Keluarga Bangga Persembahan Khairul Fahmi Di Piala AFF Suzuki
Kejayaan pasukan negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 cukup membanggakan seluruh keluarga penjaga gol skuad Harimau Malaya itu, Khairul Fahmi Che Mat, 21. Aksi cemerlangnya pada final kedua di Stadium Gelora Bung Karno benar-benar mengejutkan keluarganya terutama bapanya Che Mat Hussain, 58, yang menyifatkan ia sebagai hadiah amat bermakna buat negara.
"Kami semuanya teruja dengan apa yang telah ditunjukkan pada perlawanan akhir itu dan kami sangat berbangga Pak Su (gelaran buat Khairul Fahmi) telah berbuat sesuatu untuk negara. "Mungkin ini rezeki buatnya untuk terus maju dalam bola sepak dan kejayaan ini adalah berkat usaha dan disiplin yang tinggi yang ditunjukkan serta semangat tidak mudah putus yang ada dalam dirinya," kata Che Mat kepada pemberita di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang di sini, Jumaat.
Beliau berkata sebelum perlawanan akhir itu, Khairul Fahmi ada menghubunginya dari Jakarta bagi memohon restu agar perlawanan akhir itu akan berpihak kepada negara "dan prestasinya pada malam itu benar-benar menjadi". "Itulah anak saya...baik sebelum beraksi untuk Kelantan, atau untuk negara tidak akan lupa untuk memohon restu daripada keluarga," katanya.
Akhbar hari ini melaporkan persembahan cemerlang penjaga gol Malaysia itu bukan sekadar menarik peminat baru ke akaun facebooknya malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian laman sosial di Twitter.
Dalam tempoh sejam selepas kemenangan, penjaga gol kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali meningkat secara mendadak ke tempat kelima menumpaskan 'Support Timnas' yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Menyentuh mengenai minat Khairul Fahmi dalam bola sepak, ayahnya memberitahu ia bermula ketika dia berumur lapan tahun lagi dan minatnya hanya di posisi penjaga gol sahaja. "Dari kecil lagi, dia cukup minat dengan posisi tersebut dan mula beraksi bersama pasukan sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Tapang ketika berumur 12 tahun," katanya. Khairul Fahmi kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor Baharu dan kemudian berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Che Mat berkata satu sambutan besar-besaran akan dilakukan oleh penduduk kampung dengan kerjasama wakil rakyat untuk menyambut kepulangan Khairul Fahmi pada 3 Jan ini. "Majlis tersebut akan diadakan pada 3 Jan ini dengan perarakan sepuluh buah kereta pacuan empat roda dan 30 buah motosikal yang akan bermula dari lapangan terbang. "Inilah kebanggaan bapa dan apa pun selepas ini jangan mudah lupa diri dan sentiasalah meningkatkan lagi potensi yang ada dalam diri untuk terus berjaya," katanya. - BERNAMA

Credit to : MStar Online
2 comments:
tak suka bola...tapi banggan ngan khairul sebagai penjaga gol..buka senang kita nak menang piala suzuki..tu pon dok kena cemuh ngn orang indon..lansung tak pro bila menonton bola..bola jer...apa daa..
bukan senang ?
mu ni mari planet mana?
suzuki cup tu untuk Asean (south-east asian) atau Asia Tenggara punya negara.
8 teams participating
laos takde padang pun
vietnam stadium pun macam reban ayam
indon ? lawan ngan mat indon pun nak gah...
Post a Comment