Search this blog

Wednesday, September 02, 2009

DIET SEIMBANG

Salammm...hari ni hari kedua aku di ofis baru..hari ni juga aku telah diberikan tugas / portfolio yang aku kena handle.. Tapi memandangkan fail-fail belum sampai lagi di tangan...aku surf internet je lah dulu.. dok google pasal diet..huhuhuhu....sebelum kawen..memang dah "plum".. lps kawen..aku rasa macam berat badan maintain je.. agaknya bila dah lama berehat di rumah ni... baju pun makin kecik...hahhahhaha...(salahkan baju plakkk).Paling ketara bila aku pakai baju kurung ( yang suatu ketika dulu agak longgar) ke ofis hari ni..agak-agak muat je kat badan aku....BIAR BENARRRR.....Oh No...Oh My God(bak kata Mysarah si kenit tu)...huahuahuahauahua......stress jap....hahahahahahah....apa-apa pun...aku nak share gak info ni kat blog nih...saja...lepas ni..apa-apa yang aku jumpa kat internet,aku akan masukkan dalam blog nih...perghhh...semangat gaban dah aku nihh... ;-)
Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. Tubuh yang tidak menerima nutrien yang mencukupi dan seimbang akan menghadapi masalah penyakit.
Prinsip Asas Diet Seimbang
Tiada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Contohnya, beras membekalkan karbohidrat, manakala ikan kaya dengan protein.
Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang
Tabiat Makanan Yang Sihat
  • Amalkan tabiat makan sajian makanan yang seimbang, seing mempelbagai makanan yang dimakan, dan tidak memilih makan yang digemari sahaja.
  • Makan mengikut waktu bukan kerap makan atau biarkan perut terlalu kosong
  • Displin diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal
  • Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya
  • Minum air masak secukupnya kerana tiga perempat tubuh badan manusia terdiri daripada air
  • Jangan mudah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam , terlalu berlemak dan berminyak

 
So.... bulan puasa ni lah bulan yang sesuai untuk men"diet"kan diri selain beramal ibadat...sama-sama lah kita yeee....

No comments:

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin