Search this blog

Wednesday, November 03, 2010

“Be Part of ChurpChurp Today!”

SEMUDAH A,B,C...

  • Nak tahu apa itu Churpchurp?
ChurpChurp is your ultimate integrated social media solution that rewards for influencers’ updates. Churpers will be briefed on the contents of updates and seeds to be propagated based on partners’ request.

Basically there are two main types of Churps available which are :
a. Scheduled (User-generated) Churps
You will be notified via e-mail of new assignments and given a brief to compose your posts in any way you want with some required keywords. Your tweets will go out on a schedule and after it does, earnings will be credited into your account.
b. Seeding Churps
You will be notified via e-mail of new assignments and given a brief to compose your posts in the required platforms. The brief will describe the angles you should work on.
  • What do I have to do?
There are only 3 basic steps that you have to follow to start earning with reward:
1. Sign up with us
2. Approve access to Twitter.com and Facebook.com so that we are able to get down to work. Note that we do not store your Twitter.com or Facebook.com password.

3. Choose your preferences for alcohol/tobacco related assignments, and disclaimers for scheduled tweets.
 
  • How much do I get rewarded?
Earnings credited to your ChurpChurp account vary depending on the number of followers and friends you have, how many times you Churp and also the type of assignments that you get.
 
  • When do I get my earnings?
You can track your earnings via your ChurpChurp account page shortly after accepting and posting Churps. A minimum earning of RM100 / SGD100 is required before you can cash out your earnings with ChurpChurp. We will process payments 30 days after the end of the month when you cashed out.

hehehehee.... senang aje... untuk menyertai churpchurp.com ni,kena sign up dulu... kena ada account twitter & facebook.. nak senang .. click je link ni churpchurp.com

Dah sebulan lebih aku join churpchurp nih... ada je assignment baru,derang akan notify kat email... Mudah saja...

User Guide

Scheduled Tweets are Twitter-specific assignments that are published by ChurpChurp on a schedule. You will need to submit your tweet within ChurpChurp. Note that it will take some time for your tweet to be published depending on the partner's needs. Also do note that it may take about one working day for your earnings to be credited.

Please make sure your tweet follows the brief. If it's not approved by the partner by the deadline then it may not go out at all and we might have to give this time a miss. No worries though, there will be more opportunities to come.

Ni Current earning aku last week... hehehe.... walaupun tak banyak,tapi cepat bertambah...;-)
 
So far, aku tak pernah lagi join activity yang dianjurkan oleh Churpchurp.... harap-harap lepas ni aku dapat join... tak kisah la aktiviti apa pun... yang penting dapat mengeratkan hubungan between the Churpers.... hehehehe....
 
Tak rugi join churpchurp.... bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.... yang penting kena rajin dan "pantas"... 

Untuk maklumat lanjut, kawan-kawan boleh click kat sini  ... SHARING IS CARING!. www.churpchurp.com.my

Monday, November 01, 2010

dAPAT PerfuMe lagiii..hehehhehhe

Baru last week hubby wat balik perfume Bvlgari... hari ni dapat lagi Lancome~Treson IN LOVE..Best..best..besttt...hehehhehe Tambah koleksi... yang hantaran hari tu Burberry pun lom habis lagi...hhihihihi....

Saturday, October 30, 2010

KELANTAN MENANG PIALA MALAYSIA 2010

CONGRATULATION RED WARRIOR!!!

ALHAMDULILLAH..SYUKURRR... akhirnya Piala Malaysia milik kelantan juga tahun nih... dibarisi oleh pemain-pemain yang hebat-hebat... penyokong yang bersemangat ... hhehehehe... berbaloi usaha Tan Sri Annuar Musa selama ni yang telah berusaha menaikkan Kelantan semula di dalam arena bola sepak Malaysia...Tahniahhh... Ambo sungguh banggo!

Permulaan perlawanan yang amat mendebarkan.... ikut hati nak tukar channel... Kelantan bagaikan hilang rentak permainan... semangat mula bangkit di hujung-hujung permainan... aku dengan harapan semangat pemain-pemain kelantan tu akan kekal hingga ke separuh masa kedua...

"HERO TOK GADUH" = HERO TAKKAN GOPOH UNTUK MENANG... Alhamdulillah, Hairudin & Badri menjaringkan gol-gol yang cantik sekali.... hantaran yang bagus dari rakan sepermainan menyelamatkan Kelantan dan seterusnya membawa kemenangan buat julung-julung kalinya buat negeri Cik Siti Wan Kembang!!!

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALLAHUAKBAR!!.

Cuma satu je yang aku tak suka ngan penyokong kelantan nih... suka buat sampah! pelik aku.. Menang pun buang botol , kalah apa lagi!... tiada kesedaran sivik langsung.. please la... pasni FAM kena haramkan bawak masuk botol-botol air mineral la nampaknya... biar kehausan je orang-orang macam nih.... aduhaii...

YANG PENTING, KELANTAN MENANG!!! HIP..HIP..HOOORAYYYY...

Sunday, October 24, 2010

BIARKAN AKU JATUH CINTA..

Lirik lagu ST 12 Biarkan Jatuh Cinta

(Soundtrack utk cerita SAFA & MARWAH)
*

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu
**
Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati

Reff:

Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpA
Biarkan aku kan mencoba

Tak perduli kau berkata
Tuk mau atau tidak

MENCARI KETENANGAN FIKIRAN

ADAKAH anda sentiasa memikirkan cara yang menyenangkan untuk menjaga kesihatan? Berita baik ini pasti anda nanti-nantikan.

Anda hanya perlukan secawan teh setiap hari untuk menjana kecerdasan mental dan menjamin kesejahteraan fizikal.

Perkara ini telah dibuktikan oleh pakar teh terkenal di dunia yang membentangkan hasil kajian terbaru mereka mengenai hubung kait antara pengambilan teh dan kesihatan.

Kajian itu menumpukan manfaat tianin (theanine: analog asid glutamik atau asid amino dalam teh) dan flavonoid (vitamin P atau sitrin atau kelas metabolit sekunder tumbuhan).

Hasilnya menunjukkan manfaat yang menarik, khususnya kelebihan teh dalam memperbaiki mood, meningkatkan tumpuan dan kecerdasan di samping menurunkan risiko strok iskemia.

Cara hidup

"Teh sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat Malaysia. Kita menikmati minuman ini dalam pelbagai cara, sama ada teh kosong, teh susu atau teh hijau.

"Kami ingin memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa mereka sentiasa menghirup secawan minuman yang berkhasiat," kata Quah Seng Khie, Pengurus Jenama Peruncitan Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd.

Tambahnya, manfaat kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan teh telah menjadi tumpuan penyelidikan saintifik yang dijalankan secara meluas.

"Simposium ini memberi peluang kepada pakar teh untuk berkongsi kemunculan kaedah sains baru dan menggalakkan perbincangan mengenai kebaikan teh kepada fizikal," ujarnya.

Hasil penyelidikan yang dibentangkan oleh Dr. Georgie Russell daripada R&D Unilever dan Institut Teh Lipton menunjukkan bahawa pengambilan teh mempengaruhi mood secara positif.

"Kajian kami menunjukkan bahawa mood sering dianggap kualiti subjektif dan boleh diukur dengan berkesan.

"Ini adalah satu perkembangan yang menarik, ia membolehkan kita mengukur kesan rangsangan luar ke atas mood kita. Sebagai contoh, kami dapat mengesahkan bahawa teh susu memberi kesan positif ke atas mood.

"Kesan positif ke atas mood bukan sahaja membuatkan kita rasa ceria, tetapi beberapa kajian menyarankan bahawa teh dikaitkan dengan manfaat seperti peningkatan kreativiti dan sokongan kepada sistem imunisasi," kata Russell.

Lebih tumpuan

Selain kesan psikologi, Dr. Eveline De-Bruin membentangkan bukti baru yang menunjukkan bahawa pengambilan teh boleh membantu anda memberi lebih tumpuan dan membaiki kecerdasan subjektif. Mekanisme kajian inilah yang menjadi tumpuan perbincangan semua saintis.

Kajian memperlihatkan mekanisme di sebalik kesan ini yang menunjukkan bahawa selepas mengambil satu dos kuat tianin dan kafein, dua bahan aktif yang terdapat secara semula jadi dalam teh, rangkaian perhatian otak diaktifkan secara lebih cekap.

"Kajian ini menunjukkan tindak balas bahan aktif dalam teh, tianin dan kafein mengoptimumkan pengaktifan bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap tumpuan kita seharian," Eveline De-Bruin.

Kurangkan risiko strok

Dr. Lenore Arab, Profesor di David Geffen School of Medicine di UCLA, mendedahkan hasil penyelidikan telah mengesahkan bahawa pengambilan teh setiap hari berpotensi menurunkan risiko strok iskemia sebanyak 21 peratus.

Strok adalah punca kematian ketiga paling tinggi di Malaysia. Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira 40,000 penghidap strok di Malaysia.

Strok juga merupakan penyebab utama kehilangan upaya fizikal. Strok iskemia, berlaku apabila saluran darah tersekat, meliputi kira-kira 83 peratus daripada semua kes strok yang dilaporkan.

Dr. Sheila Wiseman dari Institut Teh Lipton, menyokong dakwaan ini dengan hasil kajian yang berbeza. Beliau menjelaskan bahawa flavonoid teh membantu menenangkan saluran darah.

"Hanya 100 miligram flavanoid teh sehari iaitu bersamaan dengan kurang daripada satu cawah teh sehari dapat membantu membaiki kapasiti keanjalan saluran darah. Ini bermakna kesan positif pengambilan teh ke atas fungsi vaskular mungkin relevan bagi kebanyakan orang di dunia yang hanya minum satu atau dua cawan teh sehari," ujarnya.

Credit to KOSMO ONLINE

Monday, September 20, 2010

PREGNANT...

TAHNIAH buat opismate ku DIANA DAUD... kawen bulan 6 terus "melekat" alhamdulillah...aku gak la yang belum... hehehe... Insya Allah ..ada la rezeki ku nanti...pic-pic kawen diana aku tak share lagi kat FB...takpelah share kat blog lagi best....hehehhehe

Takkan berhenti berdoa... semoga dikurniakan anak-anak yang Soleh & Solehah...Insya Allah

MASAK TIME...

Salammm....hehehhe.... Alhamdulillah...hari ni aku dah start masak selepas beberapa hari beraya... balik awal sikit hari ni sebab sakit peyuttt....huhuhu....ntah salah makan apa kat Mahkamah tadi...agaknya peyut terkejut kot...sebab sebulan berpuasa... hehhee...

Malam ni menu simple aje... sup "teney" (oghe klate paggil petola tu teney) & ikan cencaru masak sambal... alhamdulillah... dah setahun kawen ni aku dah pandai la bajet2 masak untuk 2 orang.... mula-mula kawen dulu aku masak macam 5-6 orang nak makan...hahahhaha.... biasalah famili besar kann..

Dari semalam aku dok stress pasal "submission" case pagi ni....lama betul tak wat ... keyakinan diri berdepan ngan Judge tu kureng sikit...Alhamdulillah .. berjaya juga melakukannya....hehehe..dah kerja ku sebegitu...hehehhe...

oklah...layan je pic menu dinner mlm ni yang hubby ku amik...suka sangat amik gambar... malu siott..sebab aku masak biasa-biasa aje....hehhee...daaaaa.....

Wednesday, September 15, 2010

CORAT CORET SYAWAL 1431

Ramadhan berlalu pergi..Syawal menjelma lagi... belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitro buat kawan-kawan semua.... maaf andai ada salah & silap .. 0-0 yeaaa...

Alhamdulillah...tahun ni tahun kedua aku beraya bersama suami tercinta...hehehhe... nasib baik la rumah dekat.. leh balik kg masing-masing pada hari raya pertama...but tahun ni pagi raya giliran di rumahku... lps solat jumaat baru kami pulang ke kg suami...hehehe...

Seperti tahun-tahun sebelumnya aku akan sediakan juadah raya pada hari raya pertama...bukan apa...selalunya sedara mara ramai berkunjung ke rumah pada hari raya pertama... kebetulan rumah ku bersebelahan ngan umah arwah atuk.. hmmm.. terasa lain sangat raya thn ni... tanpa atuk kesayangan bersama merai.. atuk ku meninggal bulan 3 lps.. kehilangan yang amat dirasai.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin...

Tahun ni sambutan raya sederhana saja...baju raya pun tak banyak... 3 pasang aku beli sendiri & mintak makcik aku jahitkan..lagi 2 pasang kain yang diberikan oleh sedara mara belah suami masa berkunjung ke rumah derang lps kawen dulu mak jahitkan...byk aku dapat.. campur ngan kain batik lagi ada la dalam 2 beg balik kg tuh...hehhee...rezekiii...tu yang untung jadi orang pompuan nih... Untuk suami sepasang baju melayu dan 2 kemeja...

Hmmm....tengah fikir-fikir ni sama ada nak buat ke tak open house tahun ni...tengoklah kalau ada "mood" .. heheehee....

Layan jea pic-pic kat bawah ni... mak2 datin berposing sakann...hahahahaha

Sunday, September 05, 2010

RAMADHAN: ALHAMDULILLAH...rezekiii

Alhamdulillah..rezeki bulan Ramadhan.... dapat gak bonus raya...walaaupun tak banyak tapi cukup lah untuk beraya & saving sikit... tak expect pun boss kasi sebab biasa la legal firm tengok boss juga.... memang bersyukur sangat-sangat....

Tahun ni turn raya pagi kat umah ku... ptg baru balik umah hubby.... biasalah kalau umah  dekat nih.... kena bergilir-gilir... mula-mula penat juga...tapi lama kelamaan dah biasa....

persiapan raya sederhana aje tahun ni.... cukuplah untuk kami berdua..hehehe.... cuma aku rasa biskut raya aku tahun ni macam terlebih lak...tapi bukan banyak jenis punnn.... hahahhaa..... xpelah... bukannya selalu punnn...

oklah... di kesempatan ini aku memohon jutaan kemaafan andai ada salah & silap....selamat hari raya Aidilfitri.... Maaf Zahir & batin.... ;-)

Thursday, August 26, 2010

CHURPCHURP: MY CURRENT EARNING ;-)

SEMUDAH A,B,C...

  • Nak tahu apa itu Churpchurp?
ChurpChurp is your ultimate integrated social media solution that rewards for influencers’ updates. Churpers will be briefed on the contents of updates and seeds to be propagated based on partners’ request.

Basically there are two main types of Churps available which are :
a. Scheduled (User-generated) Churps
You will be notified via e-mail of new assignments and given a brief to compose your posts in any way you want with some required keywords. Your tweets will go out on a schedule and after it does, earnings will be credited into your account.
b. Seeding Churps
You will be notified via e-mail of new assignments and given a brief to compose your posts in the required platforms. The brief will describe the angles you should work on.

  • What do I have to do?
There are only 3 basic steps that you have to follow to start earning with reward:
1. Sign up with us
2. Approve access to Twitter.com and Facebook.com so that we are able to get down to work. Note that we do not store your Twitter.com or Facebook.com password.

3. Choose your preferences for alcohol/tobacco related assignments, and disclaimers for scheduled tweets.
 
  • How much do I get rewarded?
Earnings credited to your ChurpChurp account vary depending on the number of followers and friends you have, how many times you Churp and also the type of assignments that you get.
 
  • When do I get my earnings?
You can track your earnings via your ChurpChurp account page shortly after accepting and posting Churps. A minimum earning of RM100 / SGD100 is required before you can cash out your earnings with ChurpChurp. We will process payments 30 days after the end of the month when you cashed out.

hehehehee.... senang aje... untuk menyertai churpchurp.com ni,kena sign up dulu... kena ada account twitter & facebook.. nak senang .. click je link ni churpchurp.com

Dah sebulan lebih aku join churpchurp nih... ada je assignment baru,derang akan notify kat email... Mudah saja...

User Guide

Scheduled Tweets are Twitter-specific assignments that are published by ChurpChurp on a schedule. You will need to submit your tweet within ChurpChurp. Note that it will take some time for your tweet to be published depending on the partner's needs. Also do note that it may take about one working day for your earnings to be credited.

Please make sure your tweet follows the brief. If it's not approved by the partner by the deadline then it may not go out at all and we might have to give this time a miss. No worries though, there will be more opportunities to come.

Ni Current earning aku setakat hari ni... hehehe.... walaupun tak banyak,tapi cepat bertambah...;-)
 
For further details, feel free to visit http://www.churpchurp.com/

RAMADHAN: MY NEW BABY

ALHAMDULILLAH.. syukur sangat-sangat.... setelah segala onak dan liku dilalui,akhirnya "baby" baru kami tiba hari ni..thanks a lot to ceed & her sis yang banyak membantu kami berdua dalam menentang "penipuan" yang dilakukan oleh syarikat dealer kete toyota kat batu caves tu..huhuhu..

Memang rezeki bulan Ramadhan lah nampaknya...hehehehe..... sekarang ni aku nak cukupkan mileage untuk service pertama before bawak balik kampung raya nih... kena kuor jalan-jalan la lepas terawikh...hehehhe....

Kepada sapa-sapa yang nak beli kete Toyota brand,sila lah ke Toyota branch PJ..kat seksyen 19... service memang bagus... cari SA yang bernama Lina...she will help u a lot!!!

#Spreadthelove with @Churp2! Be part of the family and we could both be rewarded! What are you waiting for?

http://www.churpchurp.com/register-twitter?tw=pipi_comel

Tuesday, August 24, 2010

RAMADHAN: SUSHI

Ahad lepas ada orang belanja makan sushi.... yummyyyy...thx sue... banayk duit sue habis....hehehhee...lama betul tak lepak sama... hari tu pun sekejap aje sebab curfew hour aku before 9 mlm....hahahhahaa.... takleh la tinggal hubby lama-lama...sian dia...dah le bukak puasa sorang-sorang hari tu...

To sue...terima kasih daun keladi..nanti boleh banje lagi.... tunggu turn sapa lak...ehem..ehemmmm... 

RAMADHAN: AKU DAN TELUR BISTIK

Lama betul aku tak berblog... huhuhu...tarak mood.. tarak masa...tarak idea...hahahha....alasannn orang malas gitu lahhh.... hari ni aku balik awal...pukul 4.45 dah blah....maklumlah bos kecik xde..hehehe...kira oklah tu sebab waktu balik 4.30... untuk bulan pose jelah .. hari biasa toksah cakap lah...lps maghrib baru balik...cian hubby... bila sempat aku masak lah.... tu pun yang simple-simple aje...nasib baik hubby tak cerewet...makan je apa yang aku masak...Love u B... ;-) wah..tetibaaaaa...tetibe aku teringin nak

Hari ni aku tetiba aje teringin nak makan telur bistik....habis aku godek buku2 resepi lama aku sebab aku rasa aku ade simpan.. nasi baik jumpa.. senang aje... bahan-bahan pun memang dah ada dalam peti ais...tinggal nak buat aje...

ni resepinya...

Bahan-bahan:

Bahan untuk telur-
  • 3 biji telur
  • 3 sudu makan daging kisar (Ramly/Azmy)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk goreng telur
Bahan untuk Sos-
  • 2 ulas bawang merah, dicincang
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 cm halia. dimayang
  • 1 batang lada merah, dihiris halus
  • ½ cawan sos cili
  • ½ cawan sos tomato
  • ¼ cawan sos tiram
  • 1 kiub ayam
  • 2 batang jagung muda, dipotong serong
  • Sedikit bunga kobis, potong kecil
  • Sedikit lobak merah, potong nipis
  • 1 biji tomato, dibelah 8
  • 1 sudu makan tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit daun sup dan daun bawang, dihiris
Cara :-
  • Masukkan telur, daging cincang dan garam dalam mangkuk. Pukul hingga mesra.
  • Panaskan minyak, goreng bancuhan telur seperti masak telur dadar. Angkat dan ketepikan
Untuk sos:
  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada merah sehingga naik bau. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kiub ayam. Kacau sehingga mesra.
  • Masukkan jagung muda, bunga kobis dan lobak merah. Kacau hingga mesra
  • Masukkan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan tomato, kacau sosnya sehingga sayur-sayuran masak.
  • Tuang sos diatas telur yang telah didadar tadi. Tabur dengan daun sup/ daun bawang.

*SAYUR : leh tukar ngan sayur campur gak...

*ni pic telur yang aku masak petang tadi..untuk disimpan wat sahur lak... hehehehe

Wednesday, August 11, 2010

SENARAI BUFFET RAMADHAN 2010

Salammm... hari ni hari pertama puasa... dalam kepala dok pikir  nanti nak buka pose nngan hubby kat mana..bukan everyday la... sekali dalam bulan puasa...macam tahun lepas kami berbuka di JW Marriot...banyakk menu dia...108++ (bukan rege ek.... menu dia)..hehehehe

Tahun ni tak tahu lagi..tgh survey2 kat mana yang ok and varieties...hehehehe... so kalau kawan-kawan nak survey2 gak macam aku nih boleh click kat sini.... macam-macam ada... selamat memilih...heheheheh

Salam Ramadhan 1431 ;-)

** TIPS bULAN rAMADHAN

Avoid :-

~Fried and fatty foods.

~Foods containing too much sugar.

~Over-eating especially masa sahur.

~Too much tea masa bersahur : Tea makes you pass more urine taking with itvaluable mineral salts that your body would need during the day.

~Smoking cigarettes: If you cannot give up smoking, cut down gradually starting a few weeks before Ramadhan. Smoking is unhealthy and one should stop completely.

Eat: Complex carbohydrates (Sahur) so that the food lasts longer making you less hungry. i.e Dates,Almonds & Banana.

Drink: As much water or fruit juices as possible between iftar and bedtime so that your body may adjust fluid levels in time.

Tuesday, August 10, 2010

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1431H/2010M

Salam Ramadhan buat sahabat-sahabatku ... semoga amal ibadat kita dibulan yang mulia ini diterima olehNya...

Tahun ni tahun kedua aku beraya bersama suami tercinta... harapnya dapat la kami menunaikan solat terawikh bersama-sama sampai habis puasa...Insya Allah...

Untuk mengetahui jadual waktu berbuka dan imsak... leh la klik kat sini ..

Thursday, August 05, 2010

VIOS OH VIOS... MY STRESSFUL WEEK !

BANGANG.... BAST_ _D... BODOH.... ISSHHHH.....semua benda lah yg buruk-buruk & teruk tu sememangnya layak diberikan pada orang2 nih...

Punya la lama kitaorg tunggu keta nih... 3 bulan!!! mulanya kitaorg pikir it's normal procedure.. sbb everytime kita follow up tanya..jawapannya... pending dari HQ la..xde stock la....mcm2 lah... sehinggalah ahad lps derang janji utk tunjuk kereta & sign document,pegi2 je kat branch tu,keta takde.. apa yg kita dapat hanyalah information yang mengatakan Toyota HQ cancel kan kami punya order bulan jun lps so derang terpaksa wat order baru ..terkejut beruk la kitaorg .. aku apa lagi..soklan bertubi2 la.. jawapannya.. bkn salah derang salah HQ... it's nonsense la... logik ke HQ cancelkan order suka2 hati mcm tu aje..kalau bukan derang yg request...masa ni aku dah terhidu something wrong somewhere... bermcm2 story mori yang derang create kat aku n hubby yg memang x tahu sepatah haram pun pasal jual beli keta nihh... MyVi aku dulu tu smooth je xde masalah langsung...Melayu gak...

Bila jadi macam ni,aku mula la taknak percaya kat bangsa sendiri nih.. macam mana nk berbisnes kalau asyik dok telan duit org aje... niat kita nak tolong orang sendiri..last2 dipergunakan.. sooo unprofessional bila cancel order tanpa notification to the customer... nombor order yang baru pun derang x kasi tahu...bila ditanya kenapa tak inform us awal2 pasal cancellation tu..derang ckp nak elak masalah.....MASALAH KEPALA HOTAK KAUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Memang naik darah tahap KING KONG dah aku rasa sampai hari ni...kepala aku ni non stop thinking dari hari yg kami jumpa salesman tu...sian hubby..dah la hari tu besday dia..terus xde mood....apa taknya... deposit bukan sikit yang kitaorg bayar... campur tolak darab bahagi .. dekat 10k gak lah sbb kitaorg suruh si BODOH ni buat solarfilm+antismash + beli nombor plet.

Janji nak deliver kete since 24/7....mmg hampehhh.... boleh la plak bagi alasan keta dah ada kat toyota pandan indah...pending boss dia setelkan duti apa ntah...dalam minggu ni konpem dapat...dapat apa??????dapat ayaq liuq basi je lah...

aku yang dh tak tahan ni...rasa macam nk meletup kepala.. terus gi tanya kat FB ada sapa2 yg keje toyota tak...hahahaaha...nasib baik kwn aku ada org dlm.. tolong check kan apa yg sebenarnya terjadi... rupa2nya branch toyota tu mmg problemo..  dah banyak org komplen pasal branch sewel ni... huhuhuhu.... kalau lah aku tahu ...awal2 lagi memang aku takkan jejak kasi ke situ... setiap bayaran yg dibuat hanya letak note je kat RCO slip tu... tu pun nasib baik salesman bodoh tu sign & chop company.

kitaorg wat aduan kat customer service & toyota HQ dah buat tindakan...memang branch ni tggu masa nak K.O aje.. financial problem.... keta yg derang order kat HQ bkn la byk pun...x sampai 5 bijik..semuanya sangkut kat HQ sbb derang ni tak wat payment...so HQ x release la keta tu..termasuk la keta kitaorg!!!

slps tahu pasal derang ni,hubby bertubi2 la call boss & salesman branch tu...di maki hamun ... habis kuar sume... bayangkan la... org yang tak penah marah ... tetiba berapi mcm tu.... yg sadisnya..derang still taknak ngaku tu... still nak cakap keta dah ada kat branch lain....  ko cakap la sampai tercabut mulut pun kitaorg xkan percaya walau sesen punnn.... pegi mampos lahhh...

sekarang ni dah jadi issue kat branch derang.. derang ingat kita org ni xde kabel ke.. hbs setiap rahsia derang kitaorg dah tahu... bila diasak bertubi2...baru lah derang mengaku sebenarnya kete tu still ada kat HQ lagi.. hari ni Toyota HQ dah gi wat spot check kat branch ni... memang tunggu masa lingkup je..

Yang penting sekarang ni... urusan jual beli tu akan tetap diteruskan tapi aku x mau dah deal ngan "binatang"2 nih... kitaorg dah mintak ngan HQ utk tukar branch lain...harap2 dapat lah... huhuhuhuhu..... panjang sebenarnya cite sadis kitaorg nih..tapi aku pendekkan....huhuhuhu... ni pun rasa mcm nak tercabut OTAk dah..

Nak tahu Branch mana?? satu2nya branch Toyota area Sri Gombak & Batu Caves... malas nak sebut.... u all cari la sendiri...sapa2 yang dah terkena atau baru nak kena tu ... gi la cepat2 ambik balik deposit...gi ke branch lain...huhuhuh....

This is the worst experience in buying new car... Dugaan buat kami... kami kena redha dan usaha... pasti ada hikmah di sebaliknya yang hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui...

p/s: sila abaikan penggunaan bahasa2 yang tidak sepatutnya dalam ADUAN RAKYAT aku nih....huhuhuhuhuhu... kalau boleh,sebar2kan lah... agar tiada lagi org yg tertipu dek makhluk2 durjana nihhhh.. lagi satu.. ni takde kena mengena ngan TOYOTA HQ & DEALER2 yang lain .... yang satu dealer  ni je aku terpaksa komplen.... sebab dah terkena kat diri sendiri.... "crying soul".. harap aduan aku ni jadi pengajaran kepada pengedar-pengedar kereta dan juga pada sapa2 yang nak beli kete tu x kira lah kete apa sekali pun, pilih la dealer2 yang boleh dipercayai...xkira apa bangsa sekali pun.... survey dulu.. skrg teknologi dah canggih... gunakan aje  FB or twitter... thats the best way... :-/

Friday, July 23, 2010

She's so adorable...

Exclusive for Mia Sara's fan.. ;-)

Sunday, July 18, 2010

ROMANTICA DI....

hihihihihi.... saje je.. tetiba rasa romantik lak pic candid nih...hahahahah...LAYAN KAN AJE LAAAA....

BABY

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin