Search this blog

Friday, September 04, 2009

KAD HARI RAYA ATAU E-CARD?

Salam...kembali bersua di arena blog..hahahaha....happy la hari ni sebab dah hari Jumaat...diam tak diam..dah masuk 14 hari umat Islam berpuasa...2 minggu lagi raya...semua tengah sibuk wat persiapan especially ibu bapa la.. ye lah..sapa yang paling gembira bila raya...kanak-kanak la...alaa..bukan kanak-kanak je la...orang-orang dewasa pun tumpang sekaki.hhehehee



Hujan sekarang ni kat luar ofis...teringat zaman dulu-dulu....bulan puasa mesti dapat banyak kad raya.masa tu kad elektronik ni takde lagi...pastu kad-kad digantung di pokok bunga dalam rumah atau pun gantung/tepek kat dinding.Best gila raya zaman dulu-dulu..masa aku kecik..ala alam tadika gitu..aku tinggal ngan atuk & makcik-makcik aku yang masa tu remaja/anak dara lagi... Dapat la tengok keseronokan diaorang menghias rumah & buat kuih/biskut raya... Hari Raya Pertama je dah penuh ngan teruna-teruna kampung yang datang beraya sambil mengorat makcik-makcik aku..hahahhaa.....masa tu umah atuk aku je yang ada ramai anak dara...Ohhh....kenangan... Hiba jap... Segalanya aku hargai...



Tapi...di zaman yang canggih ni..segalanya dah berubah...orang lebih suka hantar e-kad sebab mudah,cepat & free...heheheh...tak terkecuali aku la tuh...hakhakhak....Cuma untuk parent aku still hantar yang biasa..sebab derang ni lebih mementingkan 'sentimental value' tu...ye la...derang mana ada nak surfing-surfing internet ni..kasi kat anak-anak je...hehehehhee



So sapa-sapa yang nak hantar e-kad, leh la klik kat sini...aku tengok banyak type gak...aku ni pun tengah dok ngantor e-card ni kat kawan-kawan....hehehehehe...
Oklah..nak rehatkan mata jap.sejuk-sejuk ni best gak "ketiduran"..hahahhahaa.....adios..

Sumber : http://www.123greetings.com/events/hari_raya/


Thursday, September 03, 2009

BUFFET RAMADHAN 2009 (1430H)

Salammm.....hehhehehe...sekarang ni aku tengah survey2 tempat yang sediakan buffet ramadhan.Teringin gak nak gi berbuka kat luar sekali sekala..Nak ajak hubby lahhh.... hehehehe....bila lagi sementara tak sibuk ni la.. ni antara tempat yang aku rasa boleh survey...check it out..


  • Bangsar Seafood Garden Restaurant
Bangsar Baru, Kuala Lumpur
22 August 09 - 19 September 09


RM 498 - RM 898 (10 pax)

Free 1 kg of Bangsar Seafood Garden's Signature Crabs
Refresh yourselves after a long day of fasting with the menu selections that will suit your distinctive tastes and budgets:
RM 498: Appetizer, Shark's Fin Soup, Chicken with Ginger, Spicy Fried Fish, Lychee Prawns, Signature Beancurd, 'Kampung' fried rice, Custard Buns, Dessert
RM 598: Appetizer, Sharks Fin Soup, Chicken with Plum Sauce, Pomfret with Bean Sauce, Prawns with Sweet Corn Sauce, Steamed "Sang Gan", Tom Yam Noodles, Banana with "Gula Melaka", Dessert
RM 698: Appetizer, Double boiled soup, Roast chicken, Red snapper, Otak Otak Fried Prawns, Braised Sea Cucumber, Oyster Fried Rice, Chinese Pastries, Dessert
RM 898: Homemade appetizers, Sharks Fin Soup with Pumpkin, Boneless Duck, Curried Garoupa, Braised Seafood, Mango Prawns, Garlic Fried Rice, Banana & 'Gula Melaka', Dessert






  • Hotel Equatorial
Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
19 August 09 - 21 September 09



Nipah Coffee House
RM 95++ per adult, RM 48++ per child



Break fast with your family, friends and business associates with traditional Malay delicacies served throughout the month of Ramadan. Luscious dishes such as kambing panggang, gulai daging kawah, satay, otak-otak, nasi briyani gum, lemang, serunding, Malay kuih and the chocolate fountain with condiments amongst others will be available to tickle your taste buds.




  • Hotel Istana Kuala Lumpur
Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur
19 August 09 - 21 September 09



Taman Sari Restaurant
1st week: RM 90++ per adult, half price for children
2nd and 3rd week: RM 99++ per adult, half price for children
4th week: RM 90++ per adult, Half price for children






  • Cruise Tasik Putrajaya
Presint 1, Putrajaya
24 August 09 - 18 September 09
RM 65++ per adult, RM 33++ per child
10+1: 1 complimentary set per 10 pax
Advance booking promotion: RM 198 per pax for Cruise Buffet 1, RM 128 per pax for Cruise Buffet 2 (min 30 pax, 3 days advance booking)



This Ramadan, head over to Cruise Tasik Putrajaya for a colourful mix of traditional Ramadan delights with a buffet spread featuring tasty Malay favourites such as Ayam Panggang, Ketam Bercili, Sambal Jawa and Kerabu Daun Selom. Delights such as Kambing Bakar, ABC and condiments will be served fresh on the lakeside via live action stalls.


*(yang ni mcm best kannnn)(No.1 in my list..ekekeke....)





  • Boulevard Hotel
Mid Valley City, Kuala Lumpur



22 August 09 - 19 September 09

Wild Rice Restaurant

RM 75++ per adult, RM 35++ per child



Nothing brings Malaysians together better than our common love for eating, and in this fasting month, a Touch of Muhibbah will be the theme with kampung-style dishes, along with Western, Indian and Chinese cuisines. A Sahur set of Nasi Goreng Kampung, Yong Chow Fried Rice, along with soups, fresh fruits and Malay kuih is also available


*hmmm...dekat ngan umah....harga pun OK...pikir jgn x pikir...hahhahaa

  • Cititel Mid Valley
Mid Valley City, Kuala Lumpur
22 August 09 - 19 September 09
RM 65++ per adult, RM 32.50++ per child



An extravagant spread of over 60 dishes guaranteed to satisfy your hunger will be ready for you to devour. For starters there's Ulam Ulam, Kerabu Jantung Pisang and Thai favourites such as Young Papaya Salad. Local and Western soups are also featured while the main picks include Ayam Perchik Negeri Sembilan and Ketam Masak Lemak Nenas among others. There are also action stalls to complement your dinner.




*makaihhh..ayam percik Negeri Sembilan..ni yang den tak tahan niiii.....uwaaa.....nk pilih yang mana satu ni??!!!





Setakat ni yang menarik tu je lah....nanti nak fikir-fikir...pastu bagi keputusan kat hubby....apa yang PENTING... dia bayorr...hahhahaaha....... sabar je la ye ..dapat isteri macam ni...ekekeke...OK apa...bukan selaluuu....
Oklahh....Sapa-sapa yang nak survey2 gak tu...klik je la link ni.



till then..byee....





Ketika Cinta Bertasbih~

Salammm.... hari ni aku masih free lagi...next week aku akan start berlari-larian di court...dah lama aku tak letak lirik pilihan aku kat blog ni.Sekarang ni aku suka dengar lagu "Ketika Cinta Bertasbih" nyanyian Melly Goeslow ft Amee..nanti akan ada sinetron yang diadaptasikan dari novel Ketika Cinta Bertasbih yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy, yang juga penulis bagi novel Ayat-ayat Cinta. Teringin juga nak baca novel KCB ni... yang aku tahu sekarang ni dah keluar KCB II..huhuhuhu.....dah lama tak baca novel.Bila tengok ulasan buku ni kat internet,teringin nak gi  beli. So sekarang ni dalam checklist buku yang aku nak beli ada 2...Satu Novel KCB ni & Novel Atas Sejadah Cinta...penulis yang sama juga aku rasa.Puitis gila ayat-ayat dia....memang aku kagumm!!



Ketika Cinta Bertasbih





Bertuturlah cinta mengucap satu nama

Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu




Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit




Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta


Cinta…


Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih



Wednesday, September 02, 2009

DIET SEIMBANG

Salammm...hari ni hari kedua aku di ofis baru..hari ni juga aku telah diberikan tugas / portfolio yang aku kena handle.. Tapi memandangkan fail-fail belum sampai lagi di tangan...aku surf internet je lah dulu.. dok google pasal diet..huhuhuhu....sebelum kawen..memang dah "plum".. lps kawen..aku rasa macam berat badan maintain je.. agaknya bila dah lama berehat di rumah ni... baju pun makin kecik...hahhahhaha...(salahkan baju plakkk).Paling ketara bila aku pakai baju kurung ( yang suatu ketika dulu agak longgar) ke ofis hari ni..agak-agak muat je kat badan aku....BIAR BENARRRR.....Oh No...Oh My God(bak kata Mysarah si kenit tu)...huahuahuahauahua......stress jap....hahahahahahah....apa-apa pun...aku nak share gak info ni kat blog nih...saja...lepas ni..apa-apa yang aku jumpa kat internet,aku akan masukkan dalam blog nih...perghhh...semangat gaban dah aku nihh... ;-)
Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. Tubuh yang tidak menerima nutrien yang mencukupi dan seimbang akan menghadapi masalah penyakit.
Prinsip Asas Diet Seimbang
Tiada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Contohnya, beras membekalkan karbohidrat, manakala ikan kaya dengan protein.
Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang
Tabiat Makanan Yang Sihat
  • Amalkan tabiat makan sajian makanan yang seimbang, seing mempelbagai makanan yang dimakan, dan tidak memilih makan yang digemari sahaja.
  • Makan mengikut waktu bukan kerap makan atau biarkan perut terlalu kosong
  • Displin diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal
  • Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya
  • Minum air masak secukupnya kerana tiga perempat tubuh badan manusia terdiri daripada air
  • Jangan mudah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam , terlalu berlemak dan berminyak

 
So.... bulan puasa ni lah bulan yang sesuai untuk men"diet"kan diri selain beramal ibadat...sama-sama lah kita yeee....

GULAI KAWAH

Salam....apa nk cite ekk..hmmm...semalam tetiba je aku teringin nkak makan gulai kawah.aku tak pernah buat lagi..tapi macam nak try buat...ekekeke....asyik beli je...mana lah tahu kalau kita buat lagi sedap,ye dak?hehehhehe. Kat kelantan memang sedap gulai kawah nya...yummyyy..adehh...bila dok teringat bab2 makan ni..mula la dok rasa nak balik kampung je..kalau lah kelantan tu dalam area selangor, tiap-tiap minggu aku konpem balikkkk...hahahahhaaa...Dulu aku ada godek-godek internet cari resepi nia..dlm mesra.net kalau x silap...dah lama salin tp buat nya idokkk...huhuhuhuhu....ingat weekend ni nak buat lah...so sapa-sapa yang try buat gak,jom try resepi nih... Resepi dari kak Hanieliza.

DAGING GULAI KAWAH

Bahan
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam



Bahan Mesin

20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas


Bahan tumis

2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga



Cara.

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.




Selamat Mencuba~ ;-)
 
 
 
 
 
 

Tuesday, September 01, 2009

BISKUT RAYA

Salamm....hehehehe....hari ni 1/9/09, aku start keje kat tempat baru.Dekat je ngan umah...drive 5 minit je....Alhamdulillah..rezeki aku di bulan Ramadhan...setelah 2-3 tempat juga aku gi interview. Sebenarnya aku kebosanan sikit..maklumla 1st day kan...xde keje lagi...lps ni ...masa yg akan cemburu kat aku..hakhakhak...pastinya rutin harian aku yg lama dulu akan bermula...berlari-larian kat Court...ekekekekke...


Sementara belum diberikan kerja ni..baik aku update blog.. sambil sambil dok pikir biskut raya apa yang aku nak buat weekend nanti..(semangat nih)....hmmm....chocolate chips pun best gak...yg ada nestum pun best gak...tp aku taknak wat banyak la...cukup-cukup makan di umah & wat raya kat kampung nanti..hehehehe....tgh mencari resepi yang senang nih...bila dah buat nanti aku upload kat sini....kalau menjadi..hahahahahaah..

Oklah...time to go home.... tak sabar nih... dah kul 4.15..15 minit lagi aku chowwww....malas lagi nak fikir tentang esok...apa yang penting aku rasa aku dah mula sukakan tempat kerja baru ni...Insya Allah...biar lah lama sikit bertahan... hehehehe...

C.U.WHEN I C U....EKEKEKEKEKE....

Saturday, August 29, 2009

Petua Kulit Lembut & Licin

Sekadar berkongsi Petua atau Perghhhtua bak kata ABBY dlm sembang sinar (SinarFM) yang aku dapat dlm email..ekekekkee...Apa yg penting..LAYANNNNN...

Jom Try...

 
Ambil sedikit susu tepung bayi. Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat. Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkan selama 5-10 minit. Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas Nabi 3 kali. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.


Selamat mencuba buat diriku...hehehhee

PUDING ROTI & ABC

Puasa hari ke-7


Salam... hari ni aku x masak.. xempat gi pasar...bgn2 je dah lewat...huhuhu....spt biasa..lps hemah diri,aku on notebook & ber "FB"... Hubby?biasa la dia..rutin harian dgn blog nya..ekekekeke....

Hari ni tetiba je aku teringin nk mkn puding roti.hubby pun dah lama dok mintak aku buat..lg pun bahan nnya ringkas je..semuanya dah ada tinggal nk campak2 je ...ekekkeke...

Asalnya plan nk gi sunway sbb ada rakaman melodi raya.. biasalah aku....menemani hubby spjg masa.. sementara aku tak kerja ni...disbb kan kami dah lambat..takut jam satu hal plak..kami tukar plan...berbuka mkn kuih je.lps solat Maghrib gi mkn kat Nailis Sentul.

Ni dia puding roti yg aku buat . seb bek menjadi...resepinya ada sekali aku sertakan...ni pun dah di "modified" oleh aku yg selalu was-was nih...hahahaha....

ok la kan...hehehehehe
setelah dipotong

RESEPI PUDING ROTI FB

Bahan-bahan:-

  • 4-5 Keping roti Gardenia, di sapu planta (both side)~sikit je

  • 450 ml susu segar

  • 3 biji telur

  • 3-4 sudu besar gula halus (kalau nk manis lebihkan sukatan)

  • 2 sudu besar tepung kastard

  • 1-2 titik esen vanilla
Cara-caranya:-

  1. Potong roti (ikut suka) dan susun dlm loyang

  2. Panaskan susu,jgn sampai mendidih.

  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu panas yang telah dipanaskan td perlahan-lahan.

  4. Kemudian masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati

  5. Tuang campuran ke dalam loyang yg berisi susunan roti td perlahan-lahan.Biarkan selama 10 minit supaya roti kembang.

  6. Kemudian bakar pada suhu 180'c selama 30 minit.Setelah masak,sejukkan.
*kalau suka kismis,leh letak kismis dlm adunan td.no hal nyaaa...hehehehe

Kat Nailis,aku mkn Chicken Chop & ABC..yummyyy....lama betul x gi nailis ni...sblm kawen hr tu..byk kali gak ke sana.hehehhe...derang ada wat buffet Ramadhan gak...rasanya dlm RM30 lebih,aku x ingat..tp lbh kurang tu la...

sorang satu ;-)
ana yg puuunyyaaaaa


Choww....wassalammmm.... :-)


@@@

Friday, August 28, 2009

Adidas Action 3 Roadshow Mid Valley

Adidas is going to launch their new deodorant called Action 3 and will be kicking it off with a massive roadshow at Mid Valley Megamall from Sept 2 till Sept 6. It would be a roadshow like no other where they’re giving out lots of prizes to participants in their games. There’s no doubt that fun is aplenty to go around on that day.

But the excitement doesn’t stop there as the bloggers from Project Alpha is going to be at the roadshow!



pic.jpg

Project Alpha is the first Online TV Show unveiling the real faces behind Malaysia’s Top Bloggers. The show will take audience into various sneak peeks of bloggers’ lives, who they are, how they live, what makes them tick and where they derive their inspiration to capture the attention and interests of millions of online readers on a daily basis. The show will also try to uncover their darkest secrets which they keep hidden from their readers.

The first season of Project Alpha will feature Sixthseal, Redmummy, Beautiful Nara, Fourfeetnine, Kennysia, Nicolekiss and Budiey. Set to go live on Nuffnang.com.my and hitz.fm radio station website (www.hitz.fm) daily for 7 weeks, from September 18th, 2009 onwards, it will cover the lives of these top bloggers in depth.

So be sure to catch the Adidas Action 3 Roadshow at Midvalley to catch your Project Alpha Season 1 Bloggers and the games and excitement from Adidas Action 3. Who knows? You might be filmed into an episode of Project Alpha?

Thursday, August 27, 2009

PUDING CARAMEL PIPICOMEL

Salam..hari ni hari ke-6 kita puasa..setiap kali puasa,aku mesti buat puding caramel ni..ala...kdg2..bila terigin nk mkn tu aku wat gak la...xsemestinya time puasa je.Mana aku dpt resepi ni...hmm..dah lama dah..rasanya 2 thn sudah kot...aku tgk kat internet..mula2 x menjadi..semacam je aku tgk kat puding tu..tp rasa dia dah ok..bila byk2 kali buat & adjust situ sini .. alhamdulillahh...menjadi gakk...ekekekke...


So ini dia resepinya..YUMMYYYY...

PUDING CARAMEL

Untuk Caramel

BAHAN:-
  • ~ 5-6 sudu besar gula
  • ~ 2 sudu besar air

> Masukkan gula & air dalam periuk/kuali. Masak dgn api sederhana. Kacau sampai gula tu cair & warna keperangan.Jangan sampai hangus plak...ekekekek..pastu angkat & tuang dlm loyang (bersaiz kecil). Ketepikan.

Utk Puding

BAHAN:-

  • 500ml susu segar @ susu cair (lebih suka guna susu segar sbb susu cair cepat muak)
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur
  • 3 biji telur kuning (amik yg kuning shj)
  • 2-3 titik esen vanilla
  1. Masukkan telur+telur kuning dlm mangkuk,sambil dikacau perlahan-lahan,masukkan gula halus sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sehingga sebati. Note : Jgn sampai berbuih.Ketepikan.
  2. Dalam periuk lain, masukkan susu dan esen vanilla.Panaskan setakat suam2 kuku.jgn terlalu panas atau mendidih.
  3. Dengan susu yg masih panas td, masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan telur tadi.Kacau perlahan hingga sebati. Kemudian tuangkan ke dlm loyang yg berisi caramel tadi.
  4. Tutup Loyang dengan aluminium foil. Kemudian kukus selama 30 minit.
  5. Bila dah masak,keluarkan dr steamer dan jgn buka aluminium foil.Biarkan selama 5-10 minit.Kemudian baru buka lapisan aluminium.
  6. Bila sejuk,terlangkupkan atas pinggan hidangan.Perlahan-lahan. Kemudian simpan dalam peti ais.

Senang je Puding Caramel ni...setakat ni orang kata sedap laaa...hahahaha....puji diri sendiri...yg penting...PRACTISE MAKE PERFECT... ;-) Pic nnt aku upload lupa lak nk snap td...huhuhuhu..

Sejak jadi housewife ni byk resepi yg aku try...termasuk la resepi2 my mum & mak mertua...ekekeke...siap ada buku utk salin resepi.leh wat koleksi...senanggg....utk rujukan di masa hadapan..

Oklah...nnt aku upload lagi resepi2 yg dah aku try.hehehhee...semangat ni...harap2 bkn hangat2 tahi ayam laaa...

Chowwww...







Tuesday, August 25, 2009

PROJECT ALPHA~UNCOVERING MALAYSIA'S TOP BLOGGERS

Salam....hr ni seharian menemani hubby .. dr preview citer "MURDERER"~kantonis~ hinggalah press conference utk Project Alpha yg melibatkan dia sbg salah seorang dr Malaysia's 7 top bloggers (season 1).


Masa mula2 aky dgr ttg project ni aku blurr jap...malas nk tanya hubby pasal apa..yg aku tahu dia kerap gak la gi meeting ngan org2 kuat dlm project nih.. Aku mula amik tahu bila hubby tunjuk kat aku agreement yg dia signed..pastu ikut dia gi Sunway Lagoon (penaja lokasi).. utk shooting...mmg menarik!


Meh nak citer sikit pasal Project Alpha(PA) nih...yg aku tahu sikit2 la..hehehehe....PA ni sbnrnya adalah 1st online tv show yg mendedahkan lifestyle & influence of Bloggers terhadap masyarakat sekeliling di zaman serba canggih nih...Project ini dilancarkan Jojo Struys(founder of Kyanite Sdn Bhd & Timothy tiah(co Founder of Nuffnang) dan mendapat tajaan dr Adidas selaku penaja Utama,Sunway Resort & Spa, Sunway Pyramid & Sunway Lagoon& Hitz.fm.


Project Alpha yg mengambil masa hanya 3 minit ni akan disiarkan di hitz.fm radio station website (
http://www.hitz.fm/), Youtube.com & Nuffnang.com.my setiap hari selama 7 minggu bermula 18 September 2009. Check it outt...hehehehhe....


Hbs je PC..kitaorg bergegas balik nk berbuka puasa kat umah...xde mood lg nk berbuka puasa kat luar..maybe esok kott...ekekekkeke....menu hari ni..nasi kukus ayam dara goreng berempah..x sempat masak...beli jelah...sekali sekala xpe arrr....




oklah...pic ada tp x larat plak nk letak kat sini lagi...tgklah esok lusa ke...ekekekke.....ni la org kata berblog ikut mood...hahahhahaha....bye then...c ya..





@@@@@@

Monday, August 24, 2009

RAMADHAN TIBA LAGI...

Salamm...lama x jenguk blog ku ini...Buat kwn2...selamat berpuasa...semoga puasa kita tahun ni penuh keberkatan dari tahun2 yg sebelumnya...Buat aku plak...thn ni tahun pertama berpuasa sbg isteri org.. so kehidupan mmg jauh berbeza...org kelate kata "JAUH BEZOOO"... hikhikhik..So far so good.. hehehhehe...


HAri ni masuk hari ke-3 puasa..teringin nk gi berbuka puasa kat masjid Wilayah ( Jalan Duta),seperti thn2 yg lps... almaklumlah...opis dekat ngan ngan masjid..so balik kerja terus singgah..berbuka & berterawikh...Seronok~!!! Tapi tahun ni... aku masih belum sempat menjejakkan kaki ke sana... Insya Allah... sampai lah tu nnt...


SAbtu lps (1st Day puasa),aku jemput Ayah G,Cik Da,Maisarah,abe Idi Sekeluarga, abe Izi & K ija dtg umah berbuka.. Seronok bila berbuka puasa ramai2...Menu hari tu Ikan Siakap Stim PipiComel,Kailan Ikan Masin Arinza,Ayam Goreng Berempah Sensasi Selebriti & telur Dadar SweetJaan..Dessert ~ Puding Karamel Budiey...Sori...pic x sempat snap ..eekekkkeke...Nasib baik ada Ira,adik debabku.. dtg menolong..aku import dr umah Cikda...Maisarah si kenit tu pun dtg awal.... ngekor ira... hihihihihi...dah alang2 dtg menolong tu..aku suruh dia wat kailan ikan masin...hahahhhaaha... org bendera jepun xpe arrr... ;-) Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar...Semua kekenyangan mcm anaconda...hihihihi...
^
Smlm (Ahad), aku masak nasi je.. lauk pauk beli kat bazar Ramadhan...yg plg BEST..AiR TEBU arr...lama x minum....asal bulan puasa je mesti teringin nk minum air tebu....PURE...best..best..best...hehehehehe...
^
Hari ni...aku masak..ekekekke...biasalah...seminggu x keje ni...begitu la rutin hidup aku sejak bergelar isteri...seb bek la Hubby x cerewet...mkn je apa yg aku masak...hehehehe...menu hari ni..Ikan Sweet Sour & Masak Lemak Cili Api...cukup lah tu tuk kitaorg berdua ni...xleh byk2...nnt jadi anaconda..susah nk bergerak..hahahahhaa....
Oklah..dah sampai waktu nk siap2 utk berbuka..chow dulu..nnt aku ber'blog' lagi..
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
^
** TIPS bULAN rAMADHAN
Avoid :-
~Fried and fatty foods.
~Foods containing too much sugar.
~Over-eating especially masa sahur.
~Too much tea masa bersahur : Tea makes you pass more urine taking with itvaluable mineral salts that your body would need during the day.
~Smoking cigarettes: If you cannot give up smoking, cut down gradually starting a few weeks
before Ramadhan. Smoking is unhealthy and one should stop completely.
Eat: Complex carbohydrates (Sahur) so that the food lasts longer making you less hungry. i.e Dates,Almonds & Banana.
Drink: As much water or fruit juices as possible between iftar and bedtime so that your body may adjust fluid levels in time.

Thursday, August 06, 2009

G.I. JOE....

Salam....saja je nk update blog..lama x update.huhuhu....selasa lps aku ikut hubby gi tgk preview citer G.I. Joe...mula2 dgr tajuk filem..aku dah mula rasa mesti bosan citer ni...hahahaha....tp betul la kata pepatah..Don't judge a book by its cover...dr awal citer sampai hbs aku dok concentrate citer tu...best gilesss....byk aksi...hehehehe....x silap citer ni release 7 Ogos ni....check it out...

Synopsis:
Paramount Pictures and Hasbro, whose previous collaboration was the worldwide blockbuster “TRANSFORMERS,” join forces with Spyglass Entertainment for another extraordinary action-adventure, “G.I. Joe: The Rise of Cobra.” From the Egyptian desert to deep below the polar ice caps, the elite G.I. JOE team uses the latest in next-generation spy and military equipment to fight the corrupt arms dealer Destro and the growing threat of the mysterious Cobra organization to prevent them from plunging the world into chaos. “G.I. Joe: The Rise of Cobra” is directed by Stephen Sommers (“The Mummy,” “The Mummy Returns”).

Wednesday, July 15, 2009

KEMBALI BERBLOG...

Salam...dah lama rasanya x update blog.. sblm kawen..bz ngan persiapan lak....lps kawen...bz ngan "hubby" lak...ekekekeke.....skrg ni aku jadi full time housewife...maybe nxt month keje balik... hehehe....byk benda yg nk update kat blog ni...pasal kawen,honeymoon..& mcm2 la...tp mood nk ber bblog still x mai...huhuhuhu....nnt la... 1 by 1... hehehehe...

Saturday, May 16, 2009

MENGHITUNG HARI....

MENGHITUNG HARI..DETIK DEMI DETIK.....hehehehhe...nyanyi la plak....pejam clik pejam celik...2 minggu je lagi hari bersejarah aku...kuang3x....takut?risau?huhuhuhu...mcm2 ada dlm kepala ni..... bukan apa...ni kan 1st wedding dlm famili aku....anak sulung la katakan...so rasa tu lain mcm sikitla....takut byk yg x sempurna....apa2 pun aku hanya mampu berdoa semoga segalanya berjalan dgn lancar....
Agaknya tanpa sedar aku tertekan....stress....huhuhuhuhu....sampai demam & selsema...bila pikir2 balik...better demam skrg dr dmm masa majlis tu nnt...mau pengsan jadinya...huhuauahauhauhau....
PERSIAPAN dah 90% siap....cuma gubahan hantaran lom buat lagi...hahahhaha....sempat2...aku balik kg 30.5.09.... pulun la lps tu...alaaa......wat simple je....x bermewah2 pun.....cukup lah semampunya aku...ekekekeke....
Ikutkan hati...skrg gak aku nk balik kg... setelkan mana2 yg patut.....tp nk wat cemana....kerja....huhuhuhu....bila tgk checklist..aku rasa mcm dah xde yg perlu aku buat dah...hmmmm.....apa lagi ekk.....fitting baju balik nnt...borang ... dah setel...kad dah htr n pass kt kwn2....mana yg x sempat,aku invite je thru email & facebook...hehehehe....dunia semakin canggh la katakan....
saja nk share ngan sapa2 yg bakal berumahtangga....hehehehe...x ingat dah jumpa kat web mana...ni masa aku dok gila surfing pasal perkahwinan lps bertunang dulu....SHARING IS CARING......;-)
Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu

Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.
MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
•Cincin belah rotan. (cincin tanda)
•Wang tanda (hantaran)
•Baju sepasang atau kain
•Buah-buahan
•Kuih-muih
•Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
•Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
•Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
•Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
•Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
•Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
•Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:
•Cincin berlian
•Sirih junjung
•Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
•Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
•Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
•Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
•Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
•Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
•Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
•Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
•Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
•Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
•Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
Bagi pengantin lelaki:
•Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. •Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
•Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
•Membeli cincin kahwin.
•Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
•Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
•Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
•Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
•Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
•Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
•Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
•Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
•Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
•Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Membeli barang kemas
•Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
•Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
•Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
•Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
•Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:
•Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:
•Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki
•Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•Cincin / gelang tangan / rantai.
•Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
•Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:
•Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:
•Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
•Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

Tuesday, April 28, 2009

PERSIAPAN...

Lama betul x update blog..huhuhu...tetiba mlm ni aku rasa nk tukar layout blog nih...tp jenuh la nk letak balik widget2 yg telah hilang..huhuhuhu....takpe2..slow & steady..ekekeke....
PERSIAPAN?hmmm....so far 80% dah siap....risau juga..kang ada yg tertinggal...buat masa skrg ni yg PENTING .. kena setelkan permohonan kawen dulu...isi borang siap2....serah kat Tok Imam ..hehehe... Weekend ni aku balik kg...nk setelkan mana2 yg patut.....
Buat SAHABAT2....doakan segalanya berjalan lancar ekkk....hehehe....KAd Jemputan dah "on Da Wayyyy...." kalau leh dtg,dtg la yeaa(dgn nada mengharap ;-) ) esp dak2 FC & MU..hehehe....
ketemu lagi di lain waktu...ekekeke

Tuesday, April 07, 2009

CINTA INI (LANTERA TIMUR)

BETAPA ENGKAU MENYINTAI
AGUNGKAN AKU BAGAI SEORANG PUTERI
SELALU KAU PUJA DIRIKU INI
MELAYANG AKU TAK MEMIJAK BUMI
NAMUN TERKADANG KU RASAKAN
APAKAH SIKAPMU TAK BERLEBIHAN
AKU WANITA TAK SEMPURNA
BUKAN SEKILAUNYA BATU PERMATA
MARILAH BERSAMA JALANI CINTA KITA APA ADANYA
SALING MENGERTI DAN SUDI MENERIMA
KITA MANUSIA BIASA
MARILAH MENJAGA KESUCIAN CINTA RAHMAT YANG KUASA
SALING BERPADU HATI UNTUK BERDUA
DALAM DAKAPAN MESRA
NIKMATI SUKA BERBAGI DUKA
SEIRING DENGANMU AKU BAHAGIA
GENGGAM JEMARI DAN BERJANJI
SETIA SELAMANYA SAMPAI AKHIR NANTI

Wednesday, January 14, 2009

BLOG BERSAWANG!!!

SALAM....adoiii...lamanya tak update blog..rindu gila..hehehehe....sian gak kat blog ni....utk tahun 2009 takde entry lagi...huhuhuhuhu....xpe...pasni ada masa aku akan update...yg buat aku teruja nk update blog ni bila tgk preview movie "GENG~PENGEMBARAAN BERMULA" penampilan istimewa UPIN & IPIN...Special thanks to BUDIEY...hehehehe....1st time join tgk preview movie..tu pun sbb UPIN & IPIN...minat gila ni kat twin ni...termasuk si kenit Sarah tuh....hehehhe....


"GENG : PENGEMBARAAN BERMULA in cinemas starting 12/2/2009"


MALAYSIA'S FIRST 3D ANIMATED FEATURE FILM....






LAYANNN.....;-)

Wednesday, November 12, 2008

CINTA RAHSIA

Salamm....lamanya tak update blog....bz lah....bz ngan mcm2..hehehehe....pastu tunggu abg "mood" dtg....hahahaha....perasaan aku skrg ni bercampur baur....gembira sbb tak lama lagi aku akan di"ikat"..hehehehe....sebelah kaki je tau...sebelah lagi leh jalannn....(gewe ku...jgn marah ekk....no..no..no....)...sedih sbb sejak pindah opis baru..aku dah takleh nk online spt biasa....rindu nk sembang ngan adik2 FC .. biasa siang je la leh sembang sbb siang kan waktu keje...derang online...huhuhuhuhu....Forum pun dah lama tak masuk....ampun k zai....hehehehhehe......akak paham kan....haahahhahahaha.....BIARLAH RAHSIA....
Aku ingat nk update cite pasal BERCUTI DI LANGKAWI....tp malas la plak...yang penting ... kitaorg mmg SERONOKKKK sgt2....wpun percutian ini menimbulkan byk spekulasi... hmmm....ntah lah... yg berlalu biarkan berlalu.... sayangilah "persahabatan" yg dah ada ni... lg pun benda2 mcm ni terlalu remeh dan tak perlu dijadikan ISU..... PEACE!!
Tentang diri aku skrg ni....esp bab percintaan..ewahhh.....biarlah menjadi RAHSIA dulu....bila tiba saatnya aku akan bongkarkan satu persatu....yg aku harapkan..semoga segalanya berjalan dgn lancar... Insya Allah.... hehehehehhe....
Buat my GEWE... mintak maaf la sbb diri ini tak pandai nk berpuisi....tetapi walau apa pun perbuatan & kata2........syg nk ucapkan TERIMA KASIH KRN SUDI MENYAYANGI & MENYINTAI DIRI INI....SEMOGA KITA TABAH MEGHARUNGI SEGALA ONAK & DUGAAN YANG MENDATANG...."MAN JADDA WAJADA"...heehehehehehehehe....LOVE U!
To my sis..Ira...timo kasih lah tuju lagu FAUZIAH LATIF ni.... and thanks a lot krn memahami perubahan situasi yg terjadi ke atas kakakmu ini....hahahahhaaha.....(ucapan ikhlas nih)..
Oklah....time to sleep....heheehehhe...cau cin cauuuuuuuuuuuuuuu.......
Indahnya mimpi semalam
Penuh dengan keindahan
Cinta yang tak pernah diundang
Jatuh ke pangkuanku
Telah lama kau ku tatapi
Telah lama ku dekati
Tiada apa yang ku rasai
Walau untuk kilas hati
Namun tiada ku duga
Cinta datang dalam rahsia
Membalut hatiku yang terluka
Tanpa mengira siapa
Biarkan cinta kita... menjadi rahsia
Sehingga... tiba saatnya sayang
Cinta tiada lagi... rahsia...
Genggamlah kasih tangan ini
Ku bawa dikau ke sana
Ke alam yang dipenuhi cinta
Walau untuk kilas hati
Namun tiada ku duga
Cinta datang dalam rahsia
Membalut hatiku yang terluka
Tanpa mengira siapa
Biarkan cinta kita... menjadi rahsia
Sehingga... tiba saatnya sayang
Cinta tiada lagi... rahsia...
Telah lama kau ku tatapi
Telah lama kau ku dekati
Namun tiada ku duga
Cintaku datang dalam rahsia
Biarkan cinta kita... menjadi rahsia
Sehingga... tiba saatnya sayang
Cinta tiada lagi... Rahsia...
Biarkan cinta kita... menjadi rahsia
Sehingga... tiba saatnya sayang
Cinta tiada lagi... Rahsia...
********

linkwithin

Blog Widget by LinkWithin