Search this blog

Thursday, August 27, 2009

PUDING CARAMEL PIPICOMEL

Salam..hari ni hari ke-6 kita puasa..setiap kali puasa,aku mesti buat puding caramel ni..ala...kdg2..bila terigin nk mkn tu aku wat gak la...xsemestinya time puasa je.Mana aku dpt resepi ni...hmm..dah lama dah..rasanya 2 thn sudah kot...aku tgk kat internet..mula2 x menjadi..semacam je aku tgk kat puding tu..tp rasa dia dah ok..bila byk2 kali buat & adjust situ sini .. alhamdulillahh...menjadi gakk...ekekekke...


So ini dia resepinya..YUMMYYYY...

PUDING CARAMEL

Untuk Caramel

BAHAN:-
  • ~ 5-6 sudu besar gula
  • ~ 2 sudu besar air

> Masukkan gula & air dalam periuk/kuali. Masak dgn api sederhana. Kacau sampai gula tu cair & warna keperangan.Jangan sampai hangus plak...ekekekek..pastu angkat & tuang dlm loyang (bersaiz kecil). Ketepikan.

Utk Puding

BAHAN:-

  • 500ml susu segar @ susu cair (lebih suka guna susu segar sbb susu cair cepat muak)
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur
  • 3 biji telur kuning (amik yg kuning shj)
  • 2-3 titik esen vanilla
  1. Masukkan telur+telur kuning dlm mangkuk,sambil dikacau perlahan-lahan,masukkan gula halus sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sehingga sebati. Note : Jgn sampai berbuih.Ketepikan.
  2. Dalam periuk lain, masukkan susu dan esen vanilla.Panaskan setakat suam2 kuku.jgn terlalu panas atau mendidih.
  3. Dengan susu yg masih panas td, masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan telur tadi.Kacau perlahan hingga sebati. Kemudian tuangkan ke dlm loyang yg berisi caramel tadi.
  4. Tutup Loyang dengan aluminium foil. Kemudian kukus selama 30 minit.
  5. Bila dah masak,keluarkan dr steamer dan jgn buka aluminium foil.Biarkan selama 5-10 minit.Kemudian baru buka lapisan aluminium.
  6. Bila sejuk,terlangkupkan atas pinggan hidangan.Perlahan-lahan. Kemudian simpan dalam peti ais.

Senang je Puding Caramel ni...setakat ni orang kata sedap laaa...hahahaha....puji diri sendiri...yg penting...PRACTISE MAKE PERFECT... ;-) Pic nnt aku upload lupa lak nk snap td...huhuhuhu..

Sejak jadi housewife ni byk resepi yg aku try...termasuk la resepi2 my mum & mak mertua...ekekeke...siap ada buku utk salin resepi.leh wat koleksi...senanggg....utk rujukan di masa hadapan..

Oklah...nnt aku upload lagi resepi2 yg dah aku try.hehehhee...semangat ni...harap2 bkn hangat2 tahi ayam laaa...

Chowwww...







No comments:

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin