Search this blog

Monday, February 28, 2011

OSCARS 2011 COMPLETE LIST OF WINNERS



CONGRATULATIONS TO ALL WINNERS!!!! 

The complete winner list is as follows:

  • Best Picture: "The King's Speech," Iain Canning, Emile Sherman and Gareth Unwin, Producers


  • Achievement in directing: "The King's Speech," Tom Hooper

  • Actor in a Leading Role: Colin Firth in "The King's Speech"


  • Actor in a Supporting Role: Christian Bale in "The Fighter"

  • Actress in a Leading Role: Natalie Portman in "Black Swan"

  • Actress in a Supporting Role: Melissa Leo in "The Fighter"


  • Animated Feature Film: "How to Train Your Dragon" Chris Sanders and Dean DeBlois "The Illusionist" Sylvain Chomet "Toy Story 3" Lee Unkrich

  • Achievement in Art Direction: "Alice in Wonderland"

  • Achievement in Cinematography:"Inception," Wally Pfister


  • Costume Design: "Alice in Wonderland," Colleen Atwood


  • Documentary (Feature): "Inside Job," Charles Ferguson and Audrey Marrs

  • Documentary (Short Subject): "Strangers No More"


  • Film Editing: "The Social Network"


  • Foreign Language Film: "In a Better World," Denmark

  • Makeup: "The Wolfman," Rick Baker and Dave Elsey


  • Music (Original Score):"The Social Network," Trent Reznor and Atticus Ross


  • Music (Original Song): "We Belong Together" from "Toy Story 3," Music and Lyric by Randy Newman


  • Short Film (Animated): "The Lost Thing," Shaun Tan and Andrew Ruhemann

  • Short Film (Live Action): "God of Love," Luke Matheny

  • Sound Editing: "Inception," Richard King


  • Sound Mixing: "Inception," Lora Hirschberg, Gary A. Rizzo and Ed Novick


  • Visual Effects: "Inception," Paul Franklin, Chris Corbould, Andrew Lockley and Peter Bebb

  • Writing (Adapted Screenplay): "The Social Network," Screenplay by Aaron Sorkin

  • Writing (Original Screenplay): "The King's Speech," Screenplay by David Seidler

Sunday, February 27, 2011

"NO STRING ATTACHED" & MY "PLAN"

YEAHHH..YEAHHH... hari ni aku buat deal ngan hubby... segalanya akan bermula Mac nanti... boleh ke aku ni.. Insya Allah...kena kuat semangat... demi "BB Torch & Macbook" hahahahhha....  Hubby macam tak caya je ngan plan aku ni.. tapi aku rasa dah tiba masanyaaa... time to change!!!

Doakan aku berjaya... every single day aku akan update kat blog ni tentang "plan" aku tu...hihihihi... nantikannn...

Pagi tadi aku & hubby ke cinneleisure tengok movie... kononnya nak guna voucher Platinum untuk tengok citer "No String Attached" lakonan Ashton Kutcher & Natalie Portman... sekali citer tu tak tersenarai dalam "Platinum Movie Suites" huhuhu...hancur berkecai hasrat nak guna voucher tuh.. tapi aku yang beria-ia nak tengok citer tu ,beli je la gak tiket biasa...heheheh...comel citer tu... tapi 18sx arrr...

Lama-lama aku tengok Natalie (Emma) dalam citer ni,aku suka arr tengok bentuk body dia...kalau la aku slim cam tu... cantikkk body dia... adehhh.... agak-agak berapa kg la aku nak buang lemak-lemak kat badan aku nihh...hahahahha....







Oklah..dats all for today's entry... pasni nak citer pasal "Plan" aku tu... hihihihihi

CUTI-CUTI MALAYSIA AT THISTLE SPA & RESORT,PD

Perghh...bunyi bercuti tu macam cuti lama je kannn...padahal stay one night je... overall thistle resort ni memang bestttt.... 



ni quote dari website Thistle..
"Thistle Port Dickson Resort is located at KM16 Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.  With 36 hectares of tropical paradise and only an hour’s drive from Kuala Lumpur, the resort boasts the best stretch of beach in Port Dickson, a private 3km sandy beach shoreline.
Our 251 modern bedrooms have either breathtaking views overlooking the "Straits of Melaka" or our 9-hole Golf Course (opening Q1 2011). Take a swing at the nine-hole golf course or simply enjoy a walk in our mature eco-park, or delight in any one of our three restaurants, two bars, two fully floodlit tennis courts and refreshing freeform resort swimming pool, with a special "Kid's Wet Play Zone".  
Make Thistle Port Dickson Resort, your escape from the hustle and bustle of the city.  Ideal for business and leisure."

Saja la jalan-jalan sambil bawa Ayah G,Cikda & Mysarah... tapi sian dia takde geng main castle & swimming... ingatkan bilik yang kita orang booked tu kecik rupanya besau naaa.... punya la aku blurr masa call hotel untuk booking hari tu... ingatkan bilik standard...rupa-rupanya Deluxe...memang leh dok ramai-ramai..standard room dah habis.. tinggal Deluxe seaview & yang mahal-mahal je...  huhuhu... patut la mahal hotel ni ..rupanya 5 star.. saja je aku tanya receptionist tu sebab aku heran ngan rege dia double rate hotel lain...hihihihi... pasni leh try hotel lain plak... 


Layan je la pic-pic kat bawah ni... memang nice place to go.. 





Friday, February 25, 2011

TIPS MENILAI CINTA



SAAT MENILAI CINTA
SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Wednesday, February 16, 2011

SHOPPING TUDUNG BAWAL ONLINE

Salammmm..... kita nak promote sikit tudung bawal yang kita beli ngan Ctredzuan.com ... memang puas hati walaupun harga dia mahal sikit dari yang biasa. berbaloi membeli sebaab sulamannya cantik dan kemas... Bagi aku feel pakai tudung bawal ni lain sikit dari pakai tudung "instant" yang jadi trend sekarang ni... hehehe... depends pada pendapat masing-masinglah... ;-) 

Twitter & Siti Nurhaliza

Salam.. lamaaaa gilerr tak update blog... bukan apa.. mood sudah hilang... sejak dok berkejaran dengan "kes" Bangkok Bank kat ofis.. aku memang takde masa untuk diri sendiri... kepala pun dah ting tongg...kemuncaknya Chinese New Year hari tu aku demam plus selsema & batuk... aduyaiii... sengsara jiwa... plan nak balik kampung drive bertukar dengan flight... beli last minit ..amikkk kauuu.... 1k++ untuk 2 orang pergi balik.... Hubby kata takpelah.. setahun sekali...maknanya tahun ni (2011) no more fly fly la...huhuhuhu...

Nak citer gak kat entri ni pasal twitter & dato' siti... tapi aku lebih suka panggil siti sebab aku dewasa dengan lagu-lagu siti... (padahal sebaya). Memang follow perkembangan siti salah satu sebabnya adik aku yang no. 3 tu peminat tegar siti... dari 1st album until now memang dia wat koleksi... memang gile siti la adik aku nih... last-last terjangkit kat aku... teringat lagi masa siti datang ke matrik UIA,Jalan Pantai Baru .. tak silap aku tahun 1997.. siti datang sebab ada ahli keluarga dia yang masuk matrik tu gak.. comel sangat dia masa tu walaupun pakai simple je... jeans & tshirt... hehehehe... tang tu memang aku takkan lupa sampai bila-bila..

Kenapa dengan twitter? hihihihi... bukan nak menunjuk tapi aku hepi gila sebab tak sangka-sangka siti reply tweet aku.... hahahhaa.... sampai hubby pun jeles.. masa tu aku demam dok melekat je ngan Ipad atas katil sambil dok melayan twitter.. tak sangka siti reply masa aku tegur dia pasal resepi kuetiaw sarang burung yang dia dok prepare untuk dinner... terus baik jap dari demam & excited dok citer kat hubby...saja nak bagi dia jeles... dia kan peminat siti gak... hahahhahaha...

nak letak gak pic tweet yang aku simpan buat kenangan...hahahahha.... bila la nak jumpa siti nih... hubby selalu gak attend event siti tapi aku yang malas nak ngikut. bukan event siti je ..event-event lain gak..pelikkan... agaknya kalau orang lain ikut je kot ... takpelah.. biarlah hubby dengan kerja-kerja dia.. ada masa aku temankan juga...hehhehee... 

Layankan aje lah "keterujaan" aku ngan tweet siti ni ekkk..... hahahhahaa...


                                                    hihihihihihi


                                     "yeayyy""sayangg siti"


                     hubbyku & achik zam jeles...hahhahahha...







Ni plak yang hari isnin.. 14.2.2011 (sehari selepas ternampak Siti kat hotel thistle,PD)









excited terlebih nihh...hahhahaha... saja je letak kat blog wat kenangan... bukan nak menunjuk... tak baik tauuu...huhuhuhu.... daaaa.... 

Tuesday, February 01, 2011

ARIEL PETERPAN DIPENJARA,DENDA

Berakhirlah sudah perbicaraan ariel peterpan...dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan didenda sebanyak 250 juta rupiah...  



BANDUNG - Vokalis Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda 250 juta rupiah (RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung semalam, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.
Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu, Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan. Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup.
LUNA MAYA


Mendengar keputusan itu, beberapa peminat wanita Ariel kelihatan menangis.
Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Januari lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap penyanyi itu.









linkwithin

Blog Widget by LinkWithin