Search this blog

Wednesday, September 30, 2009

ANGKARA SOTONG KERING





Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat


GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.


Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.


SUMBER : Kosmo Online

SUASANA HARI RAYA ~ 2009

Salam Aidilfitri ... still mood raya lagi...raya kan sebulann....hehhehe... taknak cite panjang-panjang pasal raya aku hari tu... memang best sebab dapat beraya bersama TERSAYANG tahun ni...memang tak sangka... tahun lepas sorang tahun ni berdua...cepat sungguh masa berlalu... walaupun perkenalan kami amat singkat tapi aku yakin dengan ketentuan yang Maha Esa tentang jodoh hamba-hambanya...hehehehe....mcm bersyair berpantun la plak ekk... Syukur sangat-sangat...Alhamdulillahhh....

Yang sedihnya Aidilfitri kali ni..pakcik aku (abang sulung ayah) meninggal sehari sebelum raya...akibat bengkak hati (kanser). Pemergian yang agak mengejutkan juga sebab sebelum ni arwah memang tak pernah megidap sakit apa-apa pun. nak buat macam mana...jodoh ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Kita hanya mampu berserah & pasrah... Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah pakcik ku...semoga rohnya ditempatkan dikalangan oranng-orang yang beriman..Insya Allah...


Oklahh...Layan je pic-pic kat bawah ni....kat Facebook pun dah letak.... hehehehe....
















Daaaa...

HARI YANG INDAH


Salammm...excited lagi nihhh...x tahu la kenapa....tapi hari ni memang aku happy sebab akhirnya dapat bertemu mata ngan Tuan Puteri kesayangan rakyat Kelate kito..sapo lagi kalau tak Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'-ishah Putri...


Sebenarnya, baru 2 hari lepas aku dok surfing forum CARI... thread Gosip orang-orang kenamaan...Aku masuk thread Tengku Amalin ni..saja je la nak tahu apa yang derang dok gosip-gosipkan... malam tu memang masa aku banyak dihabiskan dengan dok klik pages kat thread tu satu persatu...Yang paling tak di sangka..esoknya aku di "assigned" gi KL High Court pada 30hb... belek belek cause papers tengok-tengok ada signature TA...Rupanya dia dah pindah Court KL...tu yang jadi tak sabar nak jumpa dia tu....hehehehe....excited nye pasal.....


Aku selalu gak dok dengar cerita dari junior Sekolah Naim Lilbanat & UIA pasal TA (aku kan ex naimian & UIA-an gak)...Semuanya baik-baik belaka...tu yang aku teringin gak la nak face to face ngan TA...memang tak boleh dinafikan she's a nice & sweet person.. comel.. bila tengok dia aku rasa macam aku tengok baby lak...hehehehehe.....



Sori lah sebab tak dapat letak pic...lagipun kena ikut protokol la bila di Mahkamah...lagipun segan lorr nak bergambar ngan TA...time-time keje macam tu... nantilah...ada masa nanti aku akan bergambar ngan dia..hehehehe....


note : nanti aku tepek kat sini "BUKTI" nya...hehehehe




LAYANNNNN....







Monday, September 28, 2009

ANAK NORLIA GHANI MAUT JATUH BANGUNAN


KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Tindakan berani anak ketiga pelakon Norlia Ghani ketika cuba menangkap pencuri yang menceroboh sebuah unit di tingkat tujuh Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat di sini meragut nyawanya sendiri apabila dia terjatuh dari bangunan itu Ahad.



Kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu menyebabkan Edi Rizal Ramli, 33, yang juga adik kepada pelakon Rusdi Ramli maut akibat tergelincir ketika mahu memanjat ke balkoni unit berkenaan.



Abang mangsa, Romiza, 36, berkata seorang lelaki dikatakan memasuki unit di tingkat tujuh dengan memanjat saluran paip dan Edi Rizal yang mahu menangkap lelaki itu turut berbuat demikian tetapi tergelincir akibat tidak dapat mencapai palang besi di anjung unit itu.



Romiza berkata terdahulu adiknya bergegas ke tingkat tujuh sebaik diberitahu seorang pencuri sedang bersembunyi di situ selepas lelaki berkenaan dikatakan memecah masuk unit kediaman di tingkat lapan.



"Dia (Edi) kemudian panjat balkoni melalui saluran paip selepas gagal masuk melalui pintu hadapan unit di tingkat tujuh itu tetapi dia tergelincir dan terjatuh," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur(HKL).



Edi Rizal yang masih bujang cedera teruk di kepala dan badan dan dihantar jiran ke HKL, tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.



Abang sulung mangsa, Rusdi, 39, pula ketika ditemui berkata jenazah adiknya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat selepas bedah siasat.



-- BERNAMA







Note : Takziah buat Mama Norlia sekeluarga... Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah .


LINE CELCOM PROBLEM


Official statement in regards to service interruption for Celcom, service have been gradually restored nationwide by 9.00pm, 24 September 2009



With reference to the above, Celcom (Malaysia) Berhad would like to acknowledge that its’ customers nationwide had been experiencing some service interruptions in receiving and making calls within our network.


However, other services such as sms, email, GPRS, mobile broadband, roaming, IDD and calls to other networks and fixed line were not affected.


The failure was mainly due to heavy call volume which increased by 5 folds during the festive period. As a result, some of our major network nodes experienced a sudden overloading, causing a loss of signal between the nodes.


It is really unfortunate that these nodes, located at two different locations namely Kepong and Perda, Seberang Prai were both affected at the same time.


As of 9.00pm 24 September 2009, service is being gradually restored nationwide and Celcom customers can now enjoy uninterrupted service once again. We sincerely apologize for any inconvenience that this has caused to all our customers.


For publication purposes, please attribute quote to Celcom’s Official Spokesperson, YBhg. Dato’ Sri Shazalli Ramly, Chief Executive Officer of Celcom (Malaysia) Berhad.





Saturday, September 26, 2009

RESEPI : TELUR GORENG BERLADA

Dah lama tak buat telur goreng ni...resepi ni aku ambil dari makcik aku...memang sedappp...SHARING IS CARING..hehehehehe...


BAHAN-BAHAN:



4 biji telur ayam
¾ cawan minyak




BAHAN KISAR:


5 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu kecil Cuka makan
Garam 
Gula secukup rasa




CARA MENYEDIAKAN:


1) Rebus telur hingga masak, sejukkan dan kupas.

2) Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur hingga kekuningan. Ketepikan.


3) Tinggalkan dua sudu besar minyak lebihan menggoreng telur dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan cuka,garam & gula dan goreng lagi hingga masak.


4) Masukkan telur rebus goreng ke dalam sambal dan gaul sebati, angkat dan bolehlah dihidangkan.


 
SELAMAT MENCUBA~!!
 

SELIMUT & BANTAL?

Bantal, selimut kegemaran kuman



TEMPAT tidur merupakan ruang istirehat buat semua orang bagi melepaskan kepenatan selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti. Namun, sejauh manakah ia dipastikan selamat, khususnya dari segi kebersihan?


Sama ada kita sedar atau tidak, kelengkapan tidur seperti bantal, selimut serta cadar merupakan tempat pembiakan sejenis kuman iaitu Dermatophagoides pteronyssinus.


Menurut penulis buku The Secret Life of Germs, Philip Tierno, 10 peratus daripada berat bantal adalah disumbangkan oleh bakteria tersebut yang terhasil daripada debu, sel mati, rambut, peluh, tungau dan pelbagai kotoran lain.


Secara tidak langsung, kuman tersebut akan meningkatkan risiko alahan dan asma terhadap penggunanya.


  [sumber]
 
 
Note : nampaknya semakin kerapla aku menukar cadar,sarung bantal & selimut ..hahahahaha.....

Friday, September 25, 2009

CINTAMU




Dato’ Siti Nurhaliza - Cintamu

Nota cinta lama
Ku jadikan lagu
Walau tidak seindah
Bisik kata yang kau beri
Tetap dalam hati
Siang malam menanti
Tak jemu aku
Dibuai kerinduan


Belum pernah ada
Getaran sebegini
Memang benar
Aku dilanda cinta kepadamu

(Korus)

Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi
Ku patri setia
Seteguh kasihmu buatku


Kini ku temui
Insan yang ku sayangi
Sentiasa di sisi
Bagai bintang yang berseri


Tetap dalam hati
Siang malam menanti
Tak jemu aku
Dibuai kerinduan



Satu jawapan
Engkau berikan
Bisa ku rasa
Segala rahsia asmara
Kau pesona cinta
Yang membawa bahagia


Thursday, September 24, 2009

RESEPI : NASI AYAM BEST


Salammm.... keinginan nak meng "update" blog memang menbuak-buak...tapi aku rasa letih sangat-sangat...semalam baru sampai KL..bertolak dari KB kul 3 petang sebab pagi2 lagi jalan dah jam...huhuhuuu....kebetulan makcik & sepupu-sepupuku dari Tanah Merah datang ke rumah..siap bawak kaki & tulang lembu tu nak wat sup... macam kenduri kendara la pulak..memang meriah....tu yang buat aku berat hati nak bertolak balik ke KL awal-awal tu...hehehehehehe....nasib baik Hubby sporting...love u so much ,B..hehehhe....



Hari ni aku tak tahu nak masak apa...esok baru start kerja..last-last aku masak nasi ayam...aku tengok resepi kak Hanieliza... pastu "adjust2" sikit ngan citarasa aku... selalunya aku ikut resepi mak...tapi caranya pun lebih kurang je ngan k Hanieliza ni cuma aku goreng ayamnya...malas lak nak membakarrr...hahahhaha....so ni dia resepi nya...TQ k hanieliza!






NASI AYAM


 
Bahan

 
  • 1 ekor ayam [potong 2]  
  • 4 tin susu beras AAA  ( me guna beras biasa je)
  • 5 ulas bawang putih[ketuk]  
  • 2 inci halia[ketuk]
  • 1 inci kulit kayu manis  
  • 2 kuntum bunga lawang  
  • 5 kuntum bunga cengkih  
  • 2 biji buah pelaga  
  • 1 s/b kicap cair  
  • 2 helai daun pandan[disimpulkan]

 

 

Sayuran
  • Daun salad
  • timun
  • tomato
  • daun sup & daun bawang[racik]  
  • bawang goreng  
  • garam secukupnya

  
Sos Cili
  • 10 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 s/b cuka atau jus limau nipis  
  • gula & garam secukupnya

 
Cara membuat

 
  1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.
  2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
  3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit. [Boleh juga gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga masak]
  4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
  5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
  6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
  7. Sayur dipotong kecil.
  8.  Ayam dipotong kecil.
  9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng


SELAMAT MENCUBA~!



ANUGERAH AIDILFITRI


Layan je lagu ni.... dok ulang-ulang lagu ni sepanjang drive balik kampung untuk beraya...ekekekke...




Love u Siti... hehehehe... (tetiba je kannn)..hahahhahaa....









Ditujukan buat CTlover~ezam,iejat,ira & intan hmmm...MY HUBBY also....hahahha


Daaa.....

HAMPER RAYA


Hihihihihi.....nak share citer... sebelum pulang beraya last week, hubby dapat hamper raya dari SuriaFM..aku rasa dalam banyak-banyak hamper, hamper yang ni paling best..bukan sebab apa pun... dia punya wrapping tu cantekkk.... yang paling cantik... beg tu...ishh....aku awal-awal lagi dah book ngan hubby nak beg tu....hehehe...ambil kesempatan... xpe la...hubby redha kan...hehehehe....


Layan jerr pic-pic kat bawah ni... ;-)




cantik kan beg  ni..





asyikkkkk....




suka nya diaaa.....




TQ! suriaFM..




Layan raya....hehehehhe



Thursday, September 17, 2009

PETUA HILANGKAN MENGANTUK

Beri biru hilangkan mengantuk

MENGUNYAH semangkuk beri biru yang kaya dengan vitamin C dan E ketika sarapan pagi mampu menghentikan rasa letih pada waktu tengah hari.

Penyelidik mendapati dengan pengambilan buah-buahan, ia dapat membantu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan sehingga lima jam kemudiannya.


 
Menurut penyelidik dari Universiti Reading, Britain, Dr Jeremy Spencer, kandungan antioksida yang terdapat dalam beri biru meningkatkan aliran darah dan oksigen ke otak, sekali gus menjadikan otak sentiasa cergas.




Sumber : KOSMO ONLINE


note : kat mana ek ada jual beri biru ni?agak-agak kat TESCO ada tak?hehehehehe... nak kena amalkan nih...

BALIK KAMPUNG

"Perjalanan Jauh tak kurasa...kerna hatiku melonjak sama..ingin berjumpa sanak saudara yang selalu bermain di mataaa..."

Hehehehhee....Balik kampunggg...hiphiphip hoorey hooreyy..memang excited nak balik kampung ni...cuma satu je yang merisaukan aku... jalan JAMMM!!!! uwaaaa..... dah la sekolah dibenarkan cuti jumaat ni...aku baru je dok pikir-pikir nak balik kelantan lepas subuh...ni takde le gamaknya lepas Subuh...mau kena kuar jam 4 pagi nih.... Sahur dlm perjalanan lah ni... Hubby awal-awal lagi warning aku... malam ni NO FACEBOOK-ing ok... tidur awal sebab nak kena drive...huhuhuhuhu....sian la barn buddy & farmville aku tu..hahahhahahaha......


Raya tahun lepas aku balik kampung,jalan tak jam sangat sebab dah ramai yang balik....ada yang balik malam....ada yang balik awal-awal pagi... Raya yang sebelum ni aku selalu ikut pakcik & makcik balik thru Ipoh,Gerik...tapi bermula tahun lepas & tahun ni, derang beraya di Ipoh dulu...raya kedua baru balik kelantan.

Pengalaman yang amat memeritkan bila balik KL masa raya tahun  lepas.... 12 jam dalam kereta ... bayangkanlah dari rumah (Ketereh) ke Gua Musang ambik masa 5 jam... Bergerak sikit-sikit...dari Gua Musang, hari dah gelap...aku ni sensitif sikit nak drive malam-malam nih...nasib baik ada adik yang temankan... jalan yang gelap jadi terang sebab kereta banyak & tak putus-putus...  so aku pun jadi berani la...hehehehehe...

Tahun ni...we'll wait & see... harap-harap perjalanan kami berjalan dengan lancar....doakan aku & hubby selamat sampai ke kampung untuk beraya.... ;-)


Kepada kawan-kawan, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF & AMPUN DIPINTA ANDAI ADA TERSALAH &  TERSILAP LAKU DAN BICARA....RAYA NI JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH... ;-)



 
Daaa....

ENGKU ALEESYA~CUTE BABY GIRL

Salammm....pagi-pagi lagi aku dok baca paper online satu persatu...free sikit hari ni sebab esok dah nak cuti raya...hehehehe....Belum pun sebulan kerja aku dah apply cuti...Sorry Bos ...apa nak buat...raya...tapi tak la lama macam tahun yang sudah-sudah...2 hari je..nasib baik bos bagi...Alhamdulillah...aku sebenarnya tak mengharap sangat sebab baru start keje kann....tapi belum cuba belum tahu...so aku apply je lah....nasi baik OK..hehehehe

Masa dok baca akhbar KOSMO!... ada cerita pasal Erra & hubby beraya....part aku paling suka..bila tengok pic puteri kesayangan Erra & Engku Emran, Aleesya....kalau ada depan aku konpem aku cubit-cubit pipi dia..heheheh...sedap peluk dak comel macam tu...bertuah Erra & hubby... 






          so sweet & adorable.... ;-)    




Buat Erra & Hubby...semoga bahagia selalu ...Insya Allah...


Sumber & credits to KOSMO! online

Wednesday, September 16, 2009

JENAZAH NENEK MARIAM DIBAWA PULANG





 

KERANDA Mariam Johari, 88, diangkat pekerja terminal kargo Lapangan Terbang Incheon, Seoul untuk diangkat ke pesawat Thai Airways malam tadi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 12.10 tengah hari ini.




Jenazah Mariam akan dituntut anak lelakinya, Jelani Sonni, 72, dibawa terus ke Kota Tinggi untuk pengebumian dengan bantuan Majlis Agama Islam Johor serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.




Mariam meninggal dunia pada 6 September lalu di rumah orang tua di Seoul, selepas 64 tahun terkandas di Korea Selatan.





Note : Alhamdulillahh....akhirnya jenazah nenek mariam berjaya dibawa pulang ke Malaysia untuk dikebumikan.. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat yang Esa...Amin...

PUDING ROTI BERSOS

Salammm...hehehehe...nak share resepi lagi...hari tu just letak resepi puding roti je..now bersos ok...hehhee....dapat dari seorang kawan...



Puding roti bersos

Bahan-bahan
  • Bahan A
  • 500 ml susu segar
  • 8 keping roti (gardenia)

Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
(boleh tambah kismis/serbuk cinnamon, kalau suka)

Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara
  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B.
  3. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
  5. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  6. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  7. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.


 SHARING IS CARING~!

Monday, September 14, 2009

IKAN SIAKAP KUKUS

sALAMMM...hehehehe....saja nak mengotakan janji kat k ija yang nak resepi ikan kukus nih....wani amik dari myresepi.com.my (TQ abg mat Gebu..hehehehe)..Memang best resepi ni...dah buat sekali masa 1st day puasa hari tu.. semua rasa ada...memang secukup rasa laahh.....Kawan-kawan leh try resepi...konpem tak menyesal punyaaa.....


Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok

  • 1/2 camca teh garam

  • 1/2 camca teh tepung jagung

  • 1/2 camca teh lada sulah

  • 3 camca besar jus limau kasturi*

  • 1 1/2 camca besar minyak masak*

  • 1 1/2 camca teh gula*

  • 1/2 camca teh garam*

  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*

  • 2 batang serai, dihiris halus*

  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*

  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*

  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*

  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*

  • 1/2 camca teh tepung jagung*

  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara
 

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.

  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.

  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.

  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.
 
 

Sunday, September 13, 2009

ADA KE PATUT????

sALAM...Hari ni macam-hal berlaku....ishh..ishh...ishh...dugaan di bulan Puasa ni...Pagi tadi aku pergi service kereta kat Batu Caves. Makaihhhh...lamanya aku menunggu tak usah cakap lah...dari 11.30 sampai kul 3..katanya keta boleh siap dalam sejam setengah...alahh..tukar apa je...selain normal servis,aku kena tukar hos wiper yang bocor..rasanya akibat dari accident masa kahwin hari tu.Pastu Minyak Brake & aircond filter tukar gak...melayang-layang gak la duit kat pusat servis tu..nasib baik ada ALONG SENTUL...TQ ALONGGG....ekekekekke.....sponsor kannnn....

Lepas servis kereta,singgah jap umah makcik aku...saja nak jumpa dak kenit MAISARah..Rasanya aku kena jumpa dia gak seminggu sekali....kalau tak aku sakit rindu..huhuhuhu....

Singgah umah makcik tak lama....sebab lepas Asar,aku & hubby dah plan nak berbuka kat luar...Saja nak merasa Buffet Ramadhan. Kali ni JW Marriot jadi pilihan...Harga ok...makanan dia...perghhhhh....108 menu tu....memang banyakkk....

Pertama kalinya juga aku ajak hubby naik monorel...better sebab nak elak sangkut dalam "jam" kat Bukit Bintang tu...huhuhuhu....nasib baik pilihan kami tepat...hehehehe....sampai awal..jalan-jalan jap...cuci mata...then 6.30 baru masuk JW Marriot.
Teringin gak nak makan kat tepi pool...tapi nasib kami kurang baik sebab dah fully booked 2 weeks earlier...ish..ish...saja nak puaskan hati....kitaorg naik tengok suasana buffet kat tepi pool tu...memang BEST...

Then,kami kembali ke tempat duduk di level 4...sambil-sambil tunggu waktu berbuka...Hubby  pegi ambil Kuih muih & kurma...Sekembali ke tempat duduk,selang satu meja dari tempat kami ada satu famili ni dah start makan...aku pandang hubby..hubby pandang aku...hahahha....aikkk....dah berbuka ke...masing-masing tengok jam...masa tu orang makin ramai masuk ke Hall tu...dah la dok kat depan pintu masuk...kalau Chinese or Indian tu aku tak amik kisah pun...ni memang Melayu Tulen....muka takde campuran punya laaa....selamba badak je makan....semua yang ada kat situ pandang-pandang...Kalau ye tak puasa sekali pun..hormat la orang-orang yang berpuasa ni...takkan la tak boleh sabar....lagi 20 minit nak berbuka...Melayu Moden ke ni?sampai tak reti nak hormat orang langsung...nak rasa berdosa..aku rasa lagi laa...at least hormati la Bulan Ramadhan.. Masa aku pergi ambil food,hubby citer,ada sorang makcik siap sindir depan-depan...KITA NI BERBUKA DENGAN ORANG YANG TAK PUASA...Sedihnya bila tengok hal-hal macam ni... Tuhan agi kita AKAL untuk berfikir..so fikir-fikirkan lah.... Aku jadi emosional sikit malam ni.. tiba-tiba je terfikir macam mana lah corak generasi akan datang... Segalanya bergantung atas didikan keluarga & masyarakat...

Oklah...tu je la citer yang aku nak share hari ni....


*Pic akan ku upload nanti* ;-)



 
Daaaaa....

Saturday, September 12, 2009

ANAK BULAN SYAWAL

Tarikh lihat anak bulan Syawal 19 September



KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 19 September bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.



Menurut satu kenyataan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen. - Bernama




Friday, September 11, 2009

TRAILER PROJECT ALPHA





Yeahh..tu diaa....trailer dah kuar untuk Project Alpha Season 1 ni...LAYANNNNN.....

NENEK MARIAM DISAHKAN ISLAM

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) mengesahkan Mariam Johari, 88, yang meninggal dunia di Seoul, Korea Selatan, Ahad lalu, masih beragama Islam.



Ini berdasarkan bacaan Fatihah dan pengucapan kalimah syahadah yang dilafazkan Mariam di hadapan dua anaknya, Jelani Sonni, 72, dan Ramlah, 73, ketika tiga beranak itu bertemu semula di Seoul pada Julai 2007 serta sewaktu warga emas yang menetap di Korea sejak 64 tahun lalu itu pulang ke Malaysia sebulan selepas itu.



Mariam juga menyatakan tidak pernah makan daging babi atau anjing.



Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan MAIJ, Yosree Ikhsan, berkata perkara itu jelas menunjukkan Mariam pada zahirnya seorang Islam dan MAIJ sedia mengebumikan jenazahnya mengikut syariat Islam.



Katanya, pihaknya dimaklumkan bahawa keadaan Mariam yang tertekan di Korea menyebabkan beliau tidak dapat melaksanakan ibadat seperti seorang Muslim.
Kita menganggap beliau seorang Islam yang sewajarnya dikebumikan cara Islam," katanya ketika dihubungi Berita Harian
.


Sebelum ini, Wisma Putra cuba membawa pulang jenazah Mariam tetapi buntu apabila wanita itu disahkan bukan lagi warga Malaysia dan mewasiatkan supaya jenazahnya disemadikan mengikut adat masyarakat Korea.



Bagaimanapun, 10 dermawan Korea dilaporkan bersetuju menanggung kos menerbangkan jenazah Mariam supaya dapat dikebumikan di Malaysia.



Jenazah Mariam kini ditempatkan di Universiti Suwon, Seoul untuk proses pengawetan sebelum diterbangkan ke Malaysia.



Yosree menjelaskan tidak timbul lagi keraguan terhadap pengebumian Mariam kerana menjadi fardu kifayah bagi masyarakat setempat untuk menyempurnakan jenazahnya mengikut Islam.


"Dalam kes ini, menjadi tanggungjawab MAIJ sebagai pengurus kebajikan umat Islam setempat mengebumikan Mariam.
"Pengebumian akan disempurnakan di Kota Tinggi oleh Kadi Taufik Shamsuddin," katanya
.



Jelani ketika dihubungi pula berharap kebuntuan untuk membawa pulang dan mengebumikan jenazah ibunya akan berakhir secepat mungkin.


"Saya berdoa supaya perkara ini benar-benar terjadi," katanya
.



Penolong Kanan Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Cawangan Import Eksport, Ibu Pejabat KDRM, Ismail Abdul Rahman, pula berkata proses menuntut jenazah Mariam dijangka dapat dilakukan dalam masa singkat jika tiada masalah dalam proses dokumentasi sama ada di Korea Selatan mahupun di negara ini.





Bagaimanapun, katanya, ia masih tertakluk kepada keputusan Kementerian Kesihatan yang akan menjalankan pemeriksaan ke atas mayat sejurus tiba di lapangan terbang.




SUMBER : Berita Harian Online



note : Alhamdulillahh...nenek mariam masih Islam...Marilah kita sama-sama berdoa agar jenazah nenek Mariam selamat di bawa pulang ke Malaysia untuk dikebumikan....

CERITA CINTA

Salam...hari ni dah 21 Ramadhan...cepatnya masa berlalu.. dah nak raya dah.... Pagi -pagi kat ofis,biasalah dok baca-baca newspaper online...pastu terjumpa tips ni kat kosmo. Kita letak kat sini just nak share ngan kawan-kawan ... hehehehe.... ye  lah tiada manusia yang sempurna kan... tp sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjadi yang sempurna di mata pasangan kita.. ;-)



10 tip menjadi pasangan yang baik

  • Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.





  • Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.




  • Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.





  • Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.





  • Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.





  • Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.





  • Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.





  • Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.





  • Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.





  • Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.








Sumber : Kosmo Online






linkwithin

Blog Widget by LinkWithin