Search this blog

Tuesday, April 19, 2011

SENARAI HADIAH IMAM MUDA MUSIM KEDUA


Bestnyaaa bila tengok senarai hadiah yang bakal diterima oleh Imam Muda Musim Kedua...umrah,macbook apple,ipad Apple handphone etc..ish..ish.. Alhamduillah... dengar-dengar penaja pun ramai tertumpu kepada program Imam Muda Musim Kedua ni berbanding Akademi Fantasia. okkkkayyy lah tuhh... i likeee...heheheh

Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Sementara calon lain akan menerima pakej umrah, pakej percutian, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Kapsul IM2 akan disiarkan pada 25 April ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.55 malam, Mimbar IM2 (Jumaat, 6.30 petang, 29 April), Medan IM2 (Jumaat, 9 malam).

Thursday, April 07, 2011

LAT KAMPUNG BOY SEBUAH MUZIKAL


Yeayyy.. akhirnya dapat juga tengok teater Lat Kampung Boy sabtu lepas.Thanks to K Zai sebab offer wani pergi menonton teater "Lat Kampung Boy" .. Memang besttttt sangat... memang sesuai lah watak awie sebagai "Lat". Suka dia. Sore dia maintaiiinnn... 





Part yang paling aku suka bila cikgu dia pesan "DO WHAT YOU LOVE & LOVE WHAT YOU DO" .. hmm.. ayat ni buat aku sedar seketika.. Suka ke aku dengan apa yang aku buat sekarang? dah terlewat kot nak tanya soalan ni pada diri sendiri..hahahhaa.... 





Yang paling best,kitaorg dapat bergambar dengan Datuk Lat. Siap cakap kitaorg ni "nihh Kampung Girlssss nihhh" hehehehheh

Kepada yang tak sempat tengok teater Lat, ini dia sinopsisnya


Sinopsis Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal
Teater muzikal ini mengisahkan kehidupan Lat yang bermula sejak zaman kanak-kanak ketika beliau membesar di sebuah kampung di Perak, sehinggalah beliau menjadi kartunis yang dikagumi di seluruh Negara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Mohd Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat, dilahirkan di sebuah kampung kecil di Kota Baru pada tahun 1951. Sejak awal usianya, beliau telah menunjukkan minat yang mendalam dan berbakat besar dalam melukis. Mujur ayahnya, seorang kakitangan kerajaan berjawatan kerani, memberikan dorongan penuh kepada kesungguhan dan minat anaknya.
Berhijrah ke kota Ipoh untuk mencari peluang lebih baik, Lat secara automatik menjadi budak ‘kota’ yang menemukannya dengan Mrs. Hew, guru yang banyak menekankan betapa pentingnya pengetahuan dan pembelajaran. Lat turut mengenali Frankie, seorang budak Cina yang berkongsi minat sama dengannya, iaitu muzik.
Semasa dewasa, Lat berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur (KL) di mana beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan jenayah di New Straits Times, Balai Berita – di bawah bimbingan Pengarang Kanan, Pak Samad. Di KL, Lat juga bertemu dan jatuh cinta dengan Faezah. Tatkala hampir mengalah berhadapan dengan kehidupan mencabar di KL dan ingin kembali ke Ipoh, ketika itulah karya kartunnya, ‘Sunat’ diterbitkan dalam Asia Magazine.
Di sinilah bermulanya titik penting kepada perubahan dalam hidupnya. “Scenes of a Malaysian Life” dan “The Kampung Boy” karya Lat pula menyusul kemudiannya. Kehidupan Lat mula berubah, karya kartunnya juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana sahaja. Impiannya untuk menjadi kartunis profesional sepenuh masa akhirnya menjadi realiti.
Namun kemasyhurannya itu perlu dibayar dengan nilai tersendiri. Lat terperangkap dalam arus perhatian umum. Umpama orang di sekeliling menyelidiki setiap sudut dirinya. Syarikat besar mula menghubunginya. Lawatan dan tugasan mula “menghimpit” waktunya. Beliau mula berjuang berhadapan tuntutan menjadi ikon Negara.
Pelakon: Awie, Atilia, Jalil Hamid, Douglas Lim, Omar Abdullah, Sandra Sodhy, Pushpa Narayan.

Hari ni baca Mstar Online, Lat Kampung Boy pecah rekod 30,000 penonton mengatasi rekod yang dipegang oleh Puteri Gunung Ledang.

'Lat Kampung Boy' Pecah Rekod 30,000 Penonton

Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal inspirasi kisah Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 16 Mac hingga 5 April lalu berjaya memecahkan rekod penonton teramai iaitu berjumlah lebih 30 ribu.
Menurut Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, angka tersebut sekali gus mengatasi rekod yang dipegang oleh Puteri Gunung Ledang.
"LKBSM telah memecahkan rekod penonton teramai iaitu lebih 30 ribu penonton yang datang sepanjang 21 persembahan yang dilakukan.
"Sebelum ini ia dipegang oleh teater Puteri gunung Ledang iaitu sebanyak 24 ribu penonton dalam 18 persembahan yang dibuat.
"Kiraan ini berdasarkan pementasan kali pertama setiap teater yang dipentaskan di Istana Budaya," ujarnya ketika ditemui di sidang media Badai Semalam, di sini, Rabu.
Jelas Juhari, LKBSM tersenarai antara teater yang mempunyai jenama yang kuat selainPuteri Gunung Ledang, Teater Muzikal P.Ramlee, Teater Muzikal Tun Mahathir dan Cuci The Musical.
"LKBSM kini menjadi salah sebuah teater yang mempunyai jenama yang kuat untuk di pentaskan di Istana Budaya selain teater-teater yang telah dipentaskan beberapa kali.
"Apa yang kita lihat ia bukan sahaja berdasarkan kepada promosi yang dibuat, kerana promosi PGL lebih hebat dari LKBSM, tetapi penceritaan dari mulut ke mulut iaitu daripada mereka yang telah menonton terlebih dahulu," katanya.
Selain itu, Juhari tidak menyangkal populariti Lat sendiri membuatkan ramai penonton yang ingin menyaksikan perjalanan hidupnya dipentaskan.
"Teater ini mempunyai kelebihan kerana Datuk Lat sendiri antara nama besar yang dikenali, mempunyai ramai peminat dan apa yang saya perhatikan setiap teater yang mendapat sambutan merupakan teater tentang kisah kehidupan.
"Contohnya, P.Ramlee, Puteri Gunung Ledang, Tun Mahathir dan Lat, saya percaya ramai yang datang ingin melihat sendiri perjalanan kisah itu," katanya.
Bagaimanapun, menurut Juhari pementasan kedua tidak akan dilakukan dalam masa terdekat ini.
"LKBSM mungkin akan dipentaskan untuk kali kedua tapi bukanlah dalam masa terdekat atau setahun ini, mungkin ia akan dipentaskan semula pada 2013.
"Saya tidak mahu ia jadi seperti teater Tun Mahathir yang dipentaskan dalam jangka masa terdekat, akibatnya ia kurang mendapat sambutan," katanya.

Wednesday, April 06, 2011

LHDN & E-FILING

E-Filing... belum sempat isi lagi. aduyaiii... baik buat cepat dari buat last minit,talian pun akan sibuk nanti. You all dah buat ke?hehehhehe.. moh kita sama-sama buat E-Filing... 


e-Filing mudahkan pembayar cukai




TAHUN ini genap tiga tahun, Nor Lyanna Shorlokman, 27, menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia iaitu melakukan proses mengisi borang nyata cukai pendapatan.

Sebaik menerima borang EA daripada pihak sumber manusia majikannya, tanpa melengah anak kelahiran Muar, Johor itu segera menyempurnakan proses berkenaan.

"Saya mula melakukan proses mengisi borang nyata cukai pendapatan sejak tahun kedua bekerja. Berdasarkan gaji yang diperoleh saya dikira layak. Inisiatif ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa tetapi ia lahir daripada diri sendiri yang ingin menyumbang kepada negara.

"Lagipun, saya difahamkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhak mengambil tindakan dengan menyenaraihitam individu yang didapati sengaja mengelak daripada mengisytiharkan cukai pendapatan," jelas Nor Lyanna atau mesra disapa Lyanna, graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Tambah eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta itu, golongan anak-anak muda yang sudah bekerja dan layak membayar cukai seharusnya mengisytiharkan cukai pendapatan.

Jelas Lyanna, masih ramai golongan muda mengambil sikap sambil lewa, barangkali kurang pendedahan dan tidak mengetahui impak negatif kepada diri sendiri serta negara.

"Saya fikir, LHDN patut menggiatkan lagi usaha mengadakan kempen-kempen, bengkel atau membuka kaunter bagi menjelaskan kepada eksekutif muda tentang kepentingan mengisytiharkan cukai pendapatan. Kempen ini perlu dilakukan dari semasa ke semasa tiga bulan sebelum tempoh proses itu dibuka.
HASIL cukai yang diperoleh daripada masyarakat yang layak membantu menyumbang pada meningkatkan taraf ekonomi negara


"Selain menekankan matlamat, objektif proses mengisi borang dan mengisytihar cukai pendapatan, saya juga berharap LHDN menerangkan lebih lanjut mengenai sistem e-Filling. Berdasarkan pengalaman peribadi pada mulanya memang sukar untuk mengisi borang dalam talian tetapi segala proses menjadi mudah dan lancar apabila mendapat tunjuk ajar daripada petugas LHDN," tutur Lyanna yang mengkhusus jurusan pengiklanan.

Bagi Norseha Jamaludin, 52, pula dia berasa lega setiap kali selepas melakukan proses mengisi borang cukai pendapatan. Anak kelahiran Selangor itu cukup memahami bahawa setiap hasil cukai yang dikutip LHDN sebenarnya membantu meningkatkan ekonomi negara.

"Saya jarang menunggu sehingga ke saat akhir kerana tidak mahu berdepan dengan kesesakan talian. Kebiasaannya, saya lebih selesa melakukan proses mengisytihar cukai pendapatan menggunakan e-Filling di kaunter LHDN kerana mendapat bantuan daripada petugas.

"Jika di rumah atau di pejabat segala kemusykilan sukar untuk diutarakan. Menariknya, jika kita mengisi dan menghantar cukai pendapatan sebelum tempoh berakhir, dalam masa dua minggu pengguna menerima wang lebihan cukai," ulas guru Matematik dan Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur itu.

Secara ringkasnya, mengisytihar dan membayar cukai pendapatan merupakan tanggungjawab bersama memandangkan ia merupakan satu mekanisme perkongsian sumber kekayaan bagi setiap rakyat. Proses tersebut tidak boleh dipandang enteng. Masyarakat yang layak membayar cukai berdasarkan jumlah gaji dan pendapatan yang diperoleh perlu menjalankan tanggungjawab itu setiap tahun.

Hasil pungutan cukai berkenaan digunakan untuk menjana ekonomi dan infrastruktur negara seperti membaiki dan menambahbaik kemudahan awam.

Dalam pada itu, Pengarah LHDN cawangan Jalan Duta, Er Lee Keng, memuji tindakan pembayar cukai yang telah selesai proses mengisi dan menghantar borang nyata cukai pendapatan.
PROSES nyata cukai pendapatan menggunakan kaedah e-Filling lebih, tepat dan selamat.



"Sejak proses mengisi borang cukai pendapatan secara e-Filling dibuka pada 1 Mac lalu, saya lihat pembayar cukai mula menghantar borang cukai pendapatan pada kadar segera. Proses ini dilihat semakin memberangsangkan apabila 80 peratus pengguna menggunakan sistem e-Filling berbanding secara manual.

"Kemudahan sistem e-Filling memberikan impak positif pada proses mengisytihar cukai pendapatan. Menerusi kaedah e-Filling mereka berpeluang melaksanakannya di mana-mana saja dalam tempoh 24 jam. Asalkan, mempunyai komputer dan Internet," tutur Lee Keng yang turut menyatakan kini tiada alasan bagi pembayar cukai untuk bersesak-sesak atau beratur panjang di kaunter manual LHDN.

Selain itu, Lee Keng menyeru agar semua pembayar cukai individu yang tidak mempunyai pendapatan sampingan supaya menghantar segera borang cukai pendapatan sebelum 30 April 2011.

"Ia bagi mengelakkan kesesakan talian dan pada masa yang sama memudahkan pihak kami menguruskan pembayaran semula lebihan cukai kepada mereka jika ada. Pembayar cukai yang lewat mengemukakan borang cukai pendapatan sama ada menerusi borang kertas (manual) atau e-Filling, akan dikenakan penalti.

Menyentuh mengenai keperluan yang perlu dititikberatkan sebelum melakukan mengemukakan borang nyata cukai pendapatan, Penolong Pengarah Unit Khidmat Pelanggan LHDN cawangan Jalan Duta, Norhabibah Hamidon, 37, memberitahu, pembayar cukai yang pernah menggunakan e-Filling perlu menyediakan nombor rujukan cukai pendapatan dan nombor pin.

Ini termasuklah menyediakan dokumen penting seperti penyata gaji daripada majikan iaitu borang EA atau EC dan resit-resit tuntutan sebelum memasukkan data-data ke dalam e-Filling.

"Dokumen yang lengkap memudahkan proses mengisytiharkan cukai pendapatan anda. Jika semua dokumen yang diperlukan sudah dikumpulkan, proses menyempurnakan e-Filing kurang daripada 10 minit. Sebab itulah, kami sentiasa mengingatkan pembayar cukai menyimpan segala resit dan dokumen penting untuk mendapat pelepasan.

"Namun, pembayar cukai tidak perlu menghantar borang EA atau EC, resit premium insurans, resit pembelian buku atau perubatan. Dokumen sokongan berkenaan perlu disimpan selama tujuh tahun untuk memudahkan LHDN menyemak sama ada tuntutan itu adalah benar," jelas Norhabibah ketika ditemui Kosmo! di LHDN cawangan Jalan Duta.

Bercerita tentang cabaran sepanjang mengendalikan tempoh proses mengisytihar cukai pendapatan, Norhabibah yang sudah selama 11 tahun berkhidmat di LHDN menyatakan, beliau sudah lali dengan kerenah pembayar cukai.

"Ada sesetengah individu enggan menggunakan sistem e-Filling. Mereka beranggapan proses mengisytiharkan cukai pendapatan menggunakan komputer dan Internet adalah remeh kerana ia perlu dibuat satu persatu. Bagi kelompok ini mereka lebih selesa menggunakan kaedah manual.

"Saya anggap ini sebagai cabaran dan masa yang sesuai untuk LHDN memperkenalkan kepada pembayar cukai sistem e-Filling. Apatah lagi, petugas kami sentiasa bersedia menghulurkan bantuan," jelas Norhabibah yang turut menyatakan sistem e-Filling lebih pantas dan mudah kerana dalam tempoh 10 minit ia dijamin selesai.

Justeru, enggan membiarkan para pengguna terpinga-pinga tanpa bantuan maka, LHDN memastikan setiap syif menempatkan 10 petugas di kaunter e-Filling. Ia seiring dengan pegangan Prinsip Lima Bintang yang diamalkan LHDN iaitu Sedia, Salam, Senyum, Segera dan Selesai.

SUMBER: KOSMO ONLINE

Monday, April 04, 2011

SENARAI PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR 2010



TAHNIAH buat pemenang dan penganjur... Memang sudah dijangka Shaheizy Sam menang Anugerah Bintang Paling Popular tu.. memang dia layak dapat pun... banyak hadiah tu Sam... berbaloi-baloiii...hehehe

Ni senarai penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

1. Penyanyi Lelaki Popular : Faizal Tahir 
2. Penyanyi Wanita Popular : Yuna 
3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular : 6ixth Sense 
4. Penyanyi Nasyid Popular : Rabbani 
5. Pelakon Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam 
6. Pelakon Filem Wanita Popular : Lisa Surihani 
7. Pelakon TV Lelaki Popular : Remy Ishak
8. Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha 
9. Pengacara TV Lelaki Popular : Aznil Hj Nawawi 
10. Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana 
11. Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail 
12. Pengacara Radio Wanita Popular : Fara Fauzana 
13. Artis Komedi Lelaki Popular : Zizan Raja Lawak 
14. Artis Komedi Wanita Popular : Nurkhiriah 
15. Artis Baru Lelaki Popular : Shahir 
16. Artis Baru Wanita Popular : Yuna 
17. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato’ Rosnani Jamil 
18. Artis Paling Popular :Shaheizy Sam


TAHNIAH buat Fafau.. bawak balik 2 trofi lagi .. alhamdulillahh... 



 

Sunday, April 03, 2011

AMY SEARCH PENGETUA AKADEMI FANTASIA 9

Amy Search

Akhirnya terjawab sudah teka teki tentang siapakah Pengetua Akademi Fantasia 9...yezzaaa.... beliau adalah  otai rock Malaysia yang terkenal merangkap vokalis band rock Search, Amy Search.



Tahniah kepada Amy Search. 

Antara nama-nama besar yang pernah menjawat jawatan sebagai pengetua program realiti popular ini termasuklah Datuk Freddie Fernandez, Datuk Ramli M.S, Datuk M.Nasir, Ramli Sarip, Roslan Aziz, Datin Seri Tiara Jacquelina dan Norman Abdul Halim.



Amy Search

SERI BAYU MENINGGAL DUNIA


Alfatihah..


Petikan berita/info dari Budiey.com
Seorang lagi komposer dan penulis lirik terkenal di Malaysia, Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaludin Sulik telah meninggal dunia pada usia 47 tahun.

Berita ini Budiey terima menerusi laman Twitter dan SMS dari DJ Lin Suria Cinta pada jam 9.20 malam ini. Di saat demam Akademi Fantasia AF9 bermula, laman twitter dan Facebook digemparkan dengan pemergian seorang penulis lirik terkenal. Sumber pertama didapati dari Facebook milik penyanyi Haiza Dag Dig Dug.
Jenazah Seri Bayu akan dikebumikan di Port Dickson, Negeri Sembilan tengahari esok hari (3 April 2011).

Selepas isterinya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau Erema menuntut cerai daripadanya, Seri Bayu mendapat belas ihsan daripada keluarga angkat dan rakan.
Al Fatihah. Semoga ruh dan pemergiannya diiringi rahmat & sejahtera di bawah payung lindungan yg Maha Esa!

Seri Bayu

Ini pula Petikan berita/info dari Mstar Online

Seri Bayu Meninggal Dunia Akibat Sakit Saraf



Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, (gambar) meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf.

Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu Jumaat.

Anak angkatnya Sarina Abd Ghani, 29, yang dihubungi mStar Online memberitahu Allahyarham semakin tenat sejak beberapa hari lalu dan di masukkan ke hospital apabila keadaannya semakin kritikal.

"Semalam (Jumaat) keadaan dia semakin teruk menyebabkan kami terpaksa membawanya ke hospital," katanya.

Menurut Sarina, keluarga termasuk ibu bekas isteri serta anak-anaknya tidak dapat dihubungi bagi memaklumkan hal berkenaan.

Katanya jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zohor.

Seri Bayu yang pernah menghasilkan lirik Cintaku Muzik Di Hatimu nyanyian Anita Sarawak pernah berkahwin sebelum ini termasuk dengan penyanyi Erema.

Bagaimanapun Erema menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008 dan kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu

Saturday, April 02, 2011

MINYAK NAIK LAGI....

Aduyaiii... RON 97 naik 20 sen lagi???? ikat perut la aku macam ni... kena bagi "makan" kereta dulu... hahahaha... sabarlah hati... apa nak buat.. nak protes pun kat sini je lah.. huhuhu



RON 97 Naik 20 Sen Tengah Malam Ini (Jumaat)

Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.

Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.

Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.

RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.

Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.

Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun

Sumber :Mstar Online

Wednesday, March 30, 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN LIDAH


Sekadar berkongsi takzirah..... semoga kita mendapat manfaat darinya... Insya Allah





Lidah tentukan langkah manusia ke syurga atau neraka

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik. 


Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”


Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap. 


Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepadai kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa. 

Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah. 

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim) 
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi) 

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa. 

Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik. 

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya. 

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”


Sumber:Berita Harian Online

Tuesday, March 29, 2011

PESANAN BUAT PEGUAM DILUAR SANA




Peguam usah persenda mahkamah: Raja Dr Nazrin Shah

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah menasihatkan pengamal undang-undang supaya tidak mempersendakan mahkamah selain membantu untuk tidak melengahkan perbicaraan. 


Bertitah pada Majlis Konvokesyen Ke-16 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2010 Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia di sini, semalam, baginda mengingatkan profesion undang-undang adalah profesion yang dipandang mulia dan elit serta mempunyai peradaban, kesopanan dan etika tersendiri.



Baginda bertitah, satu daripada tonggak utama profesion undang-undang adalah etika dan moraliti, memastikan integriti undang-undang dan keadilan terhadap mahkamah serta anak guam, dapat disempurnakan.“Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, mahkamah jangan sesekali dipersendakan, peguam seboleh-bolehnya wajib membantu untuk memastikan perbicaraan tidak dilengahkan dan peguam juga tidak harus dengan cara yang tidak profesional sengaja menyusahkan pihak lawan," titah baginda. 


Raja Dr Nazrin Shah turut mengingatkan pengamal undang-undang bahawa mereka wajib menjadi teladan dengan menjauhi perbuatan yang mengabaikan keadilan. 


"Sedarilah bahawa tingkah laku peguam turut diadili masyarakat," titah baginda. 

Raja Dr Nazrin Shah bertitah kecekapan mahkamah mengurangkan kes tertunggak bukan saja dapat memastikan keadilan dilaksanakan segera tetapi turut meningkatkan peraturan pengurusan mahkamah di kaca mata umum. 


Baginda turut bertitah bahawa negara memerlukan barisan profesional yang cekap dalam bidang undang-undang antarabangsa untuk membantu mempertahankan kepentingan negara di peringkat global. 


"Diramalkan, evolusi profesion undang-undang akan berlaku dengan lebih hebat dalam 10 tahun akan datang, iaitu lebih hebat dari kadar yang berlaku sejak seratus tahun yang lalu. 


“Kesediaan melakukan perubahan dan merintis langkah pembaharuan adalah satu kemestian kepada semua profesion dalam dunia global yang semakin terangkai ini," titah baginda. 


Baginda bertitah, evolusi itu akan terus berlaku dalam menghadapi gelombang baru, antaranya penemuan pesat dalam bidang sains dan kemajuan pesat teknologi dan pengaruh globalisasi yang semakin meningkat membawa perubahan berbentuk persaingan. 


"Perubahan demografi penduduk dari segi usia berserta kebangkitan media sosial, perubahan sosial serta persekitaran intelek juga adalah antara evolusi yang menghadapi gelombang baru," titah baginda. – BERNAMA 



Wednesday, March 23, 2011

JUST THE WAY YOU ARE

MY FAVOURITE SONG EVER...








Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin