Search this blog

Saturday, November 13, 2010

SIAN RAJA FARAH.....

Hmm... sapa la agaknya yang menabur fitnah kat Raja Farah (pelakon) ngan suami dia tu... memang busuk hati betul la... agaknya derang ni tengok badan Raja Farah yang berisi sikit tu kot...apa laaa..... orang tengah bahagia gitu lah...  salah ke kalau badan dia berisi?berisi tak semestinya pregnant... huhuhuhu... Ingat lah sapa-sapa yang suka membuat fitnah... bahawa sesungguhnya "al fitnatu ashaddu minal qatl" (dosa memfitnah lebih besar daripada membunuh)

Sekadar renungan..

 Hadis Huzaifah r.a:

Sayidina Umar r.a pernah bertanya aku ketika aku bersamanya. Katanya: Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan tentang fitnah? Para sahabat menjawab: Kami pernah mendengarnya. Sayidina Umar bertanya: Apakah kamu bermaksud fitnah seorang lelaki bersama keluarga dan jiran tetangganya? Mereka menjawab: Ya, benar. Sayidina Umar berkata: Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan bergelombang? Huzaifah berkata: Para sahabat terdiam. Kemudian Huzaifah berkata: Aku, wahai Umar! Sayidina Umar berkata: Engkau. Lantas Sayidina Umar memuji dengan berkata ayahmu adalah milik Allah. Huzaifah berkata: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan (Muslim)





Maruah Raja Farah, suami tercabar

SIAPA yang tidak tersentak jika keperibadian bakal isteri diperkatakan oleh pihak lain secara negatif. Sementelah ia melibatkan maruah isteri, keluarga dan dirinya sendiri.

Suami kepada pelakon filem Haq, Raja Farah Raja Aziz, iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, mengakui dirinya berasa tertekan apabila isterinya itu dikatakan sedang mengandung, biarpun mereka baru sahaja menjalani akad nikah, semalam.

Pada sidang media yang diadakan usai majlis pernikahan mereka yang berlangsung penuh harmoni di Tropica Residence, Bukit Jelutong, Selangor itu, Megat Bashirun meluahkan perasaannya dengan menuturkan: “Walaupun gosip tersebut bukan terkena pada dirinya (tidak benar) tetapi saya sebagai bakal suaminya ketika itu turut terkena tempias daripada isu itu.”

Tambahnya: “Perkara ini juga bukan hanya dirasai kami malahan turut melibatkan maruah keluarga.”

Raja Farah yang berada di samping Megat Bashirun sambil memegang erat tangan lelaki yang kini bergelar suaminya itu turut mengiakannya. “Saya hampir lemah dan berputus asa ketika mendapat tahu tentang gosip saya hamil sebelum bernikah itu,” akuinya.

Tambahnya: “Namun, atas nasihat dan dorongan daripada suami, Farah harungi semua dugaan tersebut.”

Menurut anak ketiga daripada empat adik-beradik itu, dia akan membuktikan kebenarannya suatu hari nanti.

“Kepada yang membuat fitnah itu saya ucapkan tahniah kerana mereka telah berjaya membuat satu berita yang tidak benar.

“Kalau nak diikutkan saya dah malas nak komen pasal hal ini lagi sebenarnya,” katanya.

Tradisi keluarga

Dalam pada itu menurut Raja Farah, 22, walaupun jangka hayat perkenalan mereka suami isteri baru menjangkau usia lapan bulan, dia sememangnya sudah bersedia untuk bergelar isteri.

“Kalau nak diikutkan memang saya masih muda untuk mendirikan rumah tangga tetapi sudah menjadi tradisi keluarga kami berkahwin awal.

“Bagi saya, Megat mempunyai ciri-ciri seorang suami seperti sifat seorang ketua keluarga, pegangan agama yang membuatkan dia istimewa dan saya bersedia menjadi isterinya,” katanya yang akan kembali ke lokasi penggambaran drama bersiri Kau dan Aku musim kedua pada keesokan hari.

Tambahnya: “Sebelum ini kami memang ada bincang pasal mendirikan rumah tangga tetapi kami simpan (untuk pengetahuan kami) sahaja sehinggalah pihak keluarga sebelah lelaki mencadangkan.”

“Memandangkan hubungan kami pun semakin rapat dan atas cadangan keluarga kami menerimanya,” ungkapnya.

Bagi Megat yang merupakan seorang usahawan pula, dia mengaku hatinya terpaut dengan Raja Farah kerana pelakon itu mempunyai wajah yang comel.

“Antara perkara lain yang membuatkan saya terpikat dengan Raja Farah ialah kerana perwatakan dan keceriaan yang dimilikinya,” jelasnya yang berjaya menghafaz akad nikah sekali sahaja.

Tambahnya, dia tidak mengalami kesukaran ketika memikat hati Raja Farah kerana mereka telah mempunyai keserasian sebelum itu.

“Agak mudah untuk melamar Raja Farah ketika itu mungkin kerana saya ikhlas,” tuturnya yang memberi mas kahwin berjumlah RM888 kepada isteri.

Menurut Megat Bashirun, dia memilih angka 888 kerana isterinya dilahirkan pada tahun 1988.

“Saya mengambil jumlah mas kahwin itu dari angka tersebut agar sama dengan tahun kelahiran isteri,” ujarnya.



Sumber : KOSMO ONLINE

13 comments:

Anonymous said...

I love your site, but honestly tell you that you need more for him to monitor those who commented with your records

Anonymous said...

hey, nice weblog and good publish

Anonymous said...

Now all is clear, many thanks for the help in this question. How to me you to thank?

Anonymous said...

SlimFast is an all-natural weight loss supplement. It contains a proprietary mix of herbal ingredients that work to increase metabolism, burn fat, and safely suppress appetite. Unlike some other weight loss products, SlimFast does not contain any harmful chemicals or substances.

Anonymous said...

Merry Christmas and Happy New Year, may all your wishes come true!

Anonymous said...

Merry Christmas! Let the new year will bring a lot of money

Anonymous said...

Good sait, its very interesting//

Anonymous said...

Interesting posti for me//

Anonymous said...

Beautiful post, great ))

Anonymous said...

Useful publication and excellent presentation!

Erectile Dysfunction said...

This is good site to spent time on.

Anonymous said...


Excellent ideas throughout this post, I just added this to my RSS feed. I'am curious if you have any follow ups to this post?

Anonymous said...

Dear friends, when I keep not asked for secure anyone to help, but soul is such a ferocious fancy, that
would rather to ask for help. I'm in a darned grave state of affairs, beg Your friends, avoid
they can, how much can. I will-power be hugely thankful to You.
Perfect Money U 1557851 E 1512655 correspondence: alexxx767@gmail.com
PayPal : alexxx767@gmail.com

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin