Search this blog

Sunday, April 03, 2011

SERI BAYU MENINGGAL DUNIA


Alfatihah..


Petikan berita/info dari Budiey.com
Seorang lagi komposer dan penulis lirik terkenal di Malaysia, Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaludin Sulik telah meninggal dunia pada usia 47 tahun.

Berita ini Budiey terima menerusi laman Twitter dan SMS dari DJ Lin Suria Cinta pada jam 9.20 malam ini. Di saat demam Akademi Fantasia AF9 bermula, laman twitter dan Facebook digemparkan dengan pemergian seorang penulis lirik terkenal. Sumber pertama didapati dari Facebook milik penyanyi Haiza Dag Dig Dug.
Jenazah Seri Bayu akan dikebumikan di Port Dickson, Negeri Sembilan tengahari esok hari (3 April 2011).

Selepas isterinya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau Erema menuntut cerai daripadanya, Seri Bayu mendapat belas ihsan daripada keluarga angkat dan rakan.
Al Fatihah. Semoga ruh dan pemergiannya diiringi rahmat & sejahtera di bawah payung lindungan yg Maha Esa!

Seri Bayu

Ini pula Petikan berita/info dari Mstar Online

Seri Bayu Meninggal Dunia Akibat Sakit Saraf



Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, (gambar) meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf.

Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu Jumaat.

Anak angkatnya Sarina Abd Ghani, 29, yang dihubungi mStar Online memberitahu Allahyarham semakin tenat sejak beberapa hari lalu dan di masukkan ke hospital apabila keadaannya semakin kritikal.

"Semalam (Jumaat) keadaan dia semakin teruk menyebabkan kami terpaksa membawanya ke hospital," katanya.

Menurut Sarina, keluarga termasuk ibu bekas isteri serta anak-anaknya tidak dapat dihubungi bagi memaklumkan hal berkenaan.

Katanya jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zohor.

Seri Bayu yang pernah menghasilkan lirik Cintaku Muzik Di Hatimu nyanyian Anita Sarawak pernah berkahwin sebelum ini termasuk dengan penyanyi Erema.

Bagaimanapun Erema menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008 dan kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu

1 comment:

nn said...

Innalillah...

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin