurna di mata pasangan kita.. ;-)



10 tip menjadi pasangan yang baik

  • Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.





  • Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.




  • Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.





  • Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.





  • Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.





  • Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.





  • Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.





  • Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.





  • Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.





  • Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.








Sumber : Kosmo Online






Monday, September 07, 2009

PREVENTION IS BETTER THAN CURE

TIPS PENCEGAHAN ~ Influenza A (H1N1)


1. Kerap membasuh tangan terutama selepas berada dalam kawasan awam


2. Elakkan menggosok hidung, muka atau mulut


3. Berkumur dengan air garam yang suam (Gunakan listerine sekiranya anda tidak selesa menggunakan garam)


4. Cuci lubang hidung dengan air garam sekali sehari


5. Tingkatkan imuniti badan dengan mengambil vitamin tambahan seperti Vitamin C dalam diet seharian (ambil sayur atau buah-buahan).Kita juga boleh mengambil tablet Vitamin C sebagai ganti


6. Minum air suam sebanyak mungkin


7. Elakkan bersentuhan dengan orang yang mungkin terkena jangkitan


8. Kurangkan berada di tempat awam


9. Amalkan kehidupan yang sihat . Pastikan tidur yang cukup, makan makanan yang seimbang dan mengekalkan tahap kecergasan badan

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin