Search this blog

Thursday, September 10, 2009

TAHAJJUD CINTA

sALAMM...kenyangnya..maklumla dah berbuka...hehehhee....tak tahu nak update apa kat blog..tapi kan....sekarang ni aku dok asyik membelek album baru Dato Siti Nurhaliza yang berkonsep Ketuhanan...Tahajjud Cinta...CAntik cover album Siti ni...Rasanya dalam banyak-banyak album Siti aku paling suka yang ni... hehehehehe...










Peminat-peminat Siti boleh dapatkan Album Tahajjud Cinta ni di pasaran sekarang dengan harga RM29.90 (promoo jangan tak promo..hehehe).Album ni Mengandungi 8 buah lagu semuanya. Semuanya BEST!!! Antara lagu-lagunya:-

  • AsmA uL Husna

  • Pintu Rindu

  • Tahajjud Cinta

  • Batasku Asaku

  • Ku Percaya Ada Cinta

  • Ya Rasulullah

  • Ketika Cinta

  • Selawat




Kat bawah ni kita letak pic Siti untuk cover album ni...CANTIKKKK.....I LOVE U Siti...hehehe....dah jangkit ngan hubby dah minat Siti.. memang suka dengar lagu-lagu Siti dari album dia yang pertama lagi.... gara-gara si IRa adikku yaang memang DIE HARD FAN Siti Nurhaliza...Untuk Ira ,Intan,Iejat & Ezam... Layannn pic2 ni kayyy...hehehhe...









Cukuplah tu...hehehehe....cantikkannn....apa-apa pun..jangan lupa dapatkan di pasaran sekarang...



 
Daaaaa...



AYAM PERCIK

Yezzaaa.... aku nak share resepi my mum's ayam/ikan percik..kelantan style...kuah dia warna putih tau..bukan merah...last week akku dok teringin nak makan ayam/ikan percik macam ni..susah nak cari kat KL ni...even kat bazar ramadhan yg gerainya orang kelantan pun tak jual ayam/ikan percik cam ni..


Kebetulan minggu lepas aku dok pikir tak tahu nak masak apa.. balik je opis .. aku terus buat..mintak resepi ngan mak dah lama.. penah wat sekali .. beberapa tahun yang lepas...hahahahahha.....masa tu aku jadi baby sitter sepupu aku kat Pilah. Pakcik la yang teringin benar nak makan...


Sesapa yang nk try,buat la....hehehehehe....



Bahan-bahan:-


1/2 ekor ayam ~ lumur garamkunyit + seulas bawang putih(tumbuk),kemudian bakar (wani guna kualli yang bertutup).Bila dah masak,ketepikan.


Bahan untuk percik:-


  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 4-5 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 250g santan pekat
  • Sedikit halia (ditumbuk)
  • 2 batang serai (dititik)
  • Asam keping
  • Gula
  • Sedikit Serbuk perasa (ajinomoto)
  • 1 sudu teh tepung beras(bancuh ngan sedikit air)


Cara-cara:-


  1. Masukkan kesemua bahan diatas dalam periuk kecuali gula,perasa & tepung beras.Panaskan dengan api yang sederhana.Kacau perlahan-lahan.
  2. Bila agak-gak nak mendidih tu,masukkan gula,perasa & bancuhan tepung beras tadi.
  3. Kacau perlahan-lahan hingga kuahnya dah agak pekat,masukkan ayam yang dah dibakar td, kemudian boleh dihidangkan.

Senang je resepi ni... ni resepi mak... tak tahu la kelantanese yang lain masak mcm mana....hehehe


SHARING IS CARING....;-)

PANAS!! PANASSS!!!!

Salam....hari ni hari yang haru biru buat aku...bengang ngan opis lama.. pasal renewal Sijil Annual... tolak gaji yo-yo orrr je....bayanr nya idookkk....eiii...geram aku....due date untuk bayar 30 haribulan Jun hari tu...ni dah la tak bayarkan...kena lak penalti ..kalau 10 hengget tu aku tak kesahh....ni RM450...so kira kira balik...aku kena bayar seribu lebih plus penAlti...gila APA...


Aku tengah tunggu call dari admin ofis lama... katanya nak bincang ngan bos dulu..yang buat aku bengang..bila call tanya sebelum ni..dia cakap dah bayar tp tu untuk 2008 nya...oiii makcik...ingat kita ni bodoh dungu macam awak ke...Aku tak puas hati terus call Majlis Peguam...Yang 2008 tu ofis lama aku bayar 160 je..untuk dapatkan Sijil Annual 2009.subscription yang 760 tu derang belum bayar lagi...aku dengan panas hati...(astaghfirullah-bulan pose ni wani),terus gi call admin tu balik...TAHU TAKUTT...

Kebetulan ada kawan aku dari ofis yang sama juga..berhenti sebulan lepas aku berhenti.terjadi juga benda yang sama.....apa KESSs... Dia bengang terus buat surat kat bos opis lama tu... tapi kesian dia.. dia dibalas dengan ayat-ayat yang memang kureng asaamm nye...ish..ishh..ishh....seb bek ngan aku ok lagi...

Honestly aku cakap...keje kat ofis macam ni memerlukan tahap kesabaran tahap dewa nya lahh...3 tahun aku dok kat situ..makin lama makin melampau...Kerja yang kita buat dengan ikhlas pun jadi punah... macam-macam kerenah... Nasib baik hari tu aku dah nak kawen...daripada bercuti,baik aku resign.... leh gak aku berehat...hehehehhe.....


Sabar je la kannn.... itu luahan hati aku untuk hari ini....huhuhuhu...
Daaa...

Wednesday, September 09, 2009

FREE TICKETS FOR "FINAL DESTINATION" MOVIE

GOOD NEWS....~!!!
Anyone or sapa-sapa yang nak tiket free untuk menonton filem FINAL DESTINATION ~ REST IN PIECES... sila layari budiey.com from time to time... bukan sahaja tiket malah goodies bag turut disediakan....check it out....

Nenek Mariam bukan lagi rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Urusan membawa pulang jenazah Mariam Johari, 88, dari Korea Selatan semalam buntu apabila warga emas yang terkandas di negara berkenaan sejak 64 tahun lalu itu, disahkan bukan lagi rakyat Malaysia.

Mariam yang berasal dari Plentong, Johor, dikatakan membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melucutkan kewarganegaraan sebagai rakyat Malaysia pada akhir 2007 dan permohonan itu diluluskan tahun lalu.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, ketika dihubungi Berita Harian berkata, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman semalam mengesahkan Mariam bukan lagi warga Malaysia.
 
Biasanya jika ada mayat bukan warga Malaysia di luar negara, maka kita tidak boleh buat apa-apa lagi. Isu nak bawa balik jenazah itu tidak timbul kerana dia bukan warga negara ini.
Tambahan pula dalam kes Mariam, dia ada membuat wasiat untuk dikebumikan di sana (Korea Selatan) mengikut adat masyarakat Korea," katanya.

Ditanya mengenai kesahihan wasiat berkenaan, Kohilan berkata, pihaknya perlu menelitinya.

Mariam yang terkandas di Korea Selatan selepas dibawa tentera Jepun ke negara itu ketika Perang Dunia Kedua, meninggal dunia di sebuah rumah kebajikan di Seoul, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, anaknya, Jelani Sonni, 72, kelmarin memohon bantuan Wisma Putra untuk membawa pulang jenazah Mariam kerana yakin ibunya masih Islam.

Malah, berita kematian Mariam turut mendapat simpati seorang artis wanita terkenal yang bersetuju membiayai kos membawa pulang jenazahnya supaya dapat dikebumikan secara Islam.

Di SEOUL, penerbit Korean Broadcasting Corporation (KBC), Park Keon Young yang pernah menerbitkan dokumentari mengenai kisah kehidupan Mariam, ketika dihubungi berkata, jenazah Mariam hampir dibakar di pusat pembakaran mayat, pagi semalam, tetapi ditangguhkan atas permintaan Kedutaan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, keadaan menjadi kecoh apabila pihak pengurusan mayat memberi kata dua kepada anak tiri Mariam, Ji Yong Un, 53, sama ada meneruskan upacara itu atau memindahkan jenazah ke hospital.

"Anak tiri Mariam menunggu dari pagi hingga ke petang tetapi tidak mendapat kata putus dari kedutaan. Bila saya menghubungi pejabat Kedutaan Malaysia di Seoul, mereka mengatakan yang mereka masih menunggu dokumen dari Kuala Lumpur," katanya
.

Park berkata, jenazah Mariam ketika ini masih ditempatkan di rumah mayat berkenaan, tetapi Ji kini dalam dilema kerana sebagai pemandu bas, beliau tidak mampu menampung kos menyimpan jenazah Mariam di hospital
** Tak tahu nak komen apa dah... teruskan berdoa agar segalanya berjalan lancar...  ;-/

09092009

Salam..Wahhh....cantik sungguh tarikh hari ni...090909...mesti ada yang mengambil kesempatan untuk berkahwin,menimang cahaya mata,bertunang dan sebagainya...ye la kan..nombor unik macam ni jarang-jarang kita dapat. Macam tahun lepas 080808....tahun depan..101010 hehehehe....apa-apa je lah..

Minggu ni masuk minggu kedua aku kembali bekerja..  So far tempat kerja aku ni ok... lebih tenang dari dulu.. lebih privacy dan yang penting BOS ok.. Alhamdulillah...rezeki bulan Ramadhan.. .dapat keje kat sini..dan yang paling best..dekat ngan umah...Syukurr...

Diam tak diam tinggal 11 hari je lagi kita berpuasa...pastu raya.... yeayyy~! persiapan aku tahun ni ala kadar je... cuma lebih bermakna kerana famili aku makin besar (plus famili mertua)..hehehe...

Hmmm....dok fikir ni.. banyaknya benda nak kena buat weekend ni....aduhnyaiii.....servis kete(konpem berjam-jam lama nih),buat biskut raya(yang ni paling aku risau sebab bahan-bahan dah lama beli cuma tak sempat nak buat...eekekek),shopping barang-barang yang nak dibawa balik kampung...makaihhh....cemana ni..sempat ke?adeh..adeh...adehhh.... kena plan ngan hubby ni.. mana-mana yang dia leh buat dulu,dia buatlah..Nasiblaa...sejak jadi wanita berkerjaya ni..asyik tak sempat je aku rasa...kuang kuang kuang.. alasan kannnn...hahahhahaa...

Oklah...aku nak  gi korek resepi ikan siakap stim yang K Ija mintak dari last week lagi...lupa la akak...nanti kita tepek kat sini kayy...

Daaaa....


Quote of the day  ~ "make moments memories for you and memorable for everyone"

Tuesday, September 08, 2009

Artis Wanita bantu bawa pulang jenazah Nenek Mariam (Korea)

KOTA TINGGI: Seorang artis wanita terkenal menyumbang RM11,000 untuk membiayai kos membawa pulang jenazah Mariam Johari, 88, bagi membolehkan wanita warga Malaysia yang terkandas di Korea Selatan sejak 64 tahun lalu itu, dikebumikan secara Islam.

Artis itu yang enggan namanya disiarkan akan menyerahkan bantuan berkenaan kepada Wisma Putra di Putrajaya, hari ini.

Seorang pegawai Bahagian Konsulat, Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah berurusan dengan artis itu dan menerima surat daripada anak lelaki Mariam, Jelani Sonni, 72, yang meminta jenazah ibunya dibawa pulang secepat mungkin sebelum dibakar mengikut adat masyarakat Korea.
"Konsulat Malaysia akan berurusan dengan kerajaan Korea bagi mendapatkan kebenaran membawa pulang jenazah Mariam kerana Allahyarham sudah menjadi warga negara itu.


"Kita juga akan meneliti kandungan wasiat yang dikatakan ditinggalkan Mariam sebelum meninggal dunia. Sejurus mendapat kelulusan, jenazah Mariam akan dibawa pulang," katanya.


Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae yang dikatakan tidak sihat sejak empat bulan lalu, meninggal dunia ketika tidur di sebuah rumah kebajikan di Seoul, kira-kira jam 12.20 malam Sabtu lalu (waktu Malaysia).

Jelani yang menerima berita kematian ibunya, pagi kelmarin, bagaimanapun terkilan kerana Mariam dikatakan meninggalkan wasiat supaya dikebumikan mengikut adat masyarakat Korea.


Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila akhbar Kumpulan The New Straits Times (NSTP) menyiarkan hasratnya untuk mencari tiga anaknya di Plentong, Johor, dua tahun lalu.


Dengan bantuan Korea Broadcasting System (KBS), Mariam yang terkandas di Korea selepas dibawa tentera Jepun ke negara itu ketika Perang Dunia Kedua, akhirnya dipertemukan dengan tiga anaknya, Ramlah, 74, Jelani dan Jamnah, 67, di Seoul pada Julai 2007.


Mariam juga dibawa ke Malaysia pada 5 September tahun sama sebelum pulang semula ke Korea Selatan, kira-kira dua minggu selepas itu.


Sementara itu, Jelani yang berniaga di Pasar Ramadan Perhentian Bas Taman Kota Jaya di sini, yakin jenazah ibunya dapat dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam di sini.


Beliau berkata, ramai ahli keluarganya dikebumikan di tanah perkuburan itu dan terletak berdekatan rumahnya serta Ramlah dan Jamnah.


"Kami memang nak dia (Mariam) dibawa balik ke sini (Kota Tinggi). Apa pun orang kata, dalam hati kami mak masih Islam. Apabila dia pulang ke sini dua tahun lalu dan mengucap, dia memang ingat agama dia.


"Bila difikir-fikir, saya sendiri belum tengok surat wasiat emak, hanya dimaklumkan mengenai wasiat itu menerusi anak saudara saya, Ahmad Onn. Sekiranya benar ada surat wasiat daripadanya, saya mahu tengok," katanya.


Penyelidik KBS, Seo Kyu Won, yang dihubungi pula berkata, rakannya, Park Keon Young sering mengunjungi Mariam termasuk ketika wanita itu dalam keadaan tenat.


"Mariam sakit sejak Mei lalu tetapi kembali sihat. Namun sejak dua bulan lalu, Mariam tenat semula dan cuba menghubungi keluarganya di Malaysia.


"Mariam mahu pulang melihat anak-anaknya... beliau asyik menyebut nama Ramlah, Jelani, dan Jamnah. Mungkin ketika itu Mariam sudah tahu dia akan pergi. Malah, Mariam pernah berkata 'Saya mahu pulang ke Malaysia kerana saya dilahirkan di negara itu, ini impian saya'," katanya.


Seo berkata, anak tiri Mariam, Ji Yong Un, 53, tidak membantah sekiranya jenazah Mariam dibawa pulang ke Malaysia.


Ketika ini, jenazah Mariam masih disimpan di rumah kebajikan Gereja Roman Katholik Beon Bong dengan namanya diletakkan sebagai 'Mariam Binti Johari' dan di bawah jagaan keluarga Ji.


Bagaimanapun, keluarga Ji perlu dimaklumkan mengenai urusan membawa balik jenazah sebelum 1 tengah hari waktu Korea (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini kerana sekiranya gagal, jenazah wanita itu akan dibakar mengikut adat masyarakat Korea.
Sumber : Berita Harian Online




* Hmmmm.....macam tahu je sapa ARTIS WANITA tu..adakah dia juga penyampai radio pujaanku??? hehehehhee....apa-apa pun...salam takziah buat famili nenek Mariam.. Sama-sama kita doakan agar jenazah nya di bawa pulang ke tanah air secepat yang mungkin...Semoga segalanya berjalan dengan lancar...kepada artis wanita berkenaan...semoga Allah memberkatimu.. ;-)

AIRMATA SYAWAL

Hmmm....lagu raya mana yang paling best?? bagi aku .. lagu raya yang paling best adalah lagu raya zaman dulu-dulu..yang evergreen..hehhehee...contoh mcm Dendang Perantau,CahayaAidilfitri ..banyak lagi lah...tak larat nak sebut satu persatu...sekarang ni aku dok layan lagu raya CT..hehehehe...especially lagu AIRMATA SYAWAL...syahdu je rasa..macam nak balik kampung hari ni gak .. hehehehe.... Lagi satu lagu yang selalu aku dengar lagu PULANGLAH nyanyian Aisyah...


Hari tu aku ada terdengar lagu raya baru dari group mana ntah... bak kata orang kelantan "tak dok raa" la lagu tu...ish..ish...macam takleh terima la lagu raya guna music rock..ekekee..sori..ini pendapat peribadi la...


OKLAH..layankan aje lagu ni...daaaaa...



SECEBIS DOA

Salam... Just wanna share doa yang aku jumpa dalam e-mail baru-baru ni...

DOA UNTUK IBU BAPA




Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.




Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah. ..

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.







Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Monday, September 07, 2009

RUMAH ZUBIR (BH) KENA SIMBAH CAT

aDUHNYAIIII...baru tonton buletin utama di tv3 tadi....terkejut juga tengok rumah zubir (wartawan Berita Harian) disimbah cat merah dan juga ditinggalkan bangkai ayam....sian zubir...menurut polis,selalunya kejadian seperti ini adalah ugutan bunuh atau pun Along...tapi zubir menafikan yang dia ada berhutang dengan Along dan berkemungkinan disebabkan gosip-gosip yang ditulisnya...Teruk juga rumah & kereta waja miliknya di kerjakan manusia yang tak berhati perut tu.. Ish..ish..ishh.... kalau ye pun sakit hati,jumpa je lah..face to face... for me...ianya MEMANG MENAKUTKAN...huhuhuh...apa-apa pun..buat zubir..bawalah bersabar..mungkin dugaan di bulan puasa.

p/s: baru je sembang pasal gosip ngan seorang blogger gosip artis semalam kat Sunway...ekekkeekke.....tp dia bukan BUDIEY k..peace no war!!!

PREVENTION IS BETTER THAN CURE

TIPS PENCEGAHAN ~ Influenza A (H1N1)


1. Kerap membasuh tangan terutama selepas berada dalam kawasan awam


2. Elakkan menggosok hidung, muka atau mulut


3. Berkumur dengan air garam yang suam (Gunakan listerine sekiranya anda tidak selesa menggunakan garam)


4. Cuci lubang hidung dengan air garam sekali sehari


5. Tingkatkan imuniti badan dengan mengambil vitamin tambahan seperti Vitamin C dalam diet seharian (ambil sayur atau buah-buahan).Kita juga boleh mengambil tablet Vitamin C sebagai ganti


6. Minum air suam sebanyak mungkin


7. Elakkan bersentuhan dengan orang yang mungkin terkena jangkitan


8. Kurangkan berada di tempat awam


9. Amalkan kehidupan yang sihat . Pastikan tidur yang cukup, makan makanan yang seimbang dan mengekalkan tahap kecergasan badan

THE BLACKBERRY CURVE 8520

XPAX INTRODUCES THE BLACKBERRY CURVE 8520:
THE ULTIMATE SMARTPHONE FOR YOUTHS







-Xpax announces pre-registration for the first BlackBerry smartphone with
an innovative touch-sensitive trackpad and dedicated media keys-


Xpax, Celcom (Malaysia) Berhad’s main prepaid brand for youths, today announced great news! With the introduction of the latest BlackBerry smartphone, the new BlackBerry® Curve™ 8520, staying in touch with friends anytime, anywhere through social networking is made so easy, and gives youths the ability to enjoy the ultimate communications experience. To be the first to grab the BlackBerry Curve 8520 smartphone, customers can now pre-register by filling out their details on http://www.xpax.com.my/ before September 25.


An acknowledgement email will be sent to customers upon completing the online pre-registration, making them the first customers notified on the availability of the BlackBerry Curve 8520 smartphone, along with pricing and packages. Early birds who pre-register and purchase their smartphone will enjoy extra savings and receive free BlackBerry accessories.




Dato’ Sri Shazalli Ramly, Chief Executive Officer of Celcom (Malaysia) Berhad said, “In the last few years Xpax has gained tremendously in the youth segment. We see this offering as strategic to win the youth market, by connecting into the social networking and instant messaging culture desired by youths today. By exercising behavioural segmentation to learn more about our customers, paired with Celcom’s reliable high-speed network, we believe that expanding the BlackBerry experience to youths will prove to be beneficial in fulfilling their desire for instant mobile connectivity.”




The features of the BlackBerry Curve 8520 smartphone will allow customers to keep everyone "in the loop" from anywhere and at anytime. With popular instant messaging applications such as Windows Live Messenger, Google Talk, Yahoo! Messenger, and ICQ readily available, customers can chat while on-the-go, helping them stay in touch for both work and play,” he added.




Celcom offers customers in Malaysia a range of BlackBerry smartphones including the BlackBerry® Curve™ 8310, BlackBerry® Curve™ 8900, BlackBerry® Bold™ and BlackBerry® Storm™, and now, the new BlackBerry Curve 8520, which are coupled with the best data network in town. Celcom is determined to bring the best BlackBerry smartphone experience to its customers.

The BlackBerry Curve 8520 smartphone includes the following features and functions:


• Full-QWERTY keyboard and touch-sensitive trackpad for reliable, responsive typing and navigation
 • 256MB Flash memory and a 512Mhz next generation processor for enhanced performance
• Premium phone features including voice activated dialing and Bluetooth (2.0) support for hands-free use with headsets, car kits, stereo headsets and other Bluetooth peripherals
• 2 MP digital camera with zoom and video recording
• Advanced media player for music, pictures and videos, with dedicated media keys and a 3.5 mm stereo headset jack, plus BlackBerry® Media Sync, which makes it easy to quickly sync music from iTunes® or Windows Media® Player with the smartphone*
• BlackBerry® Internet Service support for access to up to 10 supported email accounts, including most popular ISP email accounts such as Yahoo!®, Windows Live™ Hotmail®, AOL® and Gmail™; and BlackBerry® Enterprise Server support, which provides advanced security and IT administration features for corporate deployments
• Expandable memory via hot swappable microSD/SDHC memory card slot, supporting up to 16 GB cards today and expected to support next generation 32GB cards when available; a 2GB card is included
• Built-in Wi-Fi (802.11 b/g)
• Quad-band world phone: EGDE/GPRS/GSM (850/900/1800/1900 MHz)
• 1150 mAhr removable/ rechargeable battery


To learn more about the BlackBerry Curve 8520 smartphone, visit www.blackberry.com/curve8520


* Certain music files may not be supported, including files that contain digital rights management technologies.



p/s: teringin gak nak pakai handphone ni...hmmm..bila la ekkk..... ekekekeke....*daydreaming*   
layan kan aje... ;-)

Friday, September 04, 2009

KAD HARI RAYA ATAU E-CARD?

Salam...kembali bersua di arena blog..hahahaha....happy la hari ni sebab dah hari Jumaat...diam tak diam..dah masuk 14 hari umat Islam berpuasa...2 minggu lagi raya...semua tengah sibuk wat persiapan especially ibu bapa la.. ye lah..sapa yang paling gembira bila raya...kanak-kanak la...alaa..bukan kanak-kanak je la...orang-orang dewasa pun tumpang sekaki.hhehehee



Hujan sekarang ni kat luar ofis...teringat zaman dulu-dulu....bulan puasa mesti dapat banyak kad raya.masa tu kad elektronik ni takde lagi...pastu kad-kad digantung di pokok bunga dalam rumah atau pun gantung/tepek kat dinding.Best gila raya zaman dulu-dulu..masa aku kecik..ala alam tadika gitu..aku tinggal ngan atuk & makcik-makcik aku yang masa tu remaja/anak dara lagi... Dapat la tengok keseronokan diaorang menghias rumah & buat kuih/biskut raya... Hari Raya Pertama je dah penuh ngan teruna-teruna kampung yang datang beraya sambil mengorat makcik-makcik aku..hahahhaa.....masa tu umah atuk aku je yang ada ramai anak dara...Ohhh....kenangan... Hiba jap... Segalanya aku hargai...



Tapi...di zaman yang canggih ni..segalanya dah berubah...orang lebih suka hantar e-kad sebab mudah,cepat & free...heheheh...tak terkecuali aku la tuh...hakhakhak....Cuma untuk parent aku still hantar yang biasa..sebab derang ni lebih mementingkan 'sentimental value' tu...ye la...derang mana ada nak surfing-surfing internet ni..kasi kat anak-anak je...hehehehhee



So sapa-sapa yang nak hantar e-kad, leh la klik kat sini...aku tengok banyak type gak...aku ni pun tengah dok ngantor e-card ni kat kawan-kawan....hehehehehe...
Oklah..nak rehatkan mata jap.sejuk-sejuk ni best gak "ketiduran"..hahahhahaa.....adios..

Sumber : http://www.123greetings.com/events/hari_raya/


Thursday, September 03, 2009

BUFFET RAMADHAN 2009 (1430H)

Salammm.....hehhehehe...sekarang ni aku tengah survey2 tempat yang sediakan buffet ramadhan.Teringin gak nak gi berbuka kat luar sekali sekala..Nak ajak hubby lahhh.... hehehehe....bila lagi sementara tak sibuk ni la.. ni antara tempat yang aku rasa boleh survey...check it out..


  • Bangsar Seafood Garden Restaurant
Bangsar Baru, Kuala Lumpur
22 August 09 - 19 September 09


RM 498 - RM 898 (10 pax)

Free 1 kg of Bangsar Seafood Garden's Signature Crabs
Refresh yourselves after a long day of fasting with the menu selections that will suit your distinctive tastes and budgets:
RM 498: Appetizer, Shark's Fin Soup, Chicken with Ginger, Spicy Fried Fish, Lychee Prawns, Signature Beancurd, 'Kampung' fried rice, Custard Buns, Dessert
RM 598: Appetizer, Sharks Fin Soup, Chicken with Plum Sauce, Pomfret with Bean Sauce, Prawns with Sweet Corn Sauce, Steamed "Sang Gan", Tom Yam Noodles, Banana with "Gula Melaka", Dessert
RM 698: Appetizer, Double boiled soup, Roast chicken, Red snapper, Otak Otak Fried Prawns, Braised Sea Cucumber, Oyster Fried Rice, Chinese Pastries, Dessert
RM 898: Homemade appetizers, Sharks Fin Soup with Pumpkin, Boneless Duck, Curried Garoupa, Braised Seafood, Mango Prawns, Garlic Fried Rice, Banana & 'Gula Melaka', Dessert






  • Hotel Equatorial
Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
19 August 09 - 21 September 09



Nipah Coffee House
RM 95++ per adult, RM 48++ per child



Break fast with your family, friends and business associates with traditional Malay delicacies served throughout the month of Ramadan. Luscious dishes such as kambing panggang, gulai daging kawah, satay, otak-otak, nasi briyani gum, lemang, serunding, Malay kuih and the chocolate fountain with condiments amongst others will be available to tickle your taste buds.




  • Hotel Istana Kuala Lumpur
Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur
19 August 09 - 21 September 09



Taman Sari Restaurant
1st week: RM 90++ per adult, half price for children
2nd and 3rd week: RM 99++ per adult, half price for children
4th week: RM 90++ per adult, Half price for children






  • Cruise Tasik Putrajaya
Presint 1, Putrajaya
24 August 09 - 18 September 09
RM 65++ per adult, RM 33++ per child
10+1: 1 complimentary set per 10 pax
Advance booking promotion: RM 198 per pax for Cruise Buffet 1, RM 128 per pax for Cruise Buffet 2 (min 30 pax, 3 days advance booking)



This Ramadan, head over to Cruise Tasik Putrajaya for a colourful mix of traditional Ramadan delights with a buffet spread featuring tasty Malay favourites such as Ayam Panggang, Ketam Bercili, Sambal Jawa and Kerabu Daun Selom. Delights such as Kambing Bakar, ABC and condiments will be served fresh on the lakeside via live action stalls.


*(yang ni mcm best kannnn)(No.1 in my list..ekekeke....)





  • Boulevard Hotel
Mid Valley City, Kuala Lumpur



22 August 09 - 19 September 09

Wild Rice Restaurant

RM 75++ per adult, RM 35++ per child



Nothing brings Malaysians together better than our common love for eating, and in this fasting month, a Touch of Muhibbah will be the theme with kampung-style dishes, along with Western, Indian and Chinese cuisines. A Sahur set of Nasi Goreng Kampung, Yong Chow Fried Rice, along with soups, fresh fruits and Malay kuih is also available


*hmmm...dekat ngan umah....harga pun OK...pikir jgn x pikir...hahhahaa

  • Cititel Mid Valley
Mid Valley City, Kuala Lumpur
22 August 09 - 19 September 09
RM 65++ per adult, RM 32.50++ per child



An extravagant spread of over 60 dishes guaranteed to satisfy your hunger will be ready for you to devour. For starters there's Ulam Ulam, Kerabu Jantung Pisang and Thai favourites such as Young Papaya Salad. Local and Western soups are also featured while the main picks include Ayam Perchik Negeri Sembilan and Ketam Masak Lemak Nenas among others. There are also action stalls to complement your dinner.




*makaihhh..ayam percik Negeri Sembilan..ni yang den tak tahan niiii.....uwaaa.....nk pilih yang mana satu ni??!!!





Setakat ni yang menarik tu je lah....nanti nak fikir-fikir...pastu bagi keputusan kat hubby....apa yang PENTING... dia bayorr...hahhahaaha....... sabar je la ye ..dapat isteri macam ni...ekekeke...OK apa...bukan selaluuu....
Oklahh....Sapa-sapa yang nak survey2 gak tu...klik je la link ni.



till then..byee....





Ketika Cinta Bertasbih~

Salammm.... hari ni aku masih free lagi...next week aku akan start berlari-larian di court...dah lama aku tak letak lirik pilihan aku kat blog ni.Sekarang ni aku suka dengar lagu "Ketika Cinta Bertasbih" nyanyian Melly Goeslow ft Amee..nanti akan ada sinetron yang diadaptasikan dari novel Ketika Cinta Bertasbih yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy, yang juga penulis bagi novel Ayat-ayat Cinta. Teringin juga nak baca novel KCB ni... yang aku tahu sekarang ni dah keluar KCB II..huhuhuhu.....dah lama tak baca novel.Bila tengok ulasan buku ni kat internet,teringin nak gi  beli. So sekarang ni dalam checklist buku yang aku nak beli ada 2...Satu Novel KCB ni & Novel Atas Sejadah Cinta...penulis yang sama juga aku rasa.Puitis gila ayat-ayat dia....memang aku kagumm!!



Ketika Cinta Bertasbih





Bertuturlah cinta mengucap satu nama

Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu




Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit




Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta


Cinta…


Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih



Wednesday, September 02, 2009

DIET SEIMBANG

Salammm...hari ni hari kedua aku di ofis baru..hari ni juga aku telah diberikan tugas / portfolio yang aku kena handle.. Tapi memandangkan fail-fail belum sampai lagi di tangan...aku surf internet je lah dulu.. dok google pasal diet..huhuhuhu....sebelum kawen..memang dah "plum".. lps kawen..aku rasa macam berat badan maintain je.. agaknya bila dah lama berehat di rumah ni... baju pun makin kecik...hahhahhaha...(salahkan baju plakkk).Paling ketara bila aku pakai baju kurung ( yang suatu ketika dulu agak longgar) ke ofis hari ni..agak-agak muat je kat badan aku....BIAR BENARRRR.....Oh No...Oh My God(bak kata Mysarah si kenit tu)...huahuahuahauahua......stress jap....hahahahahahah....apa-apa pun...aku nak share gak info ni kat blog nih...saja...lepas ni..apa-apa yang aku jumpa kat internet,aku akan masukkan dalam blog nih...perghhh...semangat gaban dah aku nihh... ;-)
Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. Tubuh yang tidak menerima nutrien yang mencukupi dan seimbang akan menghadapi masalah penyakit.
Prinsip Asas Diet Seimbang
Tiada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Contohnya, beras membekalkan karbohidrat, manakala ikan kaya dengan protein.
Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang
Tabiat Makanan Yang Sihat
  • Amalkan tabiat makan sajian makanan yang seimbang, seing mempelbagai makanan yang dimakan, dan tidak memilih makan yang digemari sahaja.
  • Makan mengikut waktu bukan kerap makan atau biarkan perut terlalu kosong
  • Displin diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal
  • Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya
  • Minum air masak secukupnya kerana tiga perempat tubuh badan manusia terdiri daripada air
  • Jangan mudah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam , terlalu berlemak dan berminyak

 
So.... bulan puasa ni lah bulan yang sesuai untuk men"diet"kan diri selain beramal ibadat...sama-sama lah kita yeee....

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin