Search this blog

Sunday, May 01, 2011

5 SIGNS YOU ARE IN FINANCIAL TROUBLE



Savings of less than 5% – You are supposed to save as much as 40% of your net earnings each month. When you see your savings shrinking to just 5%, it’s time to buckle up & make some dramatic changes before it’s too late

Drowned in too many bills – Do keep an eye on your net income after deducting all your loans & utility payments obligations. If you find your remaining cash pool shrinking, it’s time to take action: cut down your expenses

Dwindling cash pool – If a large portion of your monthly salary goes to paying loans & bills, you are likely to have gone over the edge. Anything beyond 30% of your gross income meant it’s time for some investigation as to why your bills are costing you more than it should.

Rising credit card balance – When it comes to credit card balances, try limit your balance to a max of RM2,000. eg. Once you hit the limit, refrain from using that credit card for the time being until after you have cleared all outstanding payments. Always try to pay more than just the minimum so that you don’t end up paying more interest than you had originally intended.

Sacrificing emergency funds – When you find yourself digging into your personal savings or emergency funds to pay for a purchase, it’s time to evaluate your spending & re-access your finances. Chances are you’re spending beyond your means & depleting your saving funds.

p/s: Prevention is better than cure. Watch your spending so that you don’t end up in the debt trap!

MASTERCHEF MALAYSIA


Akhirnya, ada juga rancangan Masterchef Malaysia.. asyik dok tengok Masterchef Australia or Junior Masterchef Australia. hehehe
Kepada sesapa yang berbakat dan kreatif dalam bidang masakan tu,sila-sila la gi ujibakat..lumayan hadiahnya.


Petikan dari Kosmo Online
JIKA sesiapa di luar sana merasakan mempunyai pengalaman luas dalam bidang masakan dan kreativiti di dalam penyediaan makanan dari pelbagai negara, ini masanya untuk menonjol bakat dan meraih peluang untuk merangkul gelaran juara MasterChef Malaysia yang pertama.
Program masakan yang akan mencungkil bakat dalam bidang masakan ini akan mendapat khidmat latihan oleh pakar masakan Malaysia yang bertaraf antarabangsa yang berpengalaman lebih 10 tahun.
“Mungkin sebelum ini, kita hanya dapat menyaksikan kepakaran peserta dari luar negara seperti United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat.
Kini pihak Astro dengan berbesar hati membawakan program terkenal ini ke Malaysia untuk memberi peluang kepada warga tempatan di dalam program bertaraf antarabangsa ini,” ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi.
Rancangan ini juga akan membuka ruang kepada chef-chef amatur mahupun profesional untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.
Hadiah menarik yang ditawarkan kepada juara sulung MasterChef Malaysia merupakan wang tunai berjumlah RM100,000 serta mereka juga berpeluang untuk menerbitkan sebuah buku resipi.
Sesi uji bakat yang bakal berlangsung akan diadili oleh dua orang chef antarabangsa yang berpengalaman luas di dalam bidang masakan iaitu Chef Johari Edrus atau lebih mesra dengan panggilan Papa Joe dan Chef Zubir Md. Zain.
Sehubungan itu, pada sidang media yang diadakan baru-baru ini, pihak Astro telah memperkenalkan laman sosial facebook (www.facebook.com/ MasterChefMalaysia ) dan laman Twitter Masterchef Malaysia (www.twitter.com/MasterChefMY) bagi penonton yang ingin mengetahui perkembangan semasa program ini.
Sebarang maklumat lanjut juga boleh layari laman www.masterchef.com.my.

Friday, April 29, 2011

ROYAL WEDDING WILLIAM & KATE

To Prince Wiiliam & Kate...Congratulations on the wedding..Wishing you a marriage filled with love & joy..


Thursday, April 28, 2011

IPAD 2 IN MALAYSIA


 Kawan-kawan, Esok iPad 2 akan dilancarkan di Malaysia. Mesti ramai yang tak sabar-sabar nak membeli gajet terbaru Machines nih.Entah-entah ada yang dah mula Queue kat outlet-outlet Machines sekarang ni. hehehe.. beli jangan tak beli...

Details tentang launching esok:-

Time : 29.04.2011  10.00am-13.00pm
Venue: All Machines Outlets

 Senarai harga iPad 2 di Malaysia

  • iPad2 Wifi 16GB RM1,499 
  •  iPad2 Wifi 32GB RM1,799 
  •  iPad2 Wifi 64GB RM2,099
  •  iPad2 Wifi + 3Gs 16GB RM1,899 
  •  iPad2 Wifi + 3Gs 32GB RM2,199 
  •  iPad2 Wifi + 3Gs 64GB RM2,499 


FAQ ini diambil dari Machines Facebook Page...

FAQ on buying iPad 2 on the launch day! 

Will all Machines' outlets carry iPad 2 stocks ? 
YES all Machines outlets will get stocks except for Gardens. 

When will Machines start selling the iPad 2? 
On Friday 29th April 2011, morning from 10am onwards. 

Can I queue up the night before for my iPad 2? 
Machines Mid Valley, Sunway Pyramid- The mall management will allow queuing over night (28 April 2011) as long as there is no disruption or chaos. Machines KLCC, Bukit Tinggi , Lot 10 and JB City Square - Mall security of the shopping complexes doesn't allow customers to be in the complexes after closing hours. Queue for the iPad2 will be outside our shop from the time of mall opens to public, approximately at 9:00am. Customers are required to in front of the outlet. 

What happens on Friday morning? 
We will have notifications (queue starts here) at our store front on Friday morning. Please queue up accordingly. Once we open the store we will be giving out numbers (according to the quantity of iPads we have in stock) to those waiting inline. So if we run out of numbers you wont have to wait in queue. Each customer is entitled to maximum of TWO (2) cards, and each card is entitled to ONE (1) iPad 2 purchase only. For those in queue without the numbers, we will take down your particulars so that we can notify you once we have stocks. 

What happens when in queue? 
You will be asked which iPad 2 you would like to purchase. Upon deciding, you will receive a queue card according to the model you order, once you get a queue card you are not allowed to change the model. A mobile broadband plan will be available for purchase if you choose to add on. All must stay in queue at all times until the cashier counter.

Payment mode for iPad 2? 
We accept cash, credit card or debit card only. No cheque or easy payment applicable for iPad2 purchases. 

Will Machines sell the original Apple accessories for iPad 2? 
Yes. we will be selling all the iPad 2 original accessories. 

Is there a limited as to how many iPad 2 I can purchase ? 
Yes, due to limited stocks, we are limiting TWO (2) iPad 2 per customer. 

Can I pre book or reserve my iPad 2? Sorry no reservation or prebook allowed. Its based on first come first serve basis.

Nota kaki: so apa lagi u olss.... jom beli ipad 2.... bestnya kalau ada yang sudi hadiahkan kat kita kannn...hehehhee ...*tak berhenti berharap* 

Sunday, April 24, 2011

SEDAPKAH SUP URAT KETING?

Baca topik je meleleh air liur kannn.... hehehehe... orang kata sup urat keting ni sedapppp. Dalam Kosmo pun ada artikel pasal sup ni.tengok gambar pun dah boleh tahu tahap  kesedapannya walaupun diri sendiri belum pernah "try".hahahha..i will..i will... semangat betul kalau bab-bab menternak lemak di badan ni.. Ada sorang kawan aku ni selalu gak makan sup urat keting ni. kat area bangi.selalu update FB gi makan kat situ. jeles wehh.. kalau area KL or Gombak konpem aku dah pi "nerai".. hihihihi...

Kredit to Kosmo untuk artikel yang aku "tepek" kat bawah ni. Sesapa yang nak try sup ni,sila lah berkunjung ke Restoran Sup Urat Keting yang terletak di Seksyen 7, Baru Bangi ni ye.. 



Berpeluh hirup sup

Rebusan selama empat jam rahsia keenakan Sup Urat Keting UK.


SUP memberi Shahdan 'kuasa' tambahan.


SABUL menunjukkan urat keting mentah.


SATE restoran Sabul tidak kurang sedapnya.


SEBELUM ini, Sabul Ismail, 38, merupakan seorang penjual jam tangan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Namun kini dia merupakan seorang usahawan berjaya dengan memiliki Restoran Sup Ketin UK bertempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Restoran anak kelahiran Terengganu itu menyediakan pelbagai jenis masakan kampung, moden dan juga Barat. Satenya juga tidak kurang sedapnya.
Tidak hairanlah jika ia menerima lebih 500 orang pelanggan setiap hari.
Dijana oleh 20 orang pekerja serta 30 buah meja makan, restoran itu dibuka dari pukul 8 pagi hingga 1 pagi setiap hari. Suasana di restoran itu sahaja sudah cukup membuatkan pelanggan teruja.
Seakan-akan sebuah kopitiam yang diselangi potret gambar menarik di dinding, hidangan masakannya dibuat secara terbuka.
Mengapa namanya Restoran Sup Urat Ketin?
“Sebenarnya buntu saya memikirkan nama restoran ini. Tiga hari saya tidur lewat kerana ingin mencipta kelainan untuk menarik pelanggan.
“Setelah puas berfikir akhirnya datang ilham. Saya rasa sup keting (‘ketin’ dalam dialek Kelantan) merupakan nama terbaik. Anda pelik mendengar namanya, bukan? Sebenarnya yang pelik itulah yang menjadikan orang tertarik,” katanya ketawa.
Sup keting merupakan salah satu menu makanan popular yang terdapat di restoran milik Sabul.
Keting ialah urat kaki lembu berwarna putih dan disaluti lemak. Ia perlu direbus untuk mengasingkan lemaknya. Menu ini amat popular di negeri Kelantan terutama pada Hari Raya Haji.
Malah keting juga boleh dimasak gulai lemak, kerabu dan goreng.
“Saiz keting yang sesuai untuk dibuat sup ialah tiga sentimeter panjang dan satu sentimeter tebal.
“Stok diambil daripada pembekal yang mengimportnya dari New Zealand dan Australia. Sebanyak 30 kilogram urat keting boleh dimasak di dalam sebuah periuk besar,” katanya.
Menurut Sabul, dalam sehari beliau dapat menjual lebih 100 mangkuk sup keting yang berharga RM6 setiap satu.
Antara pelanggan yang selalu datang untuk menikmati sup keting Sabul ialah pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Kid (Hamzah Mohd. Taib), bekas anggota kumpulan Search.
“Mereka datang sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi saya tidak pula bertanya pada Dr. Fadzilah mengenai rahsia makan sup khususnya bagi orang lelaki,” katanya sambil ketawa.
KONSEP hidangan terbuka merupakan satu lagi tarikan restoran milik Sabul.


Sabul juga berkongsi rahsia menyediakan sup keting yang lazat.
“Ramuan untuk membuat sup keting sama seperti membuat sup tulang, sup ekor dan sup gearbox.
“Rempah ratusnya termasuk jintan, kayu manis, bunga lawang, bawang putih, bawang besar, halia dan kayu manis. Semuanya perlu diadun dan direbus bersama selama empat jam.
“Jangan pelik kerana untuk membuatnya perlu ada dua rebusan berbeza, satu rebusan tulang lembu dan satu lagi urat keting bagi membuang lemaknya.
“Apabila telah cukup tempoh rebusan, kedua-dua air rebusan tadi digabungkan sebelum ditambah gula dan garam. Sup ini juga digemari ramai orang Cina,” katanya.
Shahdan Yusof, 29, seorang kontraktor, berpendapat sup keting dapat memberikan beliau tenaga tambahan.
“Saya kerap berpanas di tapak projek, jadi sup keting dapat memberikan saya ‘kuasa’ tambahan. Kebiasaannya saya makan sup ini tiga kali seminggu di sini,” ujarnya.
KIRA-KIRA 500 orang mengunjungi restoran ini setiap hari.


Dengan peluh mengalir di dahi ketika dia menghirup sup dan mengunyah urat keting. Syahil Siadan, 28, ada pendapat sendiri mengenai sup itu.
“Saya berasal dari Kota Bahru, Kelantan. Kebiasaannya sup keting hanya menjadi menu utama ketika Hari Raya Haji. Kini ia dapat dinikmati setiap hari.
“Saya tidak perlu lagi pulang ke Kelantan kerana di Selangor pun ada sup keting,” katanya berjenaka.

Saturday, April 23, 2011

GAMBAR ASHRAF MUSLIM BERTUNANG

Alhamdulillah... tahniah buat "Ustaz Amirul" yang telah  selamat bertunang hari ni... 


Nota kaki : Cantik  baju tunang rekaan pereka terkenal Ezuwan Ismail... 

Thursday, April 21, 2011

KAD KAHWIN ZED ZAIDI






holaaaa.. balik balik rumah, tengok ada sekeping kad warna biru atas meja. Cantikkk .. kreatifff... hubby cakap tu kad kawen zed zaidi. salah sorang actor yang aku suka. lama tak tengok dia berlakon. sekali keluar dalam cite Awan Dania... comel je dalam citer tu. hehehehe..

Berkonsepkan "Facebook".. agaknya kenal tunang ni kat Facebook la ek zed... macam kisah kami je nih..ooopppssssss..... ;-) agak-agak kalau kami tak kawen lagi,konpem aku ciplak kad zed zaidi ni..hahahhahah... 

Apa-apa pun, tahniah buat zed zaidi& pasangan.. semoga segalanya berjalan lancar dan semoga berbahagia selalu hingga ke syurga. Insya Allah...

Suka..sukaaa....nice!!


Tuesday, April 19, 2011

KALENDAR IMAM MUDA MUSIM KEDUA


Medan Imam Muda EP 129 April 20119mlm-10mlmAstro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 26 Mei 20119mlm-10mlmAstro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 313 Mei 20119mlm-10mlmAstro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 420 Mei 20119mlm-10mlmAstro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 527 Mei 20119mlm-10mlmAstro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 63 Jun 20119mlm-10mlmAstro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 710 Jun 20119mlm-10mlmAstro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 817 Jun 20119mlm-10mlmAstro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 924 Jun 20119mlm-10mlmAstro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 101 Julai 20119mlm-10mlmAstro Oasis(saluran 106)

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin