Search this blog

Saturday, February 20, 2010

CHINESE MUSLIM RESTAURANT

Salammm.... semalam aku ajak hubby gi dinner chinese food kat Hj Sharin Low Seafood Restaurant....bukan apa...sebelum ni aku tengok ramai yang gi makan kat sana pastu update kat facebook... memang dah lama teringin nak makan chinese cuisine yang halal nih...sebab tak banyak lagi restoran-restoran sebegini kat kat mesia ni...yang aku tahu restoran Cheng Ho milik Amy search tu je lah....hehehehe....

Memang sedap food kat restoran ni....leh pergi lagi next time...bawak kawan-kawan & famili....hehehhee...

Layan je pic-pic kat bawah ni.... kalau you all nak pergi or nak tahu dengan lebih lanjut pasal restoran ni, join la fanpage dia kat facebook & twitter (Hj Sharin Low Restaurant)restoran ni dah masuk rtm (panorama), Jalan-Jalan Cari makan (TV3) & bernamatv tak silap..




*mukmin taufu goreng*


                                                                                 *buttered prawn*



*sayur jepun sos tiram*


                                                                              *kerapu stim hong kong*

 habisss....sedapppppp....ALHAMDULILLAHH


Just to share the restaurant's info...



We are a Chinese Muslim Restaurant serving authentic Chinese cuisine

Our specialties are:

Roast Duck
Taufu Mukmin
Emerald Fish imported from Norway
Champion Chicken
Salted Egg Crab
Salted Egg Prawn
Peanut Butter Cream


Location:

No 1 Lorong Wangsa 5A, Bukit Antarabangsa
Ampang, Malaysia, 68000Phone:
012-685 4101 , 6012-373 1999
Tues - Thurs:
11:00 - 23:00
Fri:16:00 - 23:00
Sat - Sun:
11:00 - 23:00

Friday, February 19, 2010

1Malaysia 1Halal

Sebagai usaha memberi kesedaran, khususnya kepada masyarakat Islam negara ini tentang kepentingan halal, Jakim akan mengadakan Kempen 1Malaysia 1Halal pada 25 hingga 28 Februari ini bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Antara program yang diatur di sepanjang kempen berlangsung ialah jualan produk halal, seminar halal, klinik halal bagi pemohon, forum Perdana Hal Ehwal Islam, nasyid dan pelbagai program menarik.

Pelancaran kempen dijangka disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 26 Februari pada pukul 12.30 tengah hari dan orang ramai dijemput hadir. - Bernama


Sumber : kosmo

Wednesday, February 17, 2010

ASAM PEDAS IKAN TONGKOL/AYE

Balik dari kampung tetiba je aku rasa cam nak makan ikan tongkol...tak kira lah masak singgang ke...lemak ke (sedapnya nasik berlauk)....ish..ish..ish....diet wehh....xpe asam pedas ni bkn masak lemak tauuu....nasi kena 1/4 daripada biasa....aku nak kena slim sikit sebelum gi kenduri kwn baik aku kat johor nih...Rxlite pastinya..hehehhehee....

Punya la dok fikir-fikir nak masak apa esok...yg simple je...leh semua dlm satu (ada ikan+sayur)...maklumlah...wanita berkerjaya gini lahh...pastu hubby lak yang dok galak aku masak everyday...nasib baik opis dekat....hehehhee....

Tq to k hanieliza...aku memang pencinta resepi-resepi masakan dia....memang sedap.... so esok aku nak try wat asam pedas ikan tongkol ni...hehehehe....

LAYANNNNNZZZ





ASAM PEDAS IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN:-

500 gm ikan aye [potong kecil dan bersihkan]
10 biji bendir
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
1 tangkai bunga kantan [belah 2]
4 s/b minyak masak
garam


BAHAN MESIN

10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk
3 cawan air

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh.
3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan buah tomato, bunga kantan dan bendir.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Monday, February 08, 2010

SEKITAR BIRTHDAY BASH FAFAU

sALAMM....6.2.2010 lepas aku telah menjoinkan diri at Fafau's 30th birthday bash...memang best...terhibur ngan celoteh kak Engku & fafau....food pun sedap (by Kuzie Catering)... (tp xleh mkn byk sbb RxLite nye pasal)...hahhahaha...adehhh...sakit perut gelak....seronok dapat jumpa ngan dak2 fun corner...walaupun sekejap...nak citer panjang-panjang,aku plak takde mood nak berblog...memang takde mood sejak dua menjak nih....penat kot...huhuhuhu....

so layan la dulu pic-pic sekitar birthday bash fafau ni ekkk.....



HAPPY BIRTHDAY FAFAU..

HAPPY BIRTHDAY TO U..HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BRITHDAY TO FAFAU@FF@FARA..     HAPPY BIRTHDAY TO U....


1st pic with fafau...kenangan...

SEMOGA DI PANJANGKAN UMUR & DIMURAHKAN REZEKI.....INSYA ALLAH....

WILL ALWAYS SUPPORT U & FUN CORNER....MUAHSSS....

Wednesday, February 03, 2010

CABARAN 30 HARI BERMULA

CABARAN 30 HARI BERMULA....

Salamm.... saja nak share ngan blog ku yang dah agak bersawang nih...hikhikhik..... Esok..3/2/2010 bermulalah cabaran 30 hari aku "menerai" minuman RxLite...bukan apa.... tak larat dah rasa nak badanku yang montel ni...umur muda lagi...(ecehh....)...kalau ikut kan kata hubby,dia tak kasi aku kurus...apa motip aku pun tak tahu....hanya dia yang tahu...suka kot tgk bini dia montel...mcm pisang montel....hahahahha...

Aku dengan penuh harapan berdoa agar usaha "menyelimkan" badan ni berjaya...Insya Allah....kwn2 doakan la sekali ekkk....aku percaya ngan RxLite ni..MUDAH..LAZAT & BERKESAN.....



"akhirnya aku miliki...caiyok..caiyokkk waniiii!!!!!"



SEDIKIT INFO PASAL RxLite .....


RXLite boleh digunakan sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian anda. RXLite akan membantu menambah tenaga, mengurangkan rasa lapar, menambah protein dan kalsium dalam tubuh badan.

 
RXLite mengandungi L-Carnitine yang membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak.

RXLite berkhasiat dalam:-

Membantu membakar lemak
Diperkaya dengan vitamin dan mineral
Rasa koko yang lazat
Mengandungi anti-oksida

RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu. Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.


Soalan-soalan lazim:

1. Bagaimana rasanya?

Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.

2. Bagaimana cara penyediaannya?

RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian Pakej Copycat RxLite). RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.

3. Bagaimana ia berfungsi?

RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Cambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Selain itu, ia diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.


4. Berapakah sukatan yang diperlukan?

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?

RxLite tidak sesuai bagi:
1. Kanak-kanak di bawah 12 tahun,
2. Ibu mengandung,
3. Mereka yang mempunyai sejarah sawan
4. Mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik
5. Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.




Wednesday, January 20, 2010

ANJAKAN PARADIGMA

sAlammm....lama x update blog....xde mood lately....boleh gitu ekkk....hahahha..... bukan apa....kasi can kat notebook ni rehat jap.....asyik muka sama je dia dok ngadap sehari2...hahahhaa.....adehhh......apo kono eh den ni.... now aku lebih suka "blogwalking" bak kata kawan aku incik ezam....hikhikhik....surfing internet mencari sesuatu yang baru.... yang boleh beri aku semangat sikit dalam menjalani kehidupan...cewahhh....oklah...just to share apa yg aku baca dari blog ke mana ntah....lupa plak dari mana sumber yang aku dapat ni...sbb aku cut & paste je hari tu sehingga lupa nak amik nama authornya...hehehhee.... kalau dia terbaca,mintak halalkan...x salah berkongsi ilmu kannn...ada manfaat darinya....TQ!!


SHARING IS CARING....


jangan takut untuk keluar dari zon selesa anda..ujian dalam perniagaan adalah perkara biasa...


KENAPA AKU DIUJI?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : “kami telah beriman “, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah, ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahuinya.


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah,ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


RASA KECEWA?
Surah Al-Imran, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman.


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
Hai orang2 yang beriman,”bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap sedia (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka.


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah, ayat 129
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal.


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
Surah Yusuf, ayat 37
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.


Surah An-Nisa, ayat 86
Apabila kamu dihormati dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik atau balaslah (dengan yang serupa) sesungguhnya Allah menghitungkan segala sesuatu.


Pesan Hassan Al-Banna Sesungguhnya amanah yang ada itu lebih banyak dari waktu yang tersedia, untuk itu bantulah saudaramu dalam menyelesaikannya serta sederhanakanlah apa yang bisa disedarhanakan, saat tak seorang pun paham perasaanmu, berlarilah padaNya.......




Saturday, January 16, 2010

HARAMKAH....





Haram-haramkah aku

Bila hatiku jatuh cinta

Tuhan pegangi hatiku

Biar aku tak jadi melanggar

Aku cinta pada dirinya

Cinta pada pandang pertama

Sifat manusia ada padaku

Aku bukan Tuhan
*

Haram-haramkah aku

Bila aku terus menantinya

Biar waktu berakhir

Bumi dan langit berantakan
**

Aku tetap ingin dirinya

Tak mungkin aku berdusta

Hanya Tuhan yang bisa jadikan

Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:

Aku hanya ingin cinta yang halal

Di mata dunia juga akhirat

Biar aku sepi aku hampa aku basi

Tuhan sayang aku

Aku hanya ingin cinta yang halal

Dengan dia tentu atas ijinNya

Ketika cinta bertasbih

Tuhan beri aku cinta

Ku menanti cinta…

Friday, January 08, 2010

AYAM MASAK SERAI

Salammm...lama x update blog...just nak share resipi ni ngan kwn2...ramai yang suka masak tapi masa yang tak mengizinkan...betul tak?aku ni kalau nk dapat mood masak, aku gi surf FP k hanieliza...macam-macam jenis masakan ada...one of my fav chef ni...hehhehee....selalu aku tengok resepi dia... hasilnya memang memuaskan... now k hanieliza dah terbit buku masakan sendiri .. dah ada kat pasaran pun....hehehe.....check it outt~!!


AYAM MASAK SERAI

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

  • Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
  • Angkat ayam dan toskan minyaknya
  • Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
  • Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
  • Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
  • Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.
* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.

Friday, December 25, 2009

KEJADIAN TUBUH WANITA

Seorang LELAKI yg bakal menjadi SUAMI atau yang dah jadi SUAMI patutlah mengetahui kejadian tubuh WANITA dan SIFAT-SIFAT mereka. Kejadian wanita itu tidak sama dengan kejadian lelaki dari segi :

 
1. Susunan badan wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak, menyebabkan wanita itu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pada wanita adalah sifat yg sesuai untuk mendidik anak-anak.

2. Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada lelaki. ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak keributan dan kekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah.

3. Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujungan daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.

4. Tulang wanita terutamanya tulang dada dan punggung adalah berlainan dari lelaki. Kejadian tulang itu agak menyulitkan wanita berjalan, mengakibatkan wanita berjalan dengan cara atau lenggok tertentu

5. Anggota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih subur.

6. Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebih subur.

7. Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuh dengan panjang dan lebat, sebagai pasangan kepada akalnya yg pendek.

8. Wanita mempunyai sifat yg suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghiaskan dirinya untuk mendapat pujian. Maka wanita yg solih adalah lebih baik di pilih menjadi bakal isteri agar sifat-sifat ini hanya di tonjolkan kepada suaminya sahaja.

9. Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasannya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu manjakan anak, atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.



Monday, December 21, 2009

PUDING CARAMEL BERLAPIS COKLAT

Salammm......lama betul aku tak update blog....kebizian melanda....setiap kali weekend mesti ada je event or kenduri...  so dah lama juga aku tak tepek resepi yang sering aku cuba kat sini...hihihihi.....hari ni tetiba je mood aku nak masak malam...hahhaha.....so yang simple..aku nak try wat resepi kak hanieliza...PUDING CARAMEL BERLAPIS COKLAT...tengok kat FP dia mcm best aku pun apa lagi nk cuba wat...siang tadi aku tak berkempatan...sebab aku gi tesco beli barang dapur then ptg nya gi hantar adik aku ke matrik UIA kat nilai.....


So, ini resepi nya.... aku letak pic yang k hanieliza punya dulu ...pic aku punya nanti aku upload..ekekkeke





PUDING CARAMEL LAPIS COKLAT



Bahan A
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla


Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes


Bahan C
2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu


Cara


1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3.Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
7. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan
8. Potong dan hidangkan.


 
Sumber : hanieliza.fotopages.com 

Monday, December 07, 2009

PIKNIK WITH FAFAU & FUN CORNER

LAYANNNNN........








Tempat : Tasik (near amcorp mall), PJ
Date : 6.12.2009 (2.30p.m~6.00 p.m)


Thanks a lot to Fafau, K.zai and dak2 FUN CORNER....korang memang FUN......

Diam tak diam dah setahun lebih aku join FUN CORNER.... dalam tempoh itu juga aku kenal ramai kawan.. kakak-kakak & adik-adik....hehehhehe....seronok bila bersama derang nih...lots of FUN..

Sebenarnya aku join FUN CORNER ni sebelum  aku mengenali Hubby ku ;-)... sememangnya aku die hard fan FARA FAUZANA...hihihihihi....sampai bila-bila.... aku sayang FUN CORNER begitu juga Tuan Puterinya....terlalu banyak kenangan tercipta....takkan aku lupa....Semoga ukhuwwah yang dibina ini akan berkekalan... dan diberkati oleh Nya sentiasa....


note: thanks k zai for the pic...and to FF for nice angle...hehehhe


Monday, November 23, 2009

CRIMINAL MINDS SEASON 4

Brand new season (season 4) of popular crime drama series debuts on 8TV soon!

TX Date : 23 Nov 2009, Every Monday at 10.30pm

FANS of criminal series, heads up! The fourth season of the highly-popular crime drama series Criminal Minds kicks off on 23 Nov 2009 and promises even more riveting episodes of murder mysteries. Fans can catch the action every Monday at 10.30pm only on 8TV.

Criminal Minds is an American crime drama that is produced by The Mark Gordon Company in association with ABC Studios and CBS Paramount Network Television

The series zooms in on a team of profilers from the FBI’s Behavioral Analysis Unit (BAU) as they solve cases with a twist — they focus on the criminals rather than the crimes themselves.

In one of the episodes, a bomb unexpectedly explodes an SUV in New York City that might be carrying a BAU member sending the team into full high throttle to determine who might have been injured and to apprehend the terrorists responsible for the mayhem.

A string of intriguing cases follow, including a serial killer who conceals the manner of his crimes by staging car accidents, and a series of deaths involving possible exorcisms sanctioned by the Vatican.

Fans will also find themselves plunged deeper into the makeup of key characters, with Reid rediscovering his past through a young boy’s murder and former cop Morgan’s emotional pursuit of a serial killer that targets officers of the police force.

“Criminal Minds has been one of our most popular shows and we are excited for its return to Malaysian TV. This time, the BAU is challenged with the most difficult crimes they have ever faced. Fans will relish this new season of thicker plots and even more intriguing storylines.” said 8TV’s General Manager, Ms. Lam Swee Kim.

“Criminal Minds were well received by the viewers of 8TV and so I feel that this fourth season will definitely continue to entertain our viewers,” she added.

Criminal Minds stars Paget Brewster, Matthew Gray Gubler, AJ Cook, Thomas Gibson, Joe Mantegna, Shemar Moore and Kirsten Vangsness.

To find out, do not forget to tune in to 8TV and catch Criminal Minds (season 4) every Monday, starting 23 November 2009 at 10.30pm.

8TV can also be viewed on Astro’s Channel 708. Now, you can also catch your favourite 8TV programmes on the go, simply log on to mobile.8tv.com.my on your mobile phone and enjoy!

DEMAM lagiii.....

Salamm....lamanya aku x update blog....mulanya bz pastu kualiti kesihatan menurun lately...aku pun tak tahu kenapa.... alahan?rasanya belum lagi kottt (ye ke??ntahhh)....sendiri tanya sendiri jawab..hakhakhakhak....

pasal sakit ni.... mulanya hubby yang start x sedap badan..pastu batuk n selsema..kemudian aku pun terjangkit sekali...ni jadi last week...bila aku ok(cuma batuk je x ilang lagi) hubby demam balik....bukan demam biasa ...panas badan yang tak berubah-ubah ....sepanjang malam aku berjaga...terbangun dari tido setiap jam....pegang hubby panass....risau aku....bermcm-macam cara aku buat untuk redakan demam panas dia....huhuhuhu... pagi nya aku terus bawak dia gi klinik...gi klinik doctor lak cakap suhu badan dia normal....ish..ishhh....konpius aku...cemana doc ni check...even aku pegang pun leh rasa panasnya.. hari tu aku gi keja seperti biasa..cuma balik awal sikit.. balik umah ingatkan hubby ok sebab dia cakap kat phone dia beransur ok...rupanya tak ok punnn.....takmo buat aku risau agaknya...malam nya still macam malam sebelumnya...kali ni makin kerap aku terbangun dari tidoo...huhuhuhu.... kul 5 pagi aku rasa tak sedap hati nak tinggalkan hubby sorang-sorang gi keja....last2 aku sms bos kecik inform dia aku EL sebab hubby demam... nasib baik la aku EL jumaat tu.... kalau tidak tak tahu la...

al kisahnya...hubby aku ni jarang demam...sebab dia memang jaga betul kesihatan dia.... selalu pesan kat aku ni minum air banyak-banyak nak elak dari sakit.. asal aku demam je dipaksa minum berbotol-botol air kosong...hehehhee.... bila dia kena demam panas ni aku memang nanar la sikit .. orang kata kalau jarang demam,sekali terkena teruk....hmmm...ada benarnya juga...hehehhe

Alhamdulillah.....he's getting better....berkat doa dari kelaurga & famili....thanks a lottt.. bila dah sembuh ni masanya lebih la sikit kat "kekasih hatinya"...jangan dok pikir lain ekk.....kekasih yang dimaksudkan PC dia laaa......hahahaahhaa....aku takleh jeles....kalau aku jeles...something wrong la plak ngan aku...hahahhahaahah....gelak besar nihhh...

Oklah...dats all for today's entry...banyak nak update kat blog ni...tapi "mood" lom mai lagiii....hihihihihi....

Daaa.....

Saturday, November 14, 2009

BERUSAHA SUPAYA TIDAK MENJADI MISKIN

Hadith :



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha’ dan qadar.”




Riwayat Abu Naim





Pengajaran Hadis:



i) Manusia yang mempunyai sikap tercela (mazmumah) sering dibenci oleh orang ramai. Ia boleh merosakkan potensi diri hingga adakalanya turut menganggu masyarakat setempat. Sikap inilah yang menjauhkan hati daripada mengingati Allah S.W.T.



ii) Hasad dengki adalah di antara sifat-sifat mazmumah tersebut. Oleh itu awasilah diri daripadanya kerana ia adalah dosa yang pertama sekali dilakukan oleh Iblis laknatullah yang telah menolak perintah Allah agar sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu juga Qabil yang telah membunuh Habil, juga disebabkan oleh perasaan dengki.



iii) Sifat dengki itu ialah ‘apabila melihat orang lain lebih daripadanya maka dia akan cuba menjatuhkannya’. Inilah dengki yang dilarang oleh Islam. Seharusnya apabila seorang mukmin melihat orang lain berjaya maka dia harus berusaha kuat untuk menjadi sepertinya. Inilah dengki yang dibenarkan oleh Islam.



iv) Dengki (yang dilarang Islam) harus dicegah dengan memupuk sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha), redha serta bersyukur dengan pemberian Allah bukan melakukan perkara-perkara yang membawa kekufuran terhadap-Nya.



v) Takdir yang ditentukan Allah terhadap hamba-Nya tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri. Ada yang dapat memiliki rumah besar, berpangkat tinggi serta dapat menikmati makanan yang enak-enak dan ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dan makan sekadar untuk mengalas perut. Namun Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Jika seseorang itu dapat menghadapi setiap ujian dan takdir Allah itu dengan redha, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkannya. Jika dikurniakan kekayaan, maka dengan kekayaan itu dia dapat membantu orang yang susah, anak-anak yatim, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan sehingga ia menjadi lebih hampir kepada Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya. Sebaliknya jika ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik seperti miskin dan sebagainya, tetapi dia sanggup bersabar di samping berusaha, maka Allah akan membalasnya dengan seribu rahmat.





Sumber: Jakim Malaysia

Monday, November 09, 2009

RADIOWEB LAGU-LAGU SITI NURHALIZA BESTTT~!!!

Salam....lamanya x update blog..bz sikit..hukhukhuk.... semalam ok je tahap kesihatan aku nih...cuma hubby la x berapa ok...sakit tekak....then hari ni turn aku lak....adehhh...nak cakap pun rasa pedihh....dah minum air bergelen-gelen...hopefully tak sampai tahap demam & selsema & batuk....batuk tu yang aku takleh tahan...sakit-sakit badan nanti..

Doakan yang baik-baik aje...huuhuhu...sesekali diduga dengan kesakitan...keinsafan tu datang..

Lastly...buat yang minat CT, layan la radioonline ni...sume lagu-lagu CT jek...hehehhehe

LAYANNNN====>>> www.ctfm.webs.com

Tuesday, November 03, 2009

FARA FAUZANA & AFDLIN SHAUKI????




Congratulation to Fafau kerana terpilih menjadi Hos Anugerah Skrin bersama pelakon idolanya Afdlin Shauki...

Bertemakan "Arabian Night", Anugerah Skrin akan diadakan pada 4.12.2009 bertempat di PWTC.. dan bersiaran secara langsung menerusi TV3 bermula jam 9.00 malam.

Bagi Peminat yang ingin menyaksikan acara gemilang ini, mereka boleh mendapatkan tiket terhad di Balai Pengawal Sri Pentas mulai 23.11.2009.

Selain itu, para penonton juga boleh melayari laman web www.tv3.com.my yang akan memaparkan klip menarik disebalik tabir, kemeriahan red carpet dan penyampaian anugerah secara langsung. Sementara itu,pendengar radio turut boleh mengikuti Anugerah Skrin 2009 menerusi siaran HotFM

MY FAVOURITE SONG





Janji Kasih



Mata yang memandang
Tak merasa keluh resah
Senang berbicara...
Namun mungkin
Takkan memahami
Yang tersimpan... disanubari
Yang ku yakin
Apa yang terjadi
Menguji kesungguhan di hati...
Berjanji takkan berlalu pergi
Kasih pasti kan bersemi nanti
Mencipta sinar bahagia bersama
Aku kan buktikannya
Ke akhir nafasku ini
Masa telah memaksa
Ku lontarkan kata-kata
Agar kau mengerti
Tidak akan berterusan lagi
Kesedihan yang ada di hati
Kerna aku tak mampu menipu
Menyata keinginan... di kalbu
Suatu hari kan menjelang jua
Saat bersatu diantara kita oh...
Suatu masa kan terbukti nyata
Duniakan menjadi saksinya
Berjanji takkan berlalu pergi
Kasih pasti kan bersemi nanti
Mencipta sinar bahagia bersama
Aku akan buktikannya
Ke akhir nafasku ini
Merantai jiwa takkan berpisah
Merungkai gundah menguntum indah
Terbuka hati yang lama melara
Akan ku buktikannya
Ke akhir nafasku ini

Sunday, November 01, 2009

WEDDING DINNER AT SERENDAH

First of all....congratulation to my officemate, Poorni for her big day ...First time juga aku attend wedding dinner kaum India...memang meriah...nyanyian & tarian non stop dari awal majlis sampai akhir... dengarnya Poorni booked dewan tu sampai pukul 12 malam sebab nak celebrate her birthday on 1.11.2009. But I can't wait ... mata sudah megantuk...hanya nampak bantal je...hehehhee

I like the deco...so sweet and nice...sepanjang carpet ke pentas utama diletakkan burung di dalam sangkar,,,memang cantik...kebetulan lak aku pakai baju purple .. kena pulak ngan tema wedding malam tu...hehehehheehe....

Oklah...Layan la pic-pic kat bawah ni....daaaa












linkwithin

Blog Widget by LinkWithin