Search this blog

Thursday, June 17, 2010

AZRINAZ & SULTAN BRUNEI BERCERAI

BERITA yang amat mengejutkan.... tapi ada terdengar juga khabar angin sebelum ni azrinaz bercerai...hmm..apa nak buat....jodoh tak panjang... mungkin hidup di istana lagi menderita.... semoga azrinaz tabah....



Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam ini.

Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.

Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.



sumber : mstaronline

3 comments:

Anonymous said...

Bergegar tiang Arash apabila berlaku penceraian - nauzubillah

Dang Sukma Indera said...

Pelbagai spekulasi di sana sini, akhirnya pengumuman semalam menggegarkan kedamaian bumi brunei darussalam. Buat Azrinaz.. Tabahlah menghadapi dugaan hidup. Fokus pada anak-anak dan bina masa depan yg lebih baik. I do believe ada 'sesuatu yg perlu dirahsiakan'. Pendamkan semuanya demi kebaikan semuanya... Jujur saya amat sedih atas apa yang terjadi.. Allah Maha Pengasih dan Maha Mendengar.

achik ezam said...

pipit takkan sesekali dapat menjadi enggang apetah lagik ditempat orang..

wish her all the best!

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin