Salammm...lama x update blog...just nak share resipi ni ngan kwn2...ramai yang suka masak tapi masa yang tak mengizinkan...betul tak?aku ni kalau nk dapat mood masak, aku gi surf FP k hanieliza...macam-macam jenis masakan ada...one of my fav chef ni...hehhehee....selalu aku tengok resepi dia... hasilnya memang memuaskan... now k hanieliza dah terbit buku masakan sendiri .. dah ada kat pasaran pun....hehehe.....check it outt~!!
AYAM MASAK SERAI
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit
Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
Caranya:
- Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
- Angkat ayam dan toskan minyaknya
- Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
- Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
- Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
- Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.
* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.
3 comments:
war, mesti try.....nanged u....nang this to read about sweet wedding with cupcakes....
nak teraiiiii..mcm sedap je bunyii
mcm ada bunyi2 masakan jawa yang kami panggel 'ayam ungkep'
Post a Comment