Search this blog

Thursday, April 07, 2011

LAT KAMPUNG BOY SEBUAH MUZIKAL


Yeayyy.. akhirnya dapat juga tengok teater Lat Kampung Boy sabtu lepas.Thanks to K Zai sebab offer wani pergi menonton teater "Lat Kampung Boy" .. Memang besttttt sangat... memang sesuai lah watak awie sebagai "Lat". Suka dia. Sore dia maintaiiinnn... 





Part yang paling aku suka bila cikgu dia pesan "DO WHAT YOU LOVE & LOVE WHAT YOU DO" .. hmm.. ayat ni buat aku sedar seketika.. Suka ke aku dengan apa yang aku buat sekarang? dah terlewat kot nak tanya soalan ni pada diri sendiri..hahahhaa.... 





Yang paling best,kitaorg dapat bergambar dengan Datuk Lat. Siap cakap kitaorg ni "nihh Kampung Girlssss nihhh" hehehehheh

Kepada yang tak sempat tengok teater Lat, ini dia sinopsisnya


Sinopsis Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal
Teater muzikal ini mengisahkan kehidupan Lat yang bermula sejak zaman kanak-kanak ketika beliau membesar di sebuah kampung di Perak, sehinggalah beliau menjadi kartunis yang dikagumi di seluruh Negara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Mohd Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat, dilahirkan di sebuah kampung kecil di Kota Baru pada tahun 1951. Sejak awal usianya, beliau telah menunjukkan minat yang mendalam dan berbakat besar dalam melukis. Mujur ayahnya, seorang kakitangan kerajaan berjawatan kerani, memberikan dorongan penuh kepada kesungguhan dan minat anaknya.
Berhijrah ke kota Ipoh untuk mencari peluang lebih baik, Lat secara automatik menjadi budak ‘kota’ yang menemukannya dengan Mrs. Hew, guru yang banyak menekankan betapa pentingnya pengetahuan dan pembelajaran. Lat turut mengenali Frankie, seorang budak Cina yang berkongsi minat sama dengannya, iaitu muzik.
Semasa dewasa, Lat berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur (KL) di mana beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan jenayah di New Straits Times, Balai Berita – di bawah bimbingan Pengarang Kanan, Pak Samad. Di KL, Lat juga bertemu dan jatuh cinta dengan Faezah. Tatkala hampir mengalah berhadapan dengan kehidupan mencabar di KL dan ingin kembali ke Ipoh, ketika itulah karya kartunnya, ‘Sunat’ diterbitkan dalam Asia Magazine.
Di sinilah bermulanya titik penting kepada perubahan dalam hidupnya. “Scenes of a Malaysian Life” dan “The Kampung Boy” karya Lat pula menyusul kemudiannya. Kehidupan Lat mula berubah, karya kartunnya juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana sahaja. Impiannya untuk menjadi kartunis profesional sepenuh masa akhirnya menjadi realiti.
Namun kemasyhurannya itu perlu dibayar dengan nilai tersendiri. Lat terperangkap dalam arus perhatian umum. Umpama orang di sekeliling menyelidiki setiap sudut dirinya. Syarikat besar mula menghubunginya. Lawatan dan tugasan mula “menghimpit” waktunya. Beliau mula berjuang berhadapan tuntutan menjadi ikon Negara.
Pelakon: Awie, Atilia, Jalil Hamid, Douglas Lim, Omar Abdullah, Sandra Sodhy, Pushpa Narayan.

Hari ni baca Mstar Online, Lat Kampung Boy pecah rekod 30,000 penonton mengatasi rekod yang dipegang oleh Puteri Gunung Ledang.

'Lat Kampung Boy' Pecah Rekod 30,000 Penonton

Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal inspirasi kisah Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 16 Mac hingga 5 April lalu berjaya memecahkan rekod penonton teramai iaitu berjumlah lebih 30 ribu.
Menurut Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, angka tersebut sekali gus mengatasi rekod yang dipegang oleh Puteri Gunung Ledang.
"LKBSM telah memecahkan rekod penonton teramai iaitu lebih 30 ribu penonton yang datang sepanjang 21 persembahan yang dilakukan.
"Sebelum ini ia dipegang oleh teater Puteri gunung Ledang iaitu sebanyak 24 ribu penonton dalam 18 persembahan yang dibuat.
"Kiraan ini berdasarkan pementasan kali pertama setiap teater yang dipentaskan di Istana Budaya," ujarnya ketika ditemui di sidang media Badai Semalam, di sini, Rabu.
Jelas Juhari, LKBSM tersenarai antara teater yang mempunyai jenama yang kuat selainPuteri Gunung Ledang, Teater Muzikal P.Ramlee, Teater Muzikal Tun Mahathir dan Cuci The Musical.
"LKBSM kini menjadi salah sebuah teater yang mempunyai jenama yang kuat untuk di pentaskan di Istana Budaya selain teater-teater yang telah dipentaskan beberapa kali.
"Apa yang kita lihat ia bukan sahaja berdasarkan kepada promosi yang dibuat, kerana promosi PGL lebih hebat dari LKBSM, tetapi penceritaan dari mulut ke mulut iaitu daripada mereka yang telah menonton terlebih dahulu," katanya.
Selain itu, Juhari tidak menyangkal populariti Lat sendiri membuatkan ramai penonton yang ingin menyaksikan perjalanan hidupnya dipentaskan.
"Teater ini mempunyai kelebihan kerana Datuk Lat sendiri antara nama besar yang dikenali, mempunyai ramai peminat dan apa yang saya perhatikan setiap teater yang mendapat sambutan merupakan teater tentang kisah kehidupan.
"Contohnya, P.Ramlee, Puteri Gunung Ledang, Tun Mahathir dan Lat, saya percaya ramai yang datang ingin melihat sendiri perjalanan kisah itu," katanya.
Bagaimanapun, menurut Juhari pementasan kedua tidak akan dilakukan dalam masa terdekat ini.
"LKBSM mungkin akan dipentaskan untuk kali kedua tapi bukanlah dalam masa terdekat atau setahun ini, mungkin ia akan dipentaskan semula pada 2013.
"Saya tidak mahu ia jadi seperti teater Tun Mahathir yang dipentaskan dalam jangka masa terdekat, akibatnya ia kurang mendapat sambutan," katanya.

1 comment:

Muhamad Siddiq said...

wowww..sah best kan tgok atilia ngan awie..cutenyerrr

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin