Search this blog

Wednesday, January 26, 2011

CERITA SEDIH...CE CITE..CE CITER..


Stress!!!! gila punya stress... hari ni memang aku rasa tak sedap hati... Aku tak faham kenapa Judge tu boleh benarkan Appeal si Defendan tu... clear cut case tuuuu.... berkali-kali aku jawab hujahan dia... explain to the Judge... boleh Judge tu  kata Penyata Akaun tu tak cukup untuk membuktikan keberhutangan Perayu... Penyata tu susah untuk dibaca...helllooooooo tu bukan triable issue laaaa..... apa nihhh..... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...... tensionnnn....menambah kerja la nih... habis la aku kena "baham" ngan bos nanti... sorry boss.... i've done my best... huhuhuhu

Hari ni gak aku jadi minah blurrr.... bila staf bagi tahu ada company trip to Bali bulan 5 ni,aku leh wat dunno je... bila derang datang dok citer,suruh tengok email.. baru la aku sedar sikit... tapi sedih la takleh bawak hubby... huhuhuuhu... rindu la nanti (not me k...hubby la..will miss his bantal peluk)... hmmm.... eh heheheh ehhehehe.... tapi takpe dah minta izin hubby dah... lagipun dia dah banyak kali gi...so kali ni aku pegi lak...free tu sapa takmo gi... untuk staf-staf yang berkhidmat lebih 18bulan ke atas, fully sponsored, yg lain ada price yg derang kena bayar..ikut brp lama kerja... 

Hmm.... murung je nih.... sedih tak hilang-hilang...agaknya sebab aku tak pernah kalah kes lagi kot... kalah plak kes yang tak patut kalah...uwaaaaaa....... campur ngan sakit pompuan aku yang menyerang sejak sabtu.. ish..ishh... gangguan hormon agaknya....  huhuhuu.. oklah..nak rehat...nak rehat.... rehatkan fikiran & badan yang makin lama makin letihhh...

Oh Tuhann... Tabahkan hati hambaMu ini....

KELANTAN TANPA B.SATHIANATHAN



The Red Warriors akur keputusan FAM




KETUA Pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi mengakui rakan-rakan sepasukan masih lagi terkejut dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan hukuman pengantungan ke atas ketua jurulatih mereka, B. Sathianathan selama enam bulan berkuatkuasa semalam, lapor YATIMIN ABDULLAH.

Bagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan keputusan tersebut dan menganggap ia sebagai satu cabaran yang perlu ditempuhi oleh The Red Warriors dalam menghadapi perlawanan pembukaan menentang Selangor bagi merebut kejuaraan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

"Walaupun sesi latihan tanpa ketua jurulatih, namun saya dan rakan-rakan tetap menjalani latihan seperti biasa di bawah bimbingan penolong ketua jurulatih, Hashim Mustafa dan Sidek Samsudin.

"Mungkin ketiadaan jurulatih akan merencatkan sedikit persiapan pasukan, namun kita tidak harus menganggap ia sebagai satu penghalang untuk kita meneruskan apa yang telah dilakukan sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek kepada pemain pasukan Kelantan ekoran kejayaan mereka menjuarai Piala Malaysia tahun lalu.

Tambahnya, untuk perlawanan menentang Selangor Sabtu ini, dia mahu rakan-rakanya fokus dan memberikan aksi terbaik pada kempen sulung bagi musim 2011 itu.

"Saya akui mungkin ia memberikan sedikit tekanan buat kami dengan ketiadaan jurulatih, namun saya yakin rakan-rakan sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan tersebut."

Dalam pada itu, Mohd. Badri memberitahu untuk perlawanan pembukaan Sabtu ini, Kelantan akan turun tanpa kelibat S.Chanturu yang masih lagi belum pulih daripada kecederaan.

Mengulas mengenai bakal pengganti B. Sathianathan, Mohd. Badri memberitahu dia menyerahkan isu tersebut kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan.

Sementara itu, penyerang sensasi Kelantan yang juga pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk perlawanan pertama bertemu Selangor bagi merebut kejuaraan Piala Sumbangsih.

"Hasrat saya ialah untuk membantu membawa pulang kejuaraan tersebut dan membuktikan kita tetap bersemangat walaupun tanpa ketua jurulatih," katanya

SUMBER :KOSMO ONLINE

Saturday, January 22, 2011

FACEBOOK AKAN DITUTUP PADA 15.03.11 :BENAR ATAU GIMIK ?

SUMBER: Mstar Online

Gimik Facebook ditutup



Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB


Mark Zuckerberg, pengasas laman sosial Facebook yang mencetuskan fenomena di kalangan masyarakat dunia.



TANGGAL 15 Mac 2011, satu tarikh yang dibimbangi oleh sebahagian besar daripada lebih 600 juta penduduk di seluruh dunia.

Masakan tidak apabila dunia kini sedang hangat memperkatakan mengenai laman sosial paling popular Facebook kononnya akan menamatkan riwayatnya pada hari tersebut.

Semuanya bermula daripada laporan akhbar Weekly World News kononnya pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, 27, sedang berhadapan dengan tekanan untuk menguruskan laman web itu.

Zuckerberg dilaporkan berkata, laman sosial itu sudah di luar kawalan beliau sehingga memberikan tekanan dalam menguruskan syarikat dan mengganggu kehidupannya.

“Saya perlu menghentikannya bagi mengelakkan tekanan ini,” katanya pada sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dakwaan itu berlarutan apabila Zuckerberg dikatakan dalam satu temuramah menerusi telefon berkata, secara peribadi beliau tidak menganggap bahawa penutupan Facebook itu adalah satu keputusan besar.

“Secara jujur, ia (menutup Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpanya, orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan. Itu adalah lebih baik.

“Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya semula,” Zuckerberg dipetik sebagai berkata sehingga membimbangkan pengguna Facebook di seluruh dunia.

Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi dalam satu laporan lain pula dipetik berkata bahawa pengguna tidak lagi dapat memasuki Facebook pada 15 Mac ini.

“Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya menasihatkan supaya anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup,” jelas Avrat.

Sehubungan itu, Facebook mencadangkan penggunanya supaya memindahkan semua maklumat peribadi daripada laman web itu sebelum 15 Mac.

Kenyataan Kumpulan Data Facebook dalam profailnya yang memaklumkan bahawa tiada memo setakat ini bahawa laman sosial itu akan ditutup pada 15 Mac.

Selepas tarikh tersebut semua gambar, nota, pautan dan video di laman sosial berkenaan akan dipadamkan selama-lamanya.

Satu lagi fenomena

Jika hendak diikutkan banyak khabar angin memperkatakan tentang Facebook akan ditutup termasuk perdebatan mengenainya, sekurang-kurangnya sejak setahun lalu.

Wujud satu kumpulan dengan beraninya menubuhkan akaun di dalam Facebook sendiri yang dinamakan Shut Down Facebook (tutup Facebook).

Kumpulan itu menyediakan petisyen bagi memboikot Facebook namun akaun tersebut tidak aktif dan hanya mampu menarik perhatian kira-kira 200 orang ahli.

Pun begitu, penutupan Facebook pada 15 Mac ini terus menjadi sebutan yang dilihat sekadar khabar angin kerana masih belum ada kenyataan rasmi mengenainya.

Penafian daripada Kumpulan Data Facebook sedikit sebanyak menjawab persoalan dan kebimbangan sebahagian daripada lebih 600 juta pengguna laman sosial itu.
"Kami tidak mendapat memo untuk menutup (Facebook) maka kami akan terus bekerja seperti selalu. Kami tidak ke mana-mana kerana kami baru hendak bermula,” kenyataan mereka yang menarik perhatian lebih 71,550 pengguna dan 13,188 komen.

Kenyataan tersebut barangkali menggembirakan pengikut setia laman sosial itu namun belum diketahui selama mana tempoh perkhabaran itu dan kesahihannya.

Jika anda menaip perkataan ‘Facebook will shutdown’ (Facebook akan ditutup) di enjin carian Google yang menyaksikan lebih 35 juta butiran berkaitan.

Banyak kontroversi lain membabitkan Facebook sehingga ia dikenakan sekatan akses di beberapa negara seperti Pakistan, Vietnam, Uzbekistan, Syria dan Bangladesh.

Satu lagi laman web sosial menyerupai Facebook diperkenalkan bagi mewujudkan kesejahteraan hidup orang Muslim tanpa sebarang penghinaan ke atas Islam.

Sekumpulan rakyat Pakistan membinanya dengan nama Millatfacebook pada Mei tahun lalu selepas salah seorang pengguna Facebook menganjurkan satu pertandingan ‘Hari Melukis Gambar Nabi Muhammad’.

Paling popular

Tidak dinafikan antara pengguna Facebook sudah ketagih, sanggup menghabiskan masa berjam-jam melayani kepuasan dan keseronokan dengan laman sosial itu.

Facebook bukanlah satu-satunya laman sosial kerana terdapat juga yang lain seperti Friendster dan Myspace, masing-masing ditubuhkan pada 2002 dan 2003.

Namun kelahiran Facebook pada 2004 telah mencetuskan nadi baru dalam jaringan sosial maya sehingga berjaya menarik minat pengguna Friendster dan Myspace.

Keputusan Zuckerberg untuk menutup Facebook pada 15 Mac ini masih menjadi tanda tanya di kalangan pengguna laman sosial itu.

Zuckerberg selaku pengasas Facebook sudah pun menyuarakan bahawa beliau tidak kisah tentang wang meskipun laman sosial itu adalah aset paling bernilai.

Facebook kini bernilai 32 bilion pound (RM153.98 bilion) menjadikan kedudukan beliau meningkat daripada tangga 212 ke 40 dalam senarai bilionair Forbes.

Populariti Facebook turut diangkat sebagai kisah di layar perak yang bertajuk Social Network pada tahun lalu arahan David Fincher.

Facebook juga mencetuskan fenomena di Malaysia apabila menjadi laman web paling popular di negara ini pada bulan Disember lalu.

Berdasarkan rekod Persatuan Digital Malaysia (MDA), ia menduduki tangga pertama disusuli laman web antarabangsa lain seperti Yahoo, Google, YouTube dan MSN.

Kedudukan 30 laman web antarabangsa paling popular di Malaysia turut menyenaraikan beberapa laman web sosial lain iaitu Tagged (11), Myspace (18) dan Friendster (20).

Kini terdapat lebih 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia menjadikan kedudukannya negara ke-16 pengguna Facebook paling aktif di dunia.

Namun bagaimana dengan nasib dan reaksi mereka selepas Facebook ditutup?

Nantikan kebenaran gimik paling popular di dunia menjelang 15 Mac ini. Dunia akan menyaksikan taktik paling berjaya Facebook dalam usahanya menaikkan lagi rating popularitinya.





RESEPI: UDANG MASAK LEMAK NENAS



Bahan-Bahannya:


10 ekor udang(sederhana besar)
8 biji cili kering
2 biji cili merah
½ biji nanas
5 ulas bawang merah
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
½ inci belacan
2 cawan santan


Sedikit kerisik
Sedikit gula




Caranya:


1.Bersihkan udang dan toskan.

2.Taburkan sedikit gula diatasnya.

3.Tumbuk cili kering,cili hidup,kunyit hidup,serai,belacan dan bawang merah hingga lumat.

4.Masukkan santan ke dalam kuali dan biarkan sehingga mendidih, barulah dimasukkan rempah yang telah ditumbuk tadi, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan udang lalu dibalik-balikkan.

5.Angkat udangnya terlebih dahulu.


6.Masukkan nanas dan sedikit garam.


7.Bila kuahnya telah sebati masukkan udang dan kerisik.


8.Angkat dan hidangkan.








SUMBER



PETUA UNTUK CEPAT DAPAT ANAK



DOA YANG PERLU DIBACA :

1. Al-Fatihah
2 Al-Anbiya’ : Ayat 30
3. Al-Anbiya’ : Ayat 89
4. Ali-Imran : Ayat 38
5. Doa


BAHAN-BAHAN RAWATAN

1. Susu Kuda
2. Air Hujan Malam Jumaat
3. Kelapa Muda 3 biji, Kismis 1 atau 2 kilo, dan susu lembu segar (1 liter)


KAEDAH RAWATAN

Dibacakan ayat serta doa kepada bahan tersebut. Susu kuda dan air hujan malam Jumaat dibuat minum dan mandi bagi pasangan. Jika anda guna kelapa muda, isteri perlu meminum air kelapa muda selama 3 hari berturut-turut. Suami pula memakan campuran kismis dan susu segar yang telah dimasak menjadi umpama makjun untuk dimakan sedikit sebelum tidur.





PETUA HILANGKAN GARIS DI MATA


Ianya berupa garisan-garisan yang jelas kelihatan disekitar tepi mata terutama bila tertawa.



Penyebabnya:


Kulit yang terlalu kering dan kehilangan daya elastisiti. Terlalu kerap menggunakan ekspresi mata, juga tertawa yang terlalu banyak.


Rawatan:


Buat urutan di sekitar bahagian mata dengan betul. Amalkan setiap pagi dan petang atau sekurang-kurangnya sekali sehari untuk hasil yang lebih baik. Urutan dapat mengurangkan kedut/kerut tersebut.

PIC AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA NIKAH

TAHNIAH AYU & ZAQUAN...SEMOGA BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT...Insya Allah.... ;-)


Credits photos to PICCALASSO











Credit: MSTAR ONLINE
ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.
Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu iaitu Zabedah Saad, ibu-bapa Zaquan iaitu Abd Radzak Salleh dan Azizah Arshad serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.
Turut menyaksikan majlis akad nikah mereka, kakak Ayu iaitu aktres Rozita Che Wan, abang ipar mereka, aktor Mazlan Ahmad dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan.
Ditemui selepas majlis berakhir, Ayu yang kelihatan sebak sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin hampir dua tahun itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.
"Saya bersyukur, lega dan amat gembira kerana akhirnya kami disatukan juga setelah hampir dua tahun mempertahankan hubungan ini," kata Ayu.
Menurut pelakon drama Nur Kasih ini, dia merasakan sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga dan tidak menyangka jodohnya adalah dengan seorang pemain bola sepak terkenal.
"Perasaan saya bercampur-baur sebaik selamat dinikahkan. Saya akan cuba menjadi isteri yang baik dan menghormati setiap keputusan suami walaupun kami berbeza umur tiga tahun,” tutur Ayu.
Sementara itu, Zaquan juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Ayu.
“Saya rasa debaran ketika akad nikah tadi lebih mendebarkan berbanding debaran sepakan bola ke gawang gol. Bagaimanapun, saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar.
"Selama dua tahun ini, dia seorang yang amat mengambil berat tentang kerja saya. Ayu sentiasa memberikan sokongan untuk saya meningkatkan mutu permainan dan terus berjaya demi memantapkan reputasi bola sepak negara di persada antarabangsa," tutur Zaquan sambil mengukir senyuman manis.
Bercerita tentang percutian bulan madu, Ayu dan Zaquan belum menetapkan tarikhnya kerana sibuk dengan kerja masing-masing dan memilih sebuah pulau sebagai destinasi utama.
Beralih kepada soal anak, Ayu tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.
Pada sebelah malamnya, kedua-duanya menjalani resepsi perkahwinan berkonsepkan alam fantasi dan mengenakan persalinan rekaan Rizman. Majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan.
Selain itu, mereka turut menggunakan khidmat pereka Qudyn untuk malam berinai pada 20 Januari di rumah Ayu.
Sementara majlis menyambut menantu akan dilangsungkan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini. Pasangan pengantin akan mengenakan persalinan Calvin Thoo dengan bertemakan tradisional.



Friday, January 21, 2011

TUNES HOTEL IN KOTA BHARU

Soft Launch...








The arrival of the new year brings a double celebration for Tune Hotels as it opens its latest hotel in Kota Bharu, Kelantan, hot on the heels of its Bintulu opening earlier this month.

These new hotels complete Tune Hotels’ presence in Malaysia, as it now covers the central, northern, southern, eastern and western parts of the country. Kota Bharu will be Tune Hotels’ 12th property after having successfully established its presence in all parts of Malaysia including in Sabah and Sarawak; Bali, Indonesia and London, England.

ASTROFIRST






Astro First, sebuah perkhidmatan movie-on-demand yang pertama seumpamanya bakal disiarkan menerusi Saluran Astro 480 bermula 13 Januari 2011 dengan tiga judul hebat – Aku Masih Dara, Damping Malam dan Ngangkung.

Perkhidmatan ini menjanjikan harga yang berpatutan, keselesaan serta meningkatkan kualiti masa sekeluarga untuk setiap pelanggan Astro.

Pelanggan Astro boleh menantikan lebih banyak judul filem terbaik seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Kak Limah Balik Rumah, KongSi, Kembar Siang, Tolong Awek Aku Pontianak, Senjakala, Sini Ada Hantu dan sebagainya untuk bulan-bulan akan datang.


Astro First mempunyai tiga kunci kelebihan seperti berikut:


  • Senarai filem-filem terbaru terus menerusi Astro First selepas dua minggu ditayangkan di pawagam.
  • Keselesaan – menonton filem-filem terbaru menerusi Astro First di kediaman masing-masing pada bila-bila masa dan seberapa kerap mengikut keselesaan anda bersama keluarga dan rakan-rakan.
  • Lebih nilai untuk wang – Dengan bayaran sebanyak RM15 setiap judul filem berbanding bayaran sebanyak RM40 hingga RM60 untuk empat ahli keluarga, Astro First ternyata member lebih nilai untuk wang anda. Selain itu, 32 pilihan masa menonton untuk setiap filem memberikan keselesaan untuk menonton mengikut keselesaan anda, sekerap mungkin dalam tempoh 48 jam selepas pembelian.




Tiga langkah mudah untuk menikmati Astro First


Sangat mudah untuk membeli filem kegemaran anda di Astro First. 

Kunjungi media portal Astro First di Saluran Astro 480 dan;
1. Tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro dan pilih filem kegemaran anda.


2. Tekan butang biru sekali lagi untuk pengesahan. 

3. 13 digit kod SMS akan dipaparkan di televisyen. SMS BUY[13-digit code] ke 32999. Contoh: BUY 1234567891234

Anda akan menerima SMS pengesahan pembelian dan filem tersebut kini boleh ditonton dalam masa lebih kurang lima minit kemudian. Setiap pembelian akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Kadar caj telco akan dikenakan untuk setiap SMS.

Untuk maklumat lanjut, layarilah www.astro.com.my/astrofirst

Saturday, January 15, 2011

TQ CREW BUDIEY.COM

Terima kasih banyak-banyak buat K zai, aida lovett, k leo,iejat,pejal,ira,mos,aida arisya,safik&daha kerana sudi menjayakan parti ulangtahun Budiey.com ke-4 tahun ni... segala pengorbanan masa & tenaga sahabat sekalian amat dihargai... Tahun depan kita jadi peserta lak ekkk....hahhahahaa..... "Habis la" Budiey.... 



TERKINI TENTANG KHAIRUL FAHMI CHE MAT


PETIKAN DARI KELATE.NET 

FOKUS SAYA UNTUK KELANTAN
KOTA BHARU – ‘Fokus saya kini untuk Kelantan’. Begitulah laungan penjaga gol utama skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apex yang kini kembali ke pangkuan skuad Liga Super Kelantan.
Kelibat penjaga gol skuad kebangsaan yang hanya melepaskan tiga gol sepanjang Kejohanan Piala AFF Suzuki baru-baru ini sudah pun kelihatan apabila turun menjalani latihan di Kota Bharu sejak petang kelmarin setelah pulang daripada majlis rasmi bersama Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya dua hari lalu.
Khairul Fahmi berkata, walaupun hanya sempat menjalani latihan sebanyak tiga kali sejak kembali ke Kota Bharu pada 3 Januari lalu dan menyambung latihan pada hari ini namun beliau percaya tidak akan berdepan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri bersama-sama rakan sepasukan yang lain.
“Tumpuan utama saya kini bersama Kelantan. Rasanya tidak ada apa-apa masalah untuk menyesuaikan diri dengan pasukan kerana rata-rata pemain musim ini adalah pemain yang sama cuma hanya terdapat beberapa muka baru bersama Kelantan musim ini. Itu bukan masalah besar bagi saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Daripada segi persaingan itu sudah pasti tetap berlaku tetapi saya percaya ianya merupakan satu persaingan yang sihat dalam mana-mana pasukan. Kita ada tiga lagi penjaga gol iaitu Halim Napi, Mohd Shahrizan Ismail dan Norhadi Ubaidillah. Masing-masing mempunyai keupayaan yang tersendiri dan kami tidak ada masalah bekerjasama diantara satu sama lain.
“Soal siapa yang dipilih menjadi penjaga gawang utama itu terpulang kepada jurulatih yang tentukan. Bagi saya, apa yang penting setiap antara kami berpeluang membuktikan keupayaan masing-masing dalam sesi latihan. Selebihnya siapa yang dipilih hanya  akan ditentukan oleh jurulatih,” katanya.
Menurut Khairul Fahmi, beliau berharap empat perlawanan persahabatan yang akan ditempuhi oleh skuad Kelantan di utara tanah air bermula malam esok dengan bertemu Kedah memberi peluang kepada beliau untuk membuktikan sentuhan cemerlangnya ketika bersama skuad kebangsaan mampu diteruskan bersama Kelantan.
“Perlawanan persahabatan ini begitu penting bagi saya dalam mencari keserasian. Tambahan pula ini merupakan perlawanan persahabatan pertama yang akan saya lalui sekiranya diberi peluang turun beraksi.
“Kalau ditanya sama ada yakin atau tidak, saya masih belum mempunyai keyakinan dapat diturunkan dalam kesebelasan utama ketika ini. Saingan hebat sudah pasti daripada penjaga gol berpengalaman iaitu Halim Napi dan Mohd Shahrizan Ismail. Tetapi yang lebih penting, saya harus memberi tumpuan penuh ketika menjalani latihan,” katanya.

Wednesday, January 12, 2011

SENARAI TOP 5 ABPBH 2011


TAHNIAH Kepada finalist Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011... kepada fan - fan yang berkenaan...sila vote banyak-banyak yeeee....hehehheheheh.... Alhamdulillah...FAFAU tercalon untuk 3 kategori lagi tahun ni... I likeeeeee...




Artis Komedi Lelaki Popular
  1. Along
  2. Angah
  3. Johan
  4. Nabil
  5. Zizan
Artis Komedi Wanita Popular
  1. Didie Alias
  2. Kenchana Dewi
  3. Nurkhiriah
  4. Raja Azura
  5. Sharifah Shahira
Artis Baru Lelaki Popular
  1. Daus
  2. Maulana
  3. Shah Jaszle
  4. Shahir
  5. Sharnaaz Ahmad
Artis Baru Wanita Popular
  1. Adira
  2. Ana Raffali
  3. Mizz Nina
  4. Nur Syuhada @ Dottie
  5. Elfira Roy
Penyanyi Nasyid Popular
  1. Hijjaz
  2. In Team
  3. Mirwana
  4. Rabbani
  5. Raihan
Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular
  1. Ana Raffali/Suhaimi Mior Hassan/Altimet
  2. 6ixth Sense
  3. Azlan The Typewriter
  4. Bunkface
  5. Meet Uncle Hussein
Penyanyi Lelaki Popular
  1. Aizat
  2. Anuar Zain
  3. Black
  4. Faizal Tahir
  5. Shahir
Penyanyi Wanita Popular
  1. Adira
  2. Alyah
  3. Ana Raffali
  4. Stacy
  5. Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular
  1. Aaron Aziz
  2. Bront Paralea
  3. Remy Ishak
  4. Shaheizy Sam
  5. Syamsul Yusof
Pelakon Filem Wanita Popular
  1. Diana Danielle
  2. Lisa Surihani
  3. Liyana Jasmay
  4. Maya Karin
  5. Scha Alyahya
Pelakon TV Lelaki Popular
  1. Aaron Aziz
  2. Ady Putra
  3. Fizz Fairuz
  4. Remy Ishak
  5. Shaheizy Sam
Pelakon TV Wanita Popular
  1. Fasha Sandha
  2. Nurkhiriah
  3. Lisa Surihani
  4. Scha Alyahya
  5. Tiz Zaqyah
Pengacara TV Lelaki Popular
  1. Ally Iskandar
  2. Awal Ashaari
  3. Anil Hj Nawawi
  4. Jimmy Shanley
  5. Zizan
Pengacara TV Wanita Popular
  1. Cheryl Samad
  2. Fara Fauzana
  3. Nurul Syuhada
  4. Raja Azura
  5. Sharifah Shahirah
Penyampai Radio Lelaki Popular
  1. Aznil Hj Nawawi
  2. Faizal Ismail
  3. Halim Othman
  4. Kieran
  5. Salih Yaakub
Penyampai Radio Wanita Popular
  1. Abby Fana
  2. Fara Fauzana
  3. Linda Onn
  4. Raja Azura
  5. Sharifah Aleya

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin