Search this blog

Saturday, February 20, 2010

CHINESE MUSLIM RESTAURANT

Salammm.... semalam aku ajak hubby gi dinner chinese food kat Hj Sharin Low Seafood Restaurant....bukan apa...sebelum ni aku tengok ramai yang gi makan kat sana pastu update kat facebook... memang dah lama teringin nak makan chinese cuisine yang halal nih...sebab tak banyak lagi restoran-restoran sebegini kat kat mesia ni...yang aku tahu restoran Cheng Ho milik Amy search tu je lah....hehehehe....

Memang sedap food kat restoran ni....leh pergi lagi next time...bawak kawan-kawan & famili....hehehhee...

Layan je pic-pic kat bawah ni.... kalau you all nak pergi or nak tahu dengan lebih lanjut pasal restoran ni, join la fanpage dia kat facebook & twitter (Hj Sharin Low Restaurant)restoran ni dah masuk rtm (panorama), Jalan-Jalan Cari makan (TV3) & bernamatv tak silap..




*mukmin taufu goreng*


                                                                                 *buttered prawn*



*sayur jepun sos tiram*


                                                                              *kerapu stim hong kong*

 habisss....sedapppppp....ALHAMDULILLAHH


Just to share the restaurant's info...



We are a Chinese Muslim Restaurant serving authentic Chinese cuisine

Our specialties are:

Roast Duck
Taufu Mukmin
Emerald Fish imported from Norway
Champion Chicken
Salted Egg Crab
Salted Egg Prawn
Peanut Butter Cream


Location:

No 1 Lorong Wangsa 5A, Bukit Antarabangsa
Ampang, Malaysia, 68000Phone:
012-685 4101 , 6012-373 1999
Tues - Thurs:
11:00 - 23:00
Fri:16:00 - 23:00
Sat - Sun:
11:00 - 23:00

Friday, February 19, 2010

1Malaysia 1Halal

Sebagai usaha memberi kesedaran, khususnya kepada masyarakat Islam negara ini tentang kepentingan halal, Jakim akan mengadakan Kempen 1Malaysia 1Halal pada 25 hingga 28 Februari ini bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Antara program yang diatur di sepanjang kempen berlangsung ialah jualan produk halal, seminar halal, klinik halal bagi pemohon, forum Perdana Hal Ehwal Islam, nasyid dan pelbagai program menarik.

Pelancaran kempen dijangka disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 26 Februari pada pukul 12.30 tengah hari dan orang ramai dijemput hadir. - Bernama


Sumber : kosmo

Wednesday, February 17, 2010

ASAM PEDAS IKAN TONGKOL/AYE

Balik dari kampung tetiba je aku rasa cam nak makan ikan tongkol...tak kira lah masak singgang ke...lemak ke (sedapnya nasik berlauk)....ish..ish..ish....diet wehh....xpe asam pedas ni bkn masak lemak tauuu....nasi kena 1/4 daripada biasa....aku nak kena slim sikit sebelum gi kenduri kwn baik aku kat johor nih...Rxlite pastinya..hehehhehee....

Punya la dok fikir-fikir nak masak apa esok...yg simple je...leh semua dlm satu (ada ikan+sayur)...maklumlah...wanita berkerjaya gini lahh...pastu hubby lak yang dok galak aku masak everyday...nasib baik opis dekat....hehehhee....

Tq to k hanieliza...aku memang pencinta resepi-resepi masakan dia....memang sedap.... so esok aku nak try wat asam pedas ikan tongkol ni...hehehehe....

LAYANNNNNZZZ





ASAM PEDAS IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN:-

500 gm ikan aye [potong kecil dan bersihkan]
10 biji bendir
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
1 tangkai bunga kantan [belah 2]
4 s/b minyak masak
garam


BAHAN MESIN

10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk
3 cawan air

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh.
3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan buah tomato, bunga kantan dan bendir.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Monday, February 08, 2010

SEKITAR BIRTHDAY BASH FAFAU

sALAMM....6.2.2010 lepas aku telah menjoinkan diri at Fafau's 30th birthday bash...memang best...terhibur ngan celoteh kak Engku & fafau....food pun sedap (by Kuzie Catering)... (tp xleh mkn byk sbb RxLite nye pasal)...hahhahaha...adehhh...sakit perut gelak....seronok dapat jumpa ngan dak2 fun corner...walaupun sekejap...nak citer panjang-panjang,aku plak takde mood nak berblog...memang takde mood sejak dua menjak nih....penat kot...huhuhuhu....

so layan la dulu pic-pic sekitar birthday bash fafau ni ekkk.....



HAPPY BIRTHDAY FAFAU..

HAPPY BIRTHDAY TO U..HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BRITHDAY TO FAFAU@FF@FARA..     HAPPY BIRTHDAY TO U....


1st pic with fafau...kenangan...

SEMOGA DI PANJANGKAN UMUR & DIMURAHKAN REZEKI.....INSYA ALLAH....

WILL ALWAYS SUPPORT U & FUN CORNER....MUAHSSS....

Wednesday, February 03, 2010

CABARAN 30 HARI BERMULA

CABARAN 30 HARI BERMULA....

Salamm.... saja nak share ngan blog ku yang dah agak bersawang nih...hikhikhik..... Esok..3/2/2010 bermulalah cabaran 30 hari aku "menerai" minuman RxLite...bukan apa.... tak larat dah rasa nak badanku yang montel ni...umur muda lagi...(ecehh....)...kalau ikut kan kata hubby,dia tak kasi aku kurus...apa motip aku pun tak tahu....hanya dia yang tahu...suka kot tgk bini dia montel...mcm pisang montel....hahahahha...

Aku dengan penuh harapan berdoa agar usaha "menyelimkan" badan ni berjaya...Insya Allah....kwn2 doakan la sekali ekkk....aku percaya ngan RxLite ni..MUDAH..LAZAT & BERKESAN.....



"akhirnya aku miliki...caiyok..caiyokkk waniiii!!!!!"



SEDIKIT INFO PASAL RxLite .....


RXLite boleh digunakan sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian anda. RXLite akan membantu menambah tenaga, mengurangkan rasa lapar, menambah protein dan kalsium dalam tubuh badan.

 
RXLite mengandungi L-Carnitine yang membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak.

RXLite berkhasiat dalam:-

Membantu membakar lemak
Diperkaya dengan vitamin dan mineral
Rasa koko yang lazat
Mengandungi anti-oksida

RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu. Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.


Soalan-soalan lazim:

1. Bagaimana rasanya?

Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.

2. Bagaimana cara penyediaannya?

RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian Pakej Copycat RxLite). RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.

3. Bagaimana ia berfungsi?

RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Cambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Selain itu, ia diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.


4. Berapakah sukatan yang diperlukan?

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?

RxLite tidak sesuai bagi:
1. Kanak-kanak di bawah 12 tahun,
2. Ibu mengandung,
3. Mereka yang mempunyai sejarah sawan
4. Mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik
5. Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.




linkwithin

Blog Widget by LinkWithin